Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




28 June 2012

{。^◕‿◕^。} Rambut Gugur Lepas Bersalin



Assalamualaikum & Salam Jumaat ☺☺

Selepas melahirkan princess 4bulan lepas,rambut aku selalu gugur,sebelum ni tak pernah pulak macam ni.Bila sikat rambut atau lepas bersyampu,rambut akan gugur dengan meriahnya.Rupanya bila aku search kat Google,selepas melahirkan rambut ibu  akan gugur adalah normal.Dibawah adalah info mengenai rambut gugur.


Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan keatas.Biasanya rata-rata orang akan mengatakan apabila bayi mereka sudah pandai main buih atau menyembur air liur rambut kita akan gugur.(betul ke?)

Apa yang anda perlu tahu :-


☁ Keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL

☁ Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut.

☁ Purata rambut gugur adalah 100 helai setiap hari

☁ Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak

☁ Jadi semasa hamil,rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.

☁ 2-3 bulan selepas itu anda mengalami keguguran rambut yang agak teruk,terutamanya jika keturunan anda  
     ada masalah botak.Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak 
    mula menyemburkan air liurnya.

☁ Keadaan ini mula berterusan selama 3-6bulan lagi dan mungkin sehingga 9bulan.

☁ Ia tidak dipengaruhi dengan susu ibu.

☁  Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil



Untuk Mengurangkannya

☁ Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain mudah diurus

☁ Rambut ibu yang panjang,mungkin membelit tangan,kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan 
     bayi sakit dan tidak selesa.(my princess memang suka tarik-tarik rambut mama dia =)

☁ Jangan lupa ambil makanan yang sihat dengan protein dan zat besi secukupnya

☁ Bersabarlah keadaan ini hanya sementara sahaja.








Teringin nak rambut sihat dan bersinar macam kat nie T________T







  





2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...