Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




26 December 2012

Pindah Rumah



Alhamdulilah akhirnya kami akan pindah juga,pada hari Sabtu ni.Malam tadi hubby cakap esok dah boleh angkat barang2.Sedih pulak nak tinggalkan mak,yela dekat setahun jugak aku dan hubby menumpang teduh kat rumah mak.Tapi apa boleh buat,aku jugak nak hidup berdikari,susah senang sendiri.Tapi dalam masa yang sama aku terlalu teruja nak duduk rumah sendiri (walaupun rumah sewa) nak masak kan hubby lauk yang sedap2..huhu..Pernah gak haritu aku bagitau kat hubby

"Nanti dah duk sendiri,mama masak sedap2 tuk abang"

hubby aku jawap

"Yela tu,jangan nanti dah duduk sendiri,asyik makan kat kedai je"

aku jawap balik

"Yela tu pun kalau penuh barang2 nak masak kat peti sejuk..hehe"

Aku pun dah rajin tengok blog masakan sekarang ni,salin resepi yang best2...huhu,cuma tu la tunggu masa dan waktu mengizinkan la nak masak tu,yela aku kan bekerja,kalau nak masak yang best2 pun tunggu aku cuti ler..hehe...

Ok kat sini aku nak share kat korang petua atau tips2 bila pindah rumah 


DOA PINDAH RUMAH


"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon akan dikau kebaikan rumah ini,dan kebaikan yang ada didalamnya.Aku berlindung  denganMU daripada kejahatan rumah ini,juga kejahatan yang ada di dalamnya.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam"

Adab Memasuki Rumah kosong/Pindah Rumah

1. (Azan) - Melaungkan azan  ketika pertama kali masuk rumah baru.Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.Dalam sebuah hadis,
Rasullullah s.a.w pernah memberitahu  bahawa sekiranya sesebuah bangunan  (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali Al-'Ammar) yang suka tinggal dirumah yang tidak berpenghuni.

2. (Membaca surah Al-Baqarah) - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud 
"Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur),sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".

3. (Banyakkan solat dan membaca Al-Quran) - Dalam sebuah hadis lain pula.Rasullullah menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.

4.(Baca Surah Yassin,Al-Fatihah Dan Al-Ikhlas) - Amalkan membaca Surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan.Baca juga Surah Al-Fatihah sebanyak satu kali Surah Al-Ikhlas 3x,Selawat ke atas nabi 7x,Ayat Kursi 1x,tetapi ayat terakhir bacalah 7x.

5. (Pagar Rumah Secara Islam) - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru sudut-sudut tertentu dirumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan bertentangan di sisi Islam.Bagaimanapun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin disekeliling rumah.Ikut panduan berikut :-

Ambil air kemudian baca Surah AlFatihah,Ayat Kursi,Surah 3 Kul (Al Ikhlas,Al-FalaQ & Al-Nas) Kemudian kemudian tiup kedalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.Setelah itu,jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak disebelah kanan dan penjuru seterusnya,mengikut arah berlawanan jam.



Info aku dapat kat mr Google ^______^

Insyallah info di atas akan ku cuba pratikkan....


Aku dah mula bizi kemas barang2 yang patut dibawa...nanti aku cerita mengenai rumah sewa aku tu ye.Aku pun belum tengok lagi keadaan dalam rumah tu..hehe..Sekarang ni hubby tengah sibuk basuh rumah dan cat rumah...weee tak sabar nak pindah

1 comment:

  1. hiasi rumah baru anda dengan lampu hiasan comel...
    layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...