" Assalamualaikum salam sejahtera,kepada anda semua moga bahagia "
Pagi Isnin yang sangat kelam kabut,mana tak nya pagi-pagi kereta dah buat hal,dah keluar rumah nak hantar princess ke rumah baby sitter,tengah bawak kereta tetibe kereta rasa macam lain macam aje,rasa berat semacam,ingat lupa turun kan handbrake,tapi bila tengok handbrake dah elok-elok je terletak kat bawah.Bila dah ragu-ragu,aku pun mula turun kereta,tengok apa yang tak kena dengan tayar kereta ke hape..bila aku tengok,rupenya tayar kereta depan belah kiri bocor habis.. (mungkin princess dendut sangat kot,tayar kereta mama bocor..hehe)dah kena patah balik rumah..nasib tempat kejadian dekat dengan rumah..Kebetulan pulak,kakak aku lepas hantar anak dia pergi sekolah memang stay kat rumah mak,so terpaksa la mintak jasa baik dia pinjamkan kereta sebab nak hantar princess ke rumah baby sitter.
Lepas hantar princess,balik rumah semula sebab ingat nak hantar kereta dengan ayah (suami aku),tetibe si ayah duduk depan pintu..dia kata
"moto ayah pun bocor" la ape kehalnye pagi-pagi semua bocor...
Terpaksa mintak jasa baik kakak aku untuk hantar aku pergi kerja..hehe.Sayang lebih la kat kau kak,nanti aku gaji,aku belanje kau TUTTI FRUTTI :)
Mungkinkah faktor saiz badan yang dah obesiti mengakibatkan tayar kereta & tayar motor pancit?? Renung-renungkan dan selamat beramal =)
No comments:
Post a Comment