Selamat Petang <mood tengah kemaruk nak update blog> (>.<)
My princess dah nak masuk 4 bulan pada 18 Jun (lagi 4hari).alhamdulilah dah besar anak mama =)
Melangkah ke usia 4 bulan,Kiesha dah pandai mengiring,membebel (ngoceh),buat mimik muka.dan paling terharu,Kiesha dah kenal suara & bau mamanya.Buktinye bila satu hari tu,tengah aku bermain-main ngan Kiesha,abang aku terus dukung Kiesha,memula die tak menangis,tetibe je memek muke berubah (macam nak nangis)aku panggil panggil nama die,terus la Kiesha menangis kuat....aku dukung terus jek dia diam...oh anak mama dah pandai yer
(1 BULAN)
*Membawa tangan ke arah mata dan mulut
* Menggeleng-gelengkan kepala apabila di baringkan
* Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
* Bertindak balas terhadap rangsangan dengan menangis,ketawa dan sebagainya
* Memandang ke muka anda
*Tersenyum
(pantang diagah pasti Kiesha tersenyum,lagi lagi bila tengok kipas syiling)
*Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
*Tidur pada kebanyakkan masa
(Siang Kiesha tak berapa nyenyak,,sejam sejam je masa tidur dia,tapi waktu malam nyenyak sungguh)
*Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut (lembut? ganas je mama tengok =)
(3 BULAN)
*Menutup dan membuka tangan
*Mencapai objek atau permainan
*Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
*Mula membuat bunyi seolah olah bercakap
(bising betul mulut Kiesha kalau buat mcm nih)
*Senyum mendengar suara ibu bapa
*Khusyuk memandang muka
(4BULAN)(Now!!!)
*Boleh bermain tanpa perlu ditemani sepanjang masa
(bila mama bukak tv lagi lagi kartun,kusyuk je die tengok)
*Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap"Boo" atau "Baa"
*Suka melihat warna terang
*Tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali
(5 BULAN)
*Kepala lebih tegap apabila duduk dan dirikan
*Mencapai objek
*Mengenali orang dari jauh
*Senyum secara spontan
*Menggolek-golekan badan pada satu arah
(6 BULAN) (Hari Raya Nanti)
*Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
*Mengolek-golekan badan pada pelbagai arah
*Mula membuat bunyi seperti "ga","ba","ma"
*Anda dicadangkan mula membacakan buku untuk bayi anda
*Mula makan makanan pelengkap,kisar atau tapis halus
(7 BULAN)
*Duduk tanpa sokongan
*Memindahkan objek dari tangan ke tangan
*Kenal nama sendiri
*Boleh main "Baaaa...cakk!!"
*Seronok bermain
*Bertindak balas dengan perkataan "TIDAK"
(8 BULAN)
*Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
*Perkembangan emosi yang ketara,mungkin meniru ibu ayah seperti ketawa/senyum
*Ekplorasi objek dengan menggoncang,menjatuhkan,menghentak dan sebagainya
p/s:from blog AnakBonda Blog :)
No comments:
Post a Comment