Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




31 December 2012

Tips Memasak Bagi Isteri Bekerja


Memandangkan esok kami akan berpindah,makanya dengan ini secara rasminya aku akan menjalankan tugasan seperti mengemas,membasuh,memasak dan sebagainye.Dan aku juga bekerja,jadi agak rumit jugak la nak atur masa nak buat semua tu sendiri kan...tapi aku akan cuba sedaya upaya..yeahh!!

Dan tadi telah aku menggoogle tips memasak bagi isteri bekerja,salah satunya adalah

1) Pastikan bahan2 mentah diturunkan dari freezer ke fridge,supaya bahan mentah tersebut cepat lembut (lebih elok jika guna bekas  tupperware freezemates kerana ikan/ayam akan cepat lembut)

2) Blend semua lada kering,bawang putih,bawang merah dan asingkan bahan2 tersebut dengan bekas yang sesuai.

3) Potong siap2 sayur,contoh seperti kobis,brokoli,sawi

4)Kupas bawang putih ,bawang besar,bawang putih untuk stok seminggu,cuci hingga bersih dan simpan dalam bekas yang sesuai

5)Sebelum mula memasak,mulakan dengan mentanak nasi dulu

6) Masaklah masakan yang ringkas,kalau nak masak special tunggu hari cuti...bergantung juga dengan selera pasangan anda.

Tips2 diatas akan ku guna pakai nanti..hehe..





Entry di Tahun Baru 2013






Selamat Tahun Baru 2013 semua!!
Semoga tahun ini membawa lembaran baru untuk korang semua dan juga untuk aku.

Tahun 2012 adalah saat indah bagi aku,sebab melahirkan cahaya mata kesayangan keluarga,saat itu tak dapat aku ungkapkan dengan kata2,sangat teruja dan lebih bahagia sejak lahirnya puteri kesayanganku,ialah sudah 2tahun lebih aku menantikan saat2 untuk menimang cahaya mata,akhirnya berkat sabar dan berdoa serta usaha,Allah makbul kan doa kami suami isteri..syukur alhamdulilah..

Dan esok aku akan mulakan hidup baru dimana aku dan suami kan berpindah rumah,semoga Allah permudahkan segala2nya..Teruja,takut,gembira bercampur baur,boleh ke aku buat sendiri tanpa bantuan mak,huhu...

Azam aku tahun lepas alhamdulilah dah tertunai.Tahun ni pulak berazam nak jadi ibu & isteri yang terbaik & solehah..hehe.apa yang selama ni tertinggal akan aku cuba cukupkan.Dan bila dah duduk rumah baru nanti,aku nak masak sedap2 untuk suami dan anak aku...

Okeylah..SELAMAT TAHUN BARU 2013 ♥



27 December 2012

Rahsia Telefon Bimbit Di Saat Kecemasan



Tahukan korang telefon bimbit korang sedikit sebanyak dapat membantu dikala kecemasan? Banyak perkara yang boleh korang lakukakn

1. Kereta terkunci

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.
Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.

Caranya:
i. Cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
ii. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


2. Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).


3. Kuasa bateri tersembunyi



Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.
Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda (sesetengah jenis HP nokia sahaja).


4. Telefon dicuri


Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda.
Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin
Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda.
Sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Hoho, padan muka :D

Sedikit sebanyak entri ini dapat membantu pengguna telefon bimbit di saat kecemasan.
info dibawakan oleh : Copytampal.blogspot

Pasal Rumah



Semalam waktu aku balik makan tengahari,aku singgah jap rumah sewa aku tu.Ingat hubby aku ada sekali,sebab aku nampak pekerja hubby tengah sibuk mengecat dinding luar rumah.Bila aku tanya budak dua orang tu (salah sorang pekerja hubby adalah anak sedara aku yang baru lepas spm) mana hubby aku,dieorang kata hubby aku gi melawat orang meninggal (bapa kepada kawan hubby)

Aku pun mula buat spotcheck rumah (dengan gaya tangan kebelakang ala2 supervisor haha)
lantai masih basah2 lagi,baru cuci rumah gamaknya.Oh ye,ni pertama kalinya aku datang tengok2 rumah,sebelum ni tak tau lagi keadaan rumah tu cmne)

Ada tiga buah bilik,bilik utama besar jugak..Lantai kat ruang tamu bermozek dan juga lantai dapur pun bermozek,tapi tu la ruang dapur agak kecik sikit,muat2 untuk peti ais,kabinet dapur,rak pinggan dan juga ruang letak dapur gas.

Bilik kedua pulak,aku akan letak sebagai bilik Kiesha,maksud aku barang2 mainan atau almari baju dia,tapi Kiesha tetap tido sekali ngan aku,takkan nak tido asing2 kot...Bilik ketiga lak aku nak buat bilik solat,jadi khusyuk sikit la bila solat nanti,sebab bilik tu ke belakang,lagipun rumah kami terletak di tepi jalan.

Bilik air lak  bergabung meletup sekali dengan jamban..huhu..(aku paling tak suke bilik air camni tau,silap2 tengah memerut a.k.a berak boleh gosok gigi sekali..muahaha..eiii) tapi nak buat camne,dah nama pun rumah sewa kan,harus lah terima apa jua keadaanye..

Ada ruang sikit antara bilik utama dengan bilik kedua,aku letak meja makan.Senang sikit,bila bangun tido nanti capai makanan kat atas meja jer..hehe.

Setakat ni tinggal set sofa je belum ada lagi,buat sementara ni duduk lantai la dulu,baru nak mulakan hidup kan...tapi hubby aku ada bagitau nak beli set sofa atau kerusi kayu...tang tu aku tak dapat jawap lagi...nak dua2 sekali boleh tak?? haha tamak sungguh.

Rumah sewa kami begitu strategik sekali kawasanya (bagi aku dan hubby la) sebab berada di tepi jalan utama,takde la ceruk sangat atau tempat jin bertendang...kikiki.Dekat dengan  kedai runcit,warung,kedai makan (seafood),dekat dengan bengkel hubby,dekat dengan mak dan MIL,dekat dengan babysitter Kiesha...(berapa banyak dekat daaa)

Semalam masa aku dtg lap2 barang2 pun berapa kali siren ambulans lalu lalang,dah macam duduk kat kuaters hospital la pulak kekdahnye..hehe.

*Sorry takde gambar,nak snap segan lak ade ramai kawan hubby time tu..nanti next entry aku uplode gmbar di setiap sudut k.*

Pasal Minyak Yu Yee



Aku baru dengar pasal Minyak Yu Yee ada lemak bab*,ni first time aku baru dengar setelah berbotol2 aku guna sejak kelahiran Kiesha,sebelum kelahiran Kiesha pun aku ade guna gak.huhu

Walaupun ada yang kata isu pasal minyak Yu Yee ni dah lama,tapi belum pasti kesahihanya hingga harini.


Print screen ni aku jumpa kat wall facebook aku.




Ini la beliau Minyak Yu Yee Cap Limau,bau dia sedap woo..aku sukaaa



Statement kat bawah ni pulak aku share dari fanpage Dr.Zubaidi Hj Ahmad
(aku share jugak kat wall fb aku)


"Bila agaknya pihak yang diberikan kuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa Yu Yee Cap Limau mengandungi minyak babi? Saya tidak puas hati hanya mendengar dakwaan di facebook saja.Harus segera menjernihkan kekeliruan ini.

Keraguan ini mula timbul apabila Minyak Cap Yu Yee ini tidak memohon sijil Halal daripada pihak JAKIM.Terdapat dua kategori minyak Yu Yee iaitu Cap Kapal Layar dan Cap Limau,namun kedua-duanya tidak mempunyai tanda Halal pada botol tersebut.

Bagi pengusaha Melayu Islam,kena buatlah minyak angin yang lembut setanding dengan minyak ini kerana ibubapa kita yang menggunakannya."


Tengah rancak aku balas komen pasal isu ni kat fb aku,tetiba kawan aku Cik Puan Anis
post lak gambar ni,dia siap mention lagi 

"Psst,kalau was2 tak yah gune..hihi"


Aku lak setelah baca post yang beliau,dah tak was2 lagi..memula tu memang la 50-50 je antara nak percaya atau tak,siap beli minyak telon yang tak sedap sungguh baunya,bila sapu kat tangan,tak rasa berhangin pun,tu yang tak puas hati tu..hik3 


Ni yang aku guna,bau dia tak sedap langsung,pastu bila buka penutup,lubang besar sangat,tak macam minyak yu yee...tapi Kiesha suka minyak ni,sebab ade gambar baby,dok cium2 gambar budak baby tu..tak kan dah mintak adik nak oit..huhu

Walaupun bau minyak telon tak sedap,tapi bila aku sapu kat perut Kiesha,waktu malam tengah tido,dia asik kentut jee...kadang waktu dia tak tido pun kentut gak.

Lepas abis jer guna minyak telon ni,aku nak gune balik minyak yu yee..hehe..gunakan tanpa was2...cewahh!



26 December 2012

Pindah Rumah



Alhamdulilah akhirnya kami akan pindah juga,pada hari Sabtu ni.Malam tadi hubby cakap esok dah boleh angkat barang2.Sedih pulak nak tinggalkan mak,yela dekat setahun jugak aku dan hubby menumpang teduh kat rumah mak.Tapi apa boleh buat,aku jugak nak hidup berdikari,susah senang sendiri.Tapi dalam masa yang sama aku terlalu teruja nak duduk rumah sendiri (walaupun rumah sewa) nak masak kan hubby lauk yang sedap2..huhu..Pernah gak haritu aku bagitau kat hubby

"Nanti dah duk sendiri,mama masak sedap2 tuk abang"

hubby aku jawap

"Yela tu,jangan nanti dah duduk sendiri,asyik makan kat kedai je"

aku jawap balik

"Yela tu pun kalau penuh barang2 nak masak kat peti sejuk..hehe"

Aku pun dah rajin tengok blog masakan sekarang ni,salin resepi yang best2...huhu,cuma tu la tunggu masa dan waktu mengizinkan la nak masak tu,yela aku kan bekerja,kalau nak masak yang best2 pun tunggu aku cuti ler..hehe...

Ok kat sini aku nak share kat korang petua atau tips2 bila pindah rumah 


DOA PINDAH RUMAH


"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon akan dikau kebaikan rumah ini,dan kebaikan yang ada didalamnya.Aku berlindung  denganMU daripada kejahatan rumah ini,juga kejahatan yang ada di dalamnya.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam"

Adab Memasuki Rumah kosong/Pindah Rumah

1. (Azan) - Melaungkan azan  ketika pertama kali masuk rumah baru.Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.Dalam sebuah hadis,
Rasullullah s.a.w pernah memberitahu  bahawa sekiranya sesebuah bangunan  (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali Al-'Ammar) yang suka tinggal dirumah yang tidak berpenghuni.

2. (Membaca surah Al-Baqarah) - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud 
"Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur),sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".

3. (Banyakkan solat dan membaca Al-Quran) - Dalam sebuah hadis lain pula.Rasullullah menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.

4.(Baca Surah Yassin,Al-Fatihah Dan Al-Ikhlas) - Amalkan membaca Surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan.Baca juga Surah Al-Fatihah sebanyak satu kali Surah Al-Ikhlas 3x,Selawat ke atas nabi 7x,Ayat Kursi 1x,tetapi ayat terakhir bacalah 7x.

5. (Pagar Rumah Secara Islam) - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru sudut-sudut tertentu dirumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan bertentangan di sisi Islam.Bagaimanapun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin disekeliling rumah.Ikut panduan berikut :-

Ambil air kemudian baca Surah AlFatihah,Ayat Kursi,Surah 3 Kul (Al Ikhlas,Al-FalaQ & Al-Nas) Kemudian kemudian tiup kedalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.Setelah itu,jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak disebelah kanan dan penjuru seterusnya,mengikut arah berlawanan jam.



Info aku dapat kat mr Google ^______^

Insyallah info di atas akan ku cuba pratikkan....


Aku dah mula bizi kemas barang2 yang patut dibawa...nanti aku cerita mengenai rumah sewa aku tu ye.Aku pun belum tengok lagi keadaan dalam rumah tu..hehe..Sekarang ni hubby tengah sibuk basuh rumah dan cat rumah...weee tak sabar nak pindah

21 December 2012

20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak



Sejak aku bergelar ibu dan mempunyai anak,kehidupan aku jauh berbeza dengan kehidupan sekarang,maksud berbeza disini ialah,kehidupan aku lebih bahagia,lebih rapat dengan famili..bukan bererti dulu tak rapat okey...betulah orang cakap anak ni mengeratkan hubungan,bukan sahaja hubungan dengan suami sahaja malah dengan ahli keluarga yang lain.Dan kat bawah aku nak share 20 perkara yang berubah selepas mempunyai anak,sebenarnya info ni aku jumpa kat fan page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung



1.Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedari

2.Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita,walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot.#memang aku tengah merindui saat2 ini..tapi bila pikir time kat labour room tetibe dah tak rindu dah..ekekeke#

3.Kita tidak lagi memerlukan jam,sebaliknya,bayi kita yang menetapkan jadual harian kita,Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi.
#Masa Kiesha dalam hari sampai umur 5 bulan kot dia suka bangun awal,skang tak lagi..tapi tak tau la bulan2 akan datang..huhu.aku masih perlukan jam sebab nak pastikan,berapa lama susu Kiesha leh bertahan...aku kalau susu lebih 3 jam,aku akan buang...#


4.Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru
#sebelum ade anak pun aku hormat & kasihi ibubapa aku jugak,tapi sejak bergelar ibu,aku lebih berfikir secara rasional,macam mana aku yang baru ada sorang dan mak yang ade lapan orang anak,ce fikir keadaan orang tua kita time tu..huhu#

5.Jika anak kita sakit,kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit
#Aku sentiasa berdoa supaya Allah berikan kesihatan yang baik untuk aku dan panjangkan usiaku,kalau aku takde sewaktu Kiesha memerlukan aku lagi,tak dapat aku bayangkan keadaan masa tu...sob..sob!#

6.Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9malam pada malam Jumaat
#Ini selalu berlaku pada aku...sorry ye yanggg!!...tak sengaja#

7.Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak
#Bila aku tengok berita,berkaitan kes2 pembuangan atau penderaan bayi aku akan sentap okeyyy!!..xde otak ke orang yang buat macam tu!!!#

8.Kita akan kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri

9.Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi,sebaliknya kita akan HAPPY bila anak kita poo-poo.
#Dulu sebelum aku ade anak,aku memang tak ambik port langsung kalau anak buah aku berak,aku mmg sangat pengeli...sekarang bila dah ada anak sendiri,aku dah tak fikir geli dah...ekeke#

10. Kita akan lebih menghargai diri kita.

11.Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita,walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
#Bab ni aku setuju sangat,sebab sejak ade anak ni aku selalu datang lambat gi kerja..huhu..nasiblah office aku takde gune punch kad#


12.Kita mula menyedari,yang  kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
#Pernah aku tunjuk eksyen dengan en suami,sebab aku lebih teror dari dia untuk pujuk Kiesha..haha#

13.Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
#Setakat ni Kiesha baru tumbuh gigi bawah sebatang#

14.Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar,malah kita amat sukakanya.#Erkk!! yang ni no komen..hehe#

15.Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis,kita akan faham situasi mereka.
#Betul2...sebelum ni cuma memahami je tapi tak pernah merasai apa yang mereka rasa....yelah belum ada anak cmne nak merasai..hehe#


16.Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat

17.Akhirnya,kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
#Sebelum ni aku tak pernah bertegur sapa dengan sorang makhluk Allah kat Fb,tapi sejak masing2 dah ada anak,kami terus jadi rapat...masing2 bertukar pendapat#


18.Kita akan dapati,perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19.Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyanyangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asingMasa aku mengandung,aku selalu fikir boleh ke aku jaga anak aku dengan baik...Alhamdulilah setakat ni dapat jaga anak aku dengan baik #
20.Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan

~Peace Yo!~




18 December 2012

Cerita Dah Basi



Walaupun cerita ni dah basi,aku nk share gak kat entry kali ni..hehe.Memandangkan minggu ni aku agak kebizian,so lambat sikit nak hapdate...hihi
Sabtu 15/12/2012

Hari Sabtu lepas aku tak kerja,sebab aku tengok keadaan Kiesha batuk takde sebarang perubahan,aku bagi makan ubat ikut time ape,dah separuh jugak la ubat untuk cairkan kahak tu Kiesha minum.Pagi tu jugak en suami suruh aku hantar Kiesha jumpa doktor lagi,kali ni en suami suruh gi Poliklinik.En suami tak dapat nak temankan,so aku angkut mak aku sekali.Kebetulan mak aku nak gi beli kain bahan sempena majlis perkahwinan cucu beliau awal bulan nanti.






Masa dalam kete,tunggu mak siap2...sebelum tu posingg dulu



Kami bertolak pukul 10.30pagi,sesampai nye Poliklink Falah Medica aku terus daftar,sebab masa tu memang takde orang...bagusss,,,senang sikit kerja aku,tak sempat nak duduk,staff dah panggil nama Kiesha.

Bila dah kat bilik doktor,aku bagitau la masalah Kiesha ape kan.So doktor terus cek tekak Kiesha dan cek jantung etc.

"Paru-paru dia,ada berbunyik sikit..so kena wap untuk cairkan kahak dia"



10 minit pertama Kiesha rileks jer,tengok la gambar kat atas tu,rilek jer die langsung tak nangis,siap pegang sendiri lagik tau( masa dia pegang alat tu xsmpat nak snap gambar),masa umur dia 6 bulan  pernah jugak buat macam ni,kat Poliklinik yang sama .Masa tu memula lagi dah melalak2,kesudahannye dapat buat wap tu kejap aje..Dulu masa buat ni,xde staff yang tolong buatkan,tolong pegang ke hape kan,memang la kita kena buat sendiri,memandangkan tu kali pertama kiteorang berdepan dengan alat2 macam tu,so macam janggal la kan,suami aku time tu dah mula nak hangin,dia panggil staff kat situ suruh bantu aku ape yang patut.

So,haritu sampai dua orang staff yang sudi membantu aku..lepas 20 minit,Kiesha dah mula melalak,dah mula rimas agaknye bende alah tu melekap kat hidung dan mulut dia.


"Puan kalau die nangis lagi senang kahak keluar,takpe biarkan die nangis" kata staff tersebut.

Tapi aku lak yang macam nak nangis tengok anak aku terseksa camtu...tu baru buat wap,belum lagi sedut kahak,aku dengar sedut kahak tu lagi teruk caranya...tapi demi nak tengok anak sihat,aku tetap teruskan jugak proses wapan tu (betul ke aku eja..hihi)

Lepas proses perwapan tu,staff panggil semula untuk jumpa doktor semula,doktor cakap ada  perubahan sikit kahak kat tekak dia.Time tu Kiesha berhenti nangis.

Doktor bagi ubat cairkan kahak,ubat selsema,ubat batuk,ubat untuk paru2 (ubat ni serbuk,just campur kat botol susu,bagi time waktu malam jer).Lepas tu terus la ke kaunter untuk settle kat bil.



Resit ni aku mintak kat staff poliklinik tu,saje je mintak sebab nak tunjuk kat en suami
caj yang dikenakan.Kang en suami tak caya lak..huhu.Waktu keluar Poliklinik tu,rasa nya macam dah gi shopping ubat-ubatan plak,yela dengan beg plastik ubat dua plastik bagai.

Kemudian kami terus ke Carrefour untuk beli kain bahan mak.Oh ye! sebenarnya,akak aku dan anak2 dia pun ikut jugak,kami pergi dua kereta,tapi die gerak dulu,sebab aku kan nak check Kiesha dulu,so aku suruh dia tnggu kat Carrefour jelah.Kami berjumpa semula di Nagoya,sebab tolong mak pilih2 kain bahan.

Lepas cuci2 mata kat Carrefour,mak ajak gi makan Nasi ayam lak,mana nak cari nasi ayam kat Carrefour kan,nasi ayam penyet adelah,tapi aku tau selera mak aku,tak reti nak makan makanan pelik cmtu,so terpaksa lah cari kedai nasi ayam diluar Carrefour.



Kiesha dengan Myra,anak kepada akak aku...dah setahun dah beliau ni
tapi sama besar dengan Kiesha




Posing sementara makanan lom sampai
Ni kami makan kat Nasi Ayam Hj Ali



Dekat setengah jam jugak kami lepak kat situ,melayan anak2 akak aku makan,kat kedai makan tu ada mainan cam kuda gerak2 tu,ala yang masukkan duit syiling pastu mulala menatang tu gerak2,aku masukkan Kiesha jap,kemain lagi dia sukaaa

Lepas makan,aku ke Mcdonalds (akak aku dah gerak balik dulu) nak beli bubur ayam Kiesha,sian Kiesha,kiteorang makan tadi die cuma tengok jek,nak bagi makan nasik die lum reti mengunyah,baru ada sebatang gigi aje pun.Oh ye,makan nasi ayam tadi mak yang belanje,terima kasih makkk...hehe.

Sampai umah je aku suapkan Kiesha bubur ayam MCD tu,lepas tu baru kasi makan ubat.



~Sekian laporan aku untuk hari Sabtu lepas~




Zahra Genap 10 Bulan











Nie anak aku,yela takkan adik aku lak kan miahahaha!!
Harini genap umur beliau 10 bulan,makanya lagi 2bulan lagi beliau akan menyambut hari lahir...sekejap je beliau dah besarr..sekarang beliau dah pandai menyusur lajuuu,pastu baru ade gigi sebatang,haluss jer..tapi dah pandai nak mengeget orangg..skang dah pandai sebut 'mamam' kalau aku pegang mangkuk makan dia...dah riuh mulut beliau skang nii.....

ok tatata!!

#banyak benda aku nak cerita kat sini sebenarnya,tapi kebizian lak minggu ni#

14 December 2012

Sejak Guna Handphone Baru




Sila jangan pengsan yee..hihi


Sweet tak?? huhuhu








Yuhuuuu!!




Kesian korangg kena bahan kat blog aku...hihi


*sejak2 guna hp baru ni (sebenar2 macam2 lagi leh buat) ni la keje aku,haha..
KAdang time aku boring2 sambil enjut Kiesha kat buai,mula lah gatal tangan nak buat mende ni semua...hihi

13 December 2012

Kiesha Demam Lagi


Aku rasa macam baru haritu jek buat entry pasal Kiesha demam,tup3 semalam demam lagi..
Mulanya Kiesha cuma batuk2 je,(batuk2 dari demam haritu sebenarnya)bersambung la pulak sampai demam 2 jadinya plus dengan selsema sekali.Ubat2 banyak yang dah habis,yang ade ubat antibiotik je,last2 aku gi klinik jer beli ubat demam..

Demam kali nak pandai ape pulak ye nakk..huhu

Aku togel kan dia,sebab badan dia panas,tapi tak panas melampau,panas hangat2 je,dia ni demam2 pun aktif tau,tapi alhamdulilah malam tadi aku dan  Kiesha dapat tidur dengan lena walaupun puteriku ni demam..

Sekarang ni pun,kalau menangis waktu malam pun sebab nak menyusu tu jelah,paling kuat dia menyusu pun 2 botol pada 1 malam,kalau masa baby dulu,tiapp sejam mesti terbangun.Mungkin sebab dah besar kot.

Yang aku pelik,dekat rumah babysitter,nak pulak die tido kat lantai (atas lantai taruk ler tilam atau tilam nipis,bukan tido beralaskan lantai yer) nanti kang ade yang ingat babysitter aku ni,dera si Kiesha lakk..hihi.Kalau kat rumah,Kiesha lebih kepada tido kat buai,sambil aku bukakkan mp3 lagu2 yang berunsurkan selawat,tapi tido nye tak la lama mana,paling lama pun setengah jam,kalau kat rumah baby sitter tu,3-4 jam dia tido..kekadang tido kul 2ptg,kang aku datang ambik kul 5 pun masih sedapp tidur,,jeles tol ah!!

~tamat~


12 December 2012

12/12/2012


Cantik tarikh harini kan? kalau hari weekend,confirm berduyun2 orang buat majlis kawen..hehe.
Sebenarnya harini tarikh aku gi klinik amik pil.Pil apa? Memandangkan kiteorang laki bini masih lagi merancang untuk Kiesha dapat adik,haruslah kena ambil pil perancang.Tunggu Kiesha dah besar sikit kot baru aku stop dari ambik pil perancang ni.Nasib aku ni jenis rajin jugak la makan pil,kekadang tu terlupa gak,kalau aku terlupa makan pil malam,aku akan pastikan keesokan paginya aku kena makan pil.

Sebenarnya,niat aku nak ke klinik pada waktu tengahri,time aku balik rehat pukul 12 kang,dalam perjalanan nak gi kerja tu (lepas hantar Kiesha gi umah Kak Ina) baru aku teringat,aku lupa nak bawak buku temujanji gi klinik..ahhh sudah! padahal opis dah tak jauh je pun..Jadi aku patah balik ambik kat rumah,sebab kalau tengahari kang aku gi balik ambik buku temujanji tu,kang dah lebih pukul 12,sebab nurse dah pesan,kalau nak datang,jangan lebih pukul 12.30tghari.Nak dijadikan cerita,lepas aku ambik buku temujanji tu,terus aku gi klinik,aku dah siap2 sms akak 1 opis dengan aku,aku bagitau dia aku masuk lambat coz gi klinik.


Sampai jek kat klinik,ade 2,3 orang yang datang checkup anak masing2,aku je yang tak bawak anak,oleh sebab tu ade yang ingat aku datang check pregnant..hihi.Lama gak la nak tunggu turn aku,walaupun hanya ade 3 orang bebudak yang chekup.Sorang baby baru 32hari dengan 2 orang kanak2 umur setahun lebih dengan 3 tahun lebih.Masa mak baby yang baru 32hari tu checkup,aku tolong pegangkan babynya,kesian lak tengok baby terletak je kat lantai,walaupun ade tilam,dengan bebudak lain lari sana sini.Bila aku tlg pegangkan baby tu,rasa rindu lak nak ade baby lagi..huhu

Bila turn aku dipanggil,nurse suruh aku timbang.Berat aku sekarang ialah 67kg...giler berat hoiii!!!...terperanjat beruk aku,beruk pun xde terperanjat mcm ni sekali kott..sebelum2 ni timbang cuma 62/64kg jer....ni yang nekad nak kurussss..

Dalam kepala otak sekarang dah pikir nak diet jek,tak nak makan nasi dah,nak makan buah2 jer...lalu aku post status fb yang aku nak cari ubat diet yang boleh kenyang selama sebulan/setahun...kah3.

tapi!!!

Bila aku balik lunch tadi,mak masak sayur bening kacang panjang,ikan goreng,sambal ikan bilis....peh memang feveret aku tu..terus pupuskan niat nak diet n tak nak makan nasik tu..hehe


~Tamat~

11 December 2012

Cerita Semalam



Semalam aku ambik Kiesha kat umah babysitter lambat sikit,en suami sms suruh hantar kereta gi carwash,sebab kereta aku tu dah 2minggu tak bercuci,dah macam kereta gi kebun pun ade..ekeke.So,aku sms la akak babysitter tu,Kak Ina nama beliau...hehe

Nasib sampai je carwash tu,takde orang lain selain aku untuk cuci kereta.Jadi tak lama sangat la tunggu kereta aku dicuci,yang tukang cuci ade 2 orang jer,lagi sorang tu okey la buat keje,yang lagi sorang tu asyik bergayut kat hp,memula aku tak perasan sangat la yang budak tu bergayut kat hp,lelama aku tengok kawan die sorang je yang buat keje..hampeh tul!

Dalam kul 5.30ptg baru kereta aku siap dicuci,lepas tu zass aku terus ambik Kiesha.Kiesha kalau aku datang ambik dia,dah macam setahun tak nampak aku gayanya.terjerit2 bila nampak aku..rindu kot dengan mak dia..hehe.Kak Ina bagitau aku,ubat batuk Kiesha dah abes,tapi batuknye tetap sama takde perubahan langsung,dia punya batuk macam banyak kahak sangat.

Terus aku call en suami,suruh dia balik cepat dan g klinik petang tu gak,en suami suruh kiteorang siap2 sebab kejap lagi dia balik.Aku pun terus balik rumah dan bersiap2,Kiesha aku cuma tukarkan baju jela,sebab pukul 4.30ptg Kak Ina dah siap mandikan die.

Kiteorang gerak dalam pukul 6lebih,kali ni Klinik Nur jadi pilihan kami,sebab ubat batuk yang dari Klinik Putra tu,tak berapa nak jalan.Dulu Kiesha batuk2 cuma minum ubat batuk dari KLinik Nur tu,terus je baik,serasi kottt...Sampai je klinik pukul 7mlm,aku gi kat kaunter,staff kat situ cakap 

"Doktor rehat sampai pukul 8 ye"

Jadi sementara tunggu pukul 8 tu,en suami cari surau berhampiran,aku tengah 'cuti'..so tunggu dalam kereta jelah dengan Kiesha..Lepas en suami siap solat magrib,aku ajak en suami makan,sebab perut aku pedih giler sebab lapar...hehehe...kedai makanan pilihan kiteorang ialah di Bubur Ayam,Kiesha leh tumpang sekaki sekali kan...aku makan bubur hayam + milo ais,en suami makan mee wantan + teh tarik,lame giler tunggu mee wantan tu siap,aku makan bubur dah abes,baru mee wantan tu sampai,adekah aku yang makan dengan lahapnye,atau mee wantan tu memang lambat sampai...hehe.Sementara tunggu en suami makan,aku layan2 Kiesha,sambil tu abis jugak la otak2 4btg..hehe.Lepas melantak,kiteorang terus gi semula ke Klinik Nur tu.

Sampai je,ramai giler orang,nasib aku dah daftar dulu,jadi tak payah tunggu lelama.Doktor perempuan India yang merawat Kiesha.Doktor cakap ade kahak sikit bila dia check dada Kiesha,die cuma bagi ubat cairkan kahak yang warna putih tu jek.Lepas tu en suami bayar bil,cuma kena caj rm11 untuk seketul ubat..hehe.Lepas tu kiteorang terus balik umah,sebab Kiesha dah mula tak boleh kawal,tak reti dok diam bila dah dalam kereta,penat aku jadinya...huhu

~Sekian untuk cerita semalam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...