Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




21 December 2012

20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak



Sejak aku bergelar ibu dan mempunyai anak,kehidupan aku jauh berbeza dengan kehidupan sekarang,maksud berbeza disini ialah,kehidupan aku lebih bahagia,lebih rapat dengan famili..bukan bererti dulu tak rapat okey...betulah orang cakap anak ni mengeratkan hubungan,bukan sahaja hubungan dengan suami sahaja malah dengan ahli keluarga yang lain.Dan kat bawah aku nak share 20 perkara yang berubah selepas mempunyai anak,sebenarnya info ni aku jumpa kat fan page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung



1.Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedari

2.Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita,walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot.#memang aku tengah merindui saat2 ini..tapi bila pikir time kat labour room tetibe dah tak rindu dah..ekekeke#

3.Kita tidak lagi memerlukan jam,sebaliknya,bayi kita yang menetapkan jadual harian kita,Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi.
#Masa Kiesha dalam hari sampai umur 5 bulan kot dia suka bangun awal,skang tak lagi..tapi tak tau la bulan2 akan datang..huhu.aku masih perlukan jam sebab nak pastikan,berapa lama susu Kiesha leh bertahan...aku kalau susu lebih 3 jam,aku akan buang...#


4.Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru
#sebelum ade anak pun aku hormat & kasihi ibubapa aku jugak,tapi sejak bergelar ibu,aku lebih berfikir secara rasional,macam mana aku yang baru ada sorang dan mak yang ade lapan orang anak,ce fikir keadaan orang tua kita time tu..huhu#

5.Jika anak kita sakit,kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit
#Aku sentiasa berdoa supaya Allah berikan kesihatan yang baik untuk aku dan panjangkan usiaku,kalau aku takde sewaktu Kiesha memerlukan aku lagi,tak dapat aku bayangkan keadaan masa tu...sob..sob!#

6.Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9malam pada malam Jumaat
#Ini selalu berlaku pada aku...sorry ye yanggg!!...tak sengaja#

7.Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak
#Bila aku tengok berita,berkaitan kes2 pembuangan atau penderaan bayi aku akan sentap okeyyy!!..xde otak ke orang yang buat macam tu!!!#

8.Kita akan kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri

9.Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi,sebaliknya kita akan HAPPY bila anak kita poo-poo.
#Dulu sebelum aku ade anak,aku memang tak ambik port langsung kalau anak buah aku berak,aku mmg sangat pengeli...sekarang bila dah ada anak sendiri,aku dah tak fikir geli dah...ekeke#

10. Kita akan lebih menghargai diri kita.

11.Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita,walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
#Bab ni aku setuju sangat,sebab sejak ade anak ni aku selalu datang lambat gi kerja..huhu..nasiblah office aku takde gune punch kad#


12.Kita mula menyedari,yang  kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
#Pernah aku tunjuk eksyen dengan en suami,sebab aku lebih teror dari dia untuk pujuk Kiesha..haha#

13.Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
#Setakat ni Kiesha baru tumbuh gigi bawah sebatang#

14.Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar,malah kita amat sukakanya.#Erkk!! yang ni no komen..hehe#

15.Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis,kita akan faham situasi mereka.
#Betul2...sebelum ni cuma memahami je tapi tak pernah merasai apa yang mereka rasa....yelah belum ada anak cmne nak merasai..hehe#


16.Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat

17.Akhirnya,kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
#Sebelum ni aku tak pernah bertegur sapa dengan sorang makhluk Allah kat Fb,tapi sejak masing2 dah ada anak,kami terus jadi rapat...masing2 bertukar pendapat#


18.Kita akan dapati,perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19.Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyanyangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asingMasa aku mengandung,aku selalu fikir boleh ke aku jaga anak aku dengan baik...Alhamdulilah setakat ni dapat jaga anak aku dengan baik #
20.Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan

~Peace Yo!~




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...