Tahukan korang telefon bimbit korang sedikit sebanyak dapat membantu dikala kecemasan? Banyak perkara yang boleh korang lakukakn
1. Kereta terkunci
Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.
Caranya:
i. Cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
ii. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
2. Nombor Kecemasan
3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.
Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda (sesetengah jenis HP nokia sahaja).
4. Telefon dicuri
Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrinNombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda.
Sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Hoho, padan muka :D
Sedikit sebanyak entri ini dapat membantu pengguna telefon bimbit di saat kecemasan.
info dibawakan oleh : Copytampal.blogspot
No comments:
Post a Comment