Tahukan anda bahawa 17 Jun nie merupakan Hari Bapa sedunia ? Tak kisah kalau korang panggil AYAH,PAPA,DADDY,ABAH,WALID atau dengan panggilan yang lain terhadap orang yang telah memelihara kita dari kecik hingga dah menjadi mak/bapak .
Ketika sedang aku menaip blog nie,hati aku merasa sedikit sebak,bila memikirkan tentang abah yang aku sayangi telah tiada di alam fana ini.Tiada ucapan SELAMAT HARI BAPA untuk abah,tiada kucupan mesra di pipi abah Y_________Y.Abah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya ketika itu aku baru di darjah 3 (9tahun).Seusia muda begitu aku telah kehilangan seorang ketua keluarga,mak pernah bagitahu,aku amat akrab sekali dengan abah..sehinggakan pabila pulang dari sekolah,abah akan melayan permintaan ku untuk membeli barang permainan (walaupun abah tiada duit waktu tu) bila aku pikir-pikir balik,kesian abah..maafkan aku abah !
Kepada korang yang masih mempunyai bapa,hargailah bapa anda,jagalah ia sebaik mungkin.Agak hiba rasanya sebab abah tak pernah merasa duit gaji aku,tak tengok aku mendirikan rumahtangga apatah lagi melihat aku berkeluarga Y__________________Y
Al Fatihah buat abahku BERAHIM BIN JANI,semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong bersama-sama orang yang beriman. (1993-2012)
*Pic diatas bukan abah bersama aku,tapi bersama cucunya a.ka. anak sedara aku Alice Sk8fun *
>>>MOOD BERTUKAR>>>
Pada Hari Bapa tahun nie juga,merupakan tahun pertama suamiku menyambut Hari Bapa,kami sangat teruje.Aku bercita cita untuk memberikan suamiku hadiah Hari Bapa,tapi tak tau nak bagi hadiah ape.Adakah nak bagi 2nd baby kepada nya,bagi spender crocodile,nak bagi boxer ? atau nak bagi ehem-ehem sahaja..huhu..segalanya masih berlegar-legar di ruangan kepala hotak aku.Nak bagi minyak wangi,bile masa pulak die nak pakai...selama aku kawen tak pernah nampak die pakai minyak wangi..haha..
::Nie la encik suami aku..hemcem tak ?::
Eh,17hb ea ari bpak?aku xtau date nya la.agagaga
ReplyDeleteape yang ko tau? mintak duit shoping kat bapak taula..haha..Hari Ibu minggu kedua setiap hari ahd...Hari Bapa minggu ke 3 setiap hari ahd.kalu x silap r..huhu
ReplyDelete