Assalamualaikum & Salam Jumaat semua =D
Semalam petang,tengah dok kuis-kuis kuku kat tangan nie tetibe kat jari tangan aku macam ade sesuatu pulak..(jari hantu & ibu jari)ade mcm benda timbul timbul.Sekali tengok rupenye Kulat Air (tak pasti) tapi aku rasa memang kulat air pun..Sebelum ni memang aku perasan yang kulat tu ade kat jari hantu,tapi cuma ada satu.Tapi bile aku tengok semalam,bertambah jadi 4 bintik pulak..(aku rasa benda ni hidup & berjangkit)pulak tu kelilingnye ade macam baru nak tumbuh pulak.
>>Pic Kiri Jari Hantu,Pic Kanan Ibu Jari>> |
Risau dengan situasi tersebut,aku cepat cepat ambil surat ke klinik (under company,so tak payah bayar kos perubatan..huhu)
Malamnya lepas magrib,aku terus ke Klinik Tawakal(bukan doktor Ahmadol la pulak,doktor ganti).Selepas aku beritahu masalah yang melanda,doktor mengesahkan benda tu ialah kulat.Ia tumbuh macam cendawan dan bende tu sebenarnya hidup,sebab tu ia merebak menjadi banyak.So,doktor cuma bagi aku ubat untuk makan & ubat sapu...
>>Doc bagi ubat Antibiotik,Alahan,Gatal/Alahan & ubat sapu>> |
Harap penyakit ni akan sembuh..takut juga kalau berjangkit kat princess T_____T
elok tak ubat yg doktor bg?
ReplyDeleteye la...sy kene jangkitan tu skrg..mcm mn ya
ReplyDelete