Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




28 June 2012

Cara Kempiskan Perut Buncit




Lepas bersalin ni,perut aku dah tak boleh nak mantain macam dulu dah..huhu
Nak bergambar pun kena fokus perut keatas sahaja,sebab perutku membuncit T____T
kat sini aku nak share dan amalkan sendiri macam mana nak kempiskan perut muncet.

Minum Air Masak 


Apabila tubuh badan menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat.Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.♥

Makan Perlahan-lahan


Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkpung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.♥


Kurangkan Garam Dalam Makanan


Terlalu banyak garam dalam  proses diet akan menambah ektrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekamisme proses pengeluaran air dari sel badan.Akibatnya,perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.♥

Makanan Yang Penuh Serat


Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan,amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini ♥

Kesan Pengambilan Ubat

Terdapat kajian yang dilakukan mengatakan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit,sebagai contoh,ubat Aspirin yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.♥

Hindari Sembelit


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari TIGA kali seminggu.Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit.Oleh itu,pengambilan serat adalah digalakkan.♥


Lakukan Senaman Dan Bersukan

Bersukan sebanyak TIGA kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan ♥

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...