Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




22 April 2012

Pengalaman Bersalin ^__________^ (Part 1)

Fuhh!! lama betul tak update blog...tau² dah lain blog ni,naik fening pulak aku tengok..huhuhu.takpe² aku cube perlahan lahan...Disebabkan dah lama sangat tak update,banyak sangat cerita yang nak aku kongsikan disini sharing is caring right!!...sudah tentu la aku nak ceritakan pengalaman aku bersalinkan...ok ceritanya begini.......




11 Februari 2012 (Sabtu)


Sewaktu aku bangun pagi nak kencing, ada warna kecoklat-coklatan di panty linerku..dalam hati aku berkata 'Nie mesti effect aku ehem² malam tadi kot...takde pape lah gaknye...lagipun due aku lambat lagi.-------> due date 21 Feb<-------- so,aku buat endah tak endah je...dalam endah tak endah tu jugak,perasaan tak sedap hati untuk tau ape kebenda warne coklatan tu,aku ke dapur bertanya kan mak & kakaku..Mak dan kakakku terkejut yang menyangka aku akan beranak  pada bila-bila masa sahaja.Aku terus telepon akak iparku pula...dia tanya sama ada perut aku sakit atau tak.Aku jawap perut aku tak sakit punn,dan dia menyuruh aku tunggu dulu sebelum aku bertindak untuk ke hospital.Menurut akak iparku..kalau ada tanda tapi tak sakit,nanti doktor akan seluk dan seluk dan seluk...selagi takde 'jalan' doktor akan suruh balik.Jadi,aku menurut saja katanya (tunggu sakit) baru ke hospital.Tunggu punya tunggu sampai ke malam,tak jugak sakit perut aku nih..tanda pun dah xde lagi..jadi kesimpulannye sekarang baby tak jadik nak keluar kot..hihihi.Waktu nie mak dah kelam kabut je,takut aku dah nak terberanak...maklumlah laki aku keje..kat umah takde orang laki..




16 Februari 2012 (Khamis)


Pergerakan baby semakin kurang..(orang cakap tengah tunggu hari memang la pergerakan kurang,sebab baby semakin membesarkan,so xde ruang untuk dia dah)
Pagi tu aku tak sedap hati,sebab baby gerak kurang sangat...biasanya waktu pagi la dia aktif..aku tunggu sampai kepetang...pun sama jugak..aku tak rasa gerakan baby...dan perut aku rasa mengeras je..aku dah cuak waktu nih...Aku terus mengajak suamiku ke klinik berdekatan (nak terus pegi hospital takut belum nak beranak je...nanti aku jugak yang malu..huhu) Aku memilih untuk ke Klinik Tawakal,sesampai je klinik tu,aku ceritakan masalah aku pada staff kat situ..staff kat situ menyuruh aku segera ke Klinik Kerajaan..tanpa banyak soal,aku dan suami terus ke Klinik Kerajaan (untungla duduk kat pekan nih.semuanya dekat ^____^..) Sesampai di KK,perut aku terus diperiksa dengan menggunakan mesin untuk memeriksa denyutan jantung baby..nurse cakap,denyutan jantung anak aku cantik..takde ape yang nak dirisaukan..Alhamdulilah!!!


17 Februari 2012 (Jumaat)


Sewaktu sedang enak menikmati jemput-jemput ikan bilis yang mak buat,sambil menonton Gelanggang RajaLawak Musim 6 (1st episod tak silap) perut aku rasa semacam,mengeras setiap beberapa minit..aku tanya kat mak..mak dah mula risau,mak cakap 'Mak dah lama tak beranak.lupa pulak tanda-tanda nak beranak mcm mana' isk mak nie...aku sakit2 nie boleh buat lawak pulak!!.Kemudian akakku memegang perutku..dia kata 'eh kau nie dah nak bersalin ni,aku dulu macam nie la mengeras setiap berapa minit' tanpa melengahkan masa lagi,aku terus call suamiku (ketika itu dia keluar ngeteh).Dengan sepantas kilat,suami ku pulang ke rumah mak aku (sejak aku dah cukup bulan,aku dah stay terus umah mak aku)
Suamiku mula memasukkan barang² yang perlu dibawa untuk hospital,mujurlah aku awal² dah siap mengemas barang² tersebut,kalau tak dah tentu kelam kabut..


Sesampai sahaja aku di hospital,aku dan suami terus saja ke Labor Room,setelah mendaftar nama (waktu tu suami ku tunggu kat luar je),aku terus disuruh kencing dan setelah itu,doktor mula memeriksa 'jalan' (doktor lelaki berbangsa cina) waktu tu perasaan malu pada diriku sudah tiada lagi...redho dengan apa yang doktor akan lakukan..huhu..
Kemudian doktor berkata,'jalan' ku baru 1cm..dan memandangkan aku mengandung anak sulong,mungkin memakan waktu yang lama untuk bersalin..dalam hati 'ouh! aku tak bersalin malam ni' (lega)..hehe..


Dalam perjalanan pulang ke rumah,kami sempat singgah makan ikan bakar di Simpang Lima..waktu tu contraction tak berapa kuat sangat...(mungkin baby nak bagi mama dia makan dulu kot..hihi..sempat jugak la aku makan nasi putih,ikan pari bakar dan air Lai Chee Kang suam)Usai sahaja makan,kami pulang ke rumah (rumah mak aku,mak mentua kepada suamiku..hehe)Sampai di rumah jam menunjukkan pukul 1pagi..suamiku terus ke kamar tidur,mengantuk sangat agaknya..manakala aku pula tak dapat tidur akibat contraction yang mula kerap sakit...seperti ingin m'buang air besar,tapi bila dah masuk bilik 'kecik' tak pula nak membuang..aku ke bilik mak untuk bertanya kan pada mak apa yang aku rasa...aku menyuruh mak menyapu minyak Dakam (mak cakap orang nak bersalin kok sapu minyak Dakam..huhu).Kemudian aku ke bilik air untuk membuang air kecil,ketika itu ada lendir bercampur darah...aku terus bergegas mengejutkan suamiku yang sedang lena tidur untuk ke hospital semula (tak sampai 1jam kat rumah,dah nak ke hospital balik..nasib hospital dekat je)Sewaktu dalam perjalanan ke hospital,aku tak henti-henti membaca 'La ila ha ila anta subahanaka inni kuntum minaz zoliminnn" dan meminta maaf kepada suamiku..huhu...











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...