Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




18 December 2012

Cerita Dah Basi



Walaupun cerita ni dah basi,aku nk share gak kat entry kali ni..hehe.Memandangkan minggu ni aku agak kebizian,so lambat sikit nak hapdate...hihi
Sabtu 15/12/2012

Hari Sabtu lepas aku tak kerja,sebab aku tengok keadaan Kiesha batuk takde sebarang perubahan,aku bagi makan ubat ikut time ape,dah separuh jugak la ubat untuk cairkan kahak tu Kiesha minum.Pagi tu jugak en suami suruh aku hantar Kiesha jumpa doktor lagi,kali ni en suami suruh gi Poliklinik.En suami tak dapat nak temankan,so aku angkut mak aku sekali.Kebetulan mak aku nak gi beli kain bahan sempena majlis perkahwinan cucu beliau awal bulan nanti.






Masa dalam kete,tunggu mak siap2...sebelum tu posingg dulu



Kami bertolak pukul 10.30pagi,sesampai nye Poliklink Falah Medica aku terus daftar,sebab masa tu memang takde orang...bagusss,,,senang sikit kerja aku,tak sempat nak duduk,staff dah panggil nama Kiesha.

Bila dah kat bilik doktor,aku bagitau la masalah Kiesha ape kan.So doktor terus cek tekak Kiesha dan cek jantung etc.

"Paru-paru dia,ada berbunyik sikit..so kena wap untuk cairkan kahak dia"



10 minit pertama Kiesha rileks jer,tengok la gambar kat atas tu,rilek jer die langsung tak nangis,siap pegang sendiri lagik tau( masa dia pegang alat tu xsmpat nak snap gambar),masa umur dia 6 bulan  pernah jugak buat macam ni,kat Poliklinik yang sama .Masa tu memula lagi dah melalak2,kesudahannye dapat buat wap tu kejap aje..Dulu masa buat ni,xde staff yang tolong buatkan,tolong pegang ke hape kan,memang la kita kena buat sendiri,memandangkan tu kali pertama kiteorang berdepan dengan alat2 macam tu,so macam janggal la kan,suami aku time tu dah mula nak hangin,dia panggil staff kat situ suruh bantu aku ape yang patut.

So,haritu sampai dua orang staff yang sudi membantu aku..lepas 20 minit,Kiesha dah mula melalak,dah mula rimas agaknye bende alah tu melekap kat hidung dan mulut dia.


"Puan kalau die nangis lagi senang kahak keluar,takpe biarkan die nangis" kata staff tersebut.

Tapi aku lak yang macam nak nangis tengok anak aku terseksa camtu...tu baru buat wap,belum lagi sedut kahak,aku dengar sedut kahak tu lagi teruk caranya...tapi demi nak tengok anak sihat,aku tetap teruskan jugak proses wapan tu (betul ke aku eja..hihi)

Lepas proses perwapan tu,staff panggil semula untuk jumpa doktor semula,doktor cakap ada  perubahan sikit kahak kat tekak dia.Time tu Kiesha berhenti nangis.

Doktor bagi ubat cairkan kahak,ubat selsema,ubat batuk,ubat untuk paru2 (ubat ni serbuk,just campur kat botol susu,bagi time waktu malam jer).Lepas tu terus la ke kaunter untuk settle kat bil.



Resit ni aku mintak kat staff poliklinik tu,saje je mintak sebab nak tunjuk kat en suami
caj yang dikenakan.Kang en suami tak caya lak..huhu.Waktu keluar Poliklinik tu,rasa nya macam dah gi shopping ubat-ubatan plak,yela dengan beg plastik ubat dua plastik bagai.

Kemudian kami terus ke Carrefour untuk beli kain bahan mak.Oh ye! sebenarnya,akak aku dan anak2 dia pun ikut jugak,kami pergi dua kereta,tapi die gerak dulu,sebab aku kan nak check Kiesha dulu,so aku suruh dia tnggu kat Carrefour jelah.Kami berjumpa semula di Nagoya,sebab tolong mak pilih2 kain bahan.

Lepas cuci2 mata kat Carrefour,mak ajak gi makan Nasi ayam lak,mana nak cari nasi ayam kat Carrefour kan,nasi ayam penyet adelah,tapi aku tau selera mak aku,tak reti nak makan makanan pelik cmtu,so terpaksa lah cari kedai nasi ayam diluar Carrefour.



Kiesha dengan Myra,anak kepada akak aku...dah setahun dah beliau ni
tapi sama besar dengan Kiesha




Posing sementara makanan lom sampai
Ni kami makan kat Nasi Ayam Hj Ali



Dekat setengah jam jugak kami lepak kat situ,melayan anak2 akak aku makan,kat kedai makan tu ada mainan cam kuda gerak2 tu,ala yang masukkan duit syiling pastu mulala menatang tu gerak2,aku masukkan Kiesha jap,kemain lagi dia sukaaa

Lepas makan,aku ke Mcdonalds (akak aku dah gerak balik dulu) nak beli bubur ayam Kiesha,sian Kiesha,kiteorang makan tadi die cuma tengok jek,nak bagi makan nasik die lum reti mengunyah,baru ada sebatang gigi aje pun.Oh ye,makan nasi ayam tadi mak yang belanje,terima kasih makkk...hehe.

Sampai umah je aku suapkan Kiesha bubur ayam MCD tu,lepas tu baru kasi makan ubat.



~Sekian laporan aku untuk hari Sabtu lepas~




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...