Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




28 June 2012

{。^◕‿◕^。} Rambut Gugur Lepas Bersalin



Assalamualaikum & Salam Jumaat ☺☺

Selepas melahirkan princess 4bulan lepas,rambut aku selalu gugur,sebelum ni tak pernah pulak macam ni.Bila sikat rambut atau lepas bersyampu,rambut akan gugur dengan meriahnya.Rupanya bila aku search kat Google,selepas melahirkan rambut ibu  akan gugur adalah normal.Dibawah adalah info mengenai rambut gugur.


Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan keatas.Biasanya rata-rata orang akan mengatakan apabila bayi mereka sudah pandai main buih atau menyembur air liur rambut kita akan gugur.(betul ke?)

Apa yang anda perlu tahu :-


☁ Keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL

☁ Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut.

☁ Purata rambut gugur adalah 100 helai setiap hari

☁ Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak

☁ Jadi semasa hamil,rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.

☁ 2-3 bulan selepas itu anda mengalami keguguran rambut yang agak teruk,terutamanya jika keturunan anda  
     ada masalah botak.Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak 
    mula menyemburkan air liurnya.

☁ Keadaan ini mula berterusan selama 3-6bulan lagi dan mungkin sehingga 9bulan.

☁ Ia tidak dipengaruhi dengan susu ibu.

☁  Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil



Untuk Mengurangkannya

☁ Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain mudah diurus

☁ Rambut ibu yang panjang,mungkin membelit tangan,kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan 
     bayi sakit dan tidak selesa.(my princess memang suka tarik-tarik rambut mama dia =)

☁ Jangan lupa ambil makanan yang sihat dengan protein dan zat besi secukupnya

☁ Bersabarlah keadaan ini hanya sementara sahaja.








Teringin nak rambut sihat dan bersinar macam kat nie T________T







  





Rindu Dengan Perut Besar =)



Bila tengok gambar-gambar mengandung tahun lepas,tiba-tiba rindu pulak nak berbadan dua :) Maklumlah kan,bila mengandung nie semua permintaan kita akan dipenuhi,boleh la bermanja-manja sikit dengan suami.hihihi.
Aku malas nk celoteh panjang-panjang,jom layan pic sahaja =')


::Masa hantar mak & abah mentua gi haji.With anak buah suami::
(Pregnant 5 bulan setengah)

::Makan-makan dengan kengkawan di Pizza Hut Muar::
(Pregnant 6bulan)


::Dengan husband tercinta di Pengkalan Balak,Melaka::

(Pregnant 8Bulan)


::Di Batu Pahat Mall::

(Pregnant 8++Bulan)















Cara Kempiskan Perut Buncit




Lepas bersalin ni,perut aku dah tak boleh nak mantain macam dulu dah..huhu
Nak bergambar pun kena fokus perut keatas sahaja,sebab perutku membuncit T____T
kat sini aku nak share dan amalkan sendiri macam mana nak kempiskan perut muncet.

Minum Air Masak 


Apabila tubuh badan menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat.Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.♥

Makan Perlahan-lahan


Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkpung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.♥


Kurangkan Garam Dalam Makanan


Terlalu banyak garam dalam  proses diet akan menambah ektrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekamisme proses pengeluaran air dari sel badan.Akibatnya,perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.♥

Makanan Yang Penuh Serat


Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan,amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini ♥

Kesan Pengambilan Ubat

Terdapat kajian yang dilakukan mengatakan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit,sebagai contoh,ubat Aspirin yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.♥

Hindari Sembelit


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari TIGA kali seminggu.Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit.Oleh itu,pengambilan serat adalah digalakkan.♥


Lakukan Senaman Dan Bersukan

Bersukan sebanyak TIGA kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan ♥

27 June 2012

Rakanku Kreatif & Inovatif ♥

For the best of mum


For My Mother In Law  




For my baby sitter princess

For My Mother  ♥



(Buy 1 free 1 regular kastemer katekan..huhu (mug dapat free)



for husband tercinta

For my lovely princess



Berminat?? sila like page JAJA MUG atau add friend  AJA JAJA  (untuk mug/pinggan/solekan/dll) dan LIKE page JAS DESIGN add friend SOFYA MUHAMAD untuk sebarang tempahan (juge ade headband yang somel-somel tau..hehe)

26 June 2012

Rumah Sewa



Assalamualaikum semuaaaa =)


Sebenarnya masa awal mengandungkan princess lagi,aku dan suami bercadang nak cari rumah sewa.Almaklumlah sejak mendirikan rumah tangga,kami cuma menumpang teduh di rumah kedua orang tua kami sahaja,lepas kawen dulu,bergilir-gilir,seminggu ke rumah mentua dan seminggu di rumah mak.(tapi kadang-kadang rumah mak sendiri yang terlebih sudah..hehe).Start awal mengandung juga suamiku dah mula beli barang-barang keperluan rumah,seperti mesin basuh,peti ais,tv,almari tv,almari perhiasan,meja makan,almari lauk dan kipas angin.Kira dah separuh complete kan,cuma set sofa je yang belun beli..(dah dapat rumah nanti baru beli sofa) barang-barang tersebut,aku tumpang kat rumah mak aku.

Lepas melahirkan princess,suamiku dah mula mencari-cari rumah untuk disewa yang berhampiran.Yelah cari yang dekat lebih senang,senang nak hantar princess ke babysitter,dekat dengan rumah mak dan rumah mentua,dekat dengan kawasan pekan dan dekat dengan tempat kerja.Tapi sampai sekarang,masih belum dapat lagi rumah kosong yang nak disewa.Ada yang kosong,tapi bila aku pergi menanyakan kat tuan rumah,asyik dah ade yang masuk,kira aku nie lambat sikit je dengan penyewa yang lain..huhu

Baru-baru nie,aku dapat info ada rumah untuk disewa,rumah 3 pintu..rumah yang nak disewakan tu rumah tengah,suamiku ade pergi tengok-tengok keadaan rumah tu,suamiku kata,keadaan rumah tak berapa selesa,lagipun rumah tengah kan,agak sempit sedikit,angin tak masuk katanya.Lagipun rumah sewa tu agak jauh sedikit dari pekan,jauh sikit dengan rumah mak..hehe (anak montot katakan,semuanya nak dekat dengan mak).

Semalam,kawan rapatku beritahu,dikawasan rumahnya ade rumah 2 pintu untuk disewa (tapi belum pindah,sebab nak tunggu awal/hujung tahun,sebahagian barang-barang dah diangkat ke rumah baru katanya)dengan cepat aku terus tengok-tengok keadaan rumah tersebut (dari jauh ajela) memang tenang kawasan rumah tu,laman-laman pun bersih je,sedap mata memandang..(ni yang tak sabar nak pindah..huhu)
Tapi aku tak perlu risau,sebab kawan aku dah awal-awal booking untuk aku rumah tu..hehe..thanks to Mama Aiman a.k.a Aina Arin sebab tolong carikan,dah dekat sangat dengan rumah kau,nanti boleh la kite lepak sama-sama,gosip sama-sama..huhu.

Sebenarnya suamiku kata,kalau boleh raya nanti nak duduk rumah sendiri,nak buat macam mana,rezeki nak duduk rumah sendiri raya nanti tak ade lagi,terpaksa la tunggu lepas raya..lagipun tunggu princess besar sikit baru la senang sikit :) kalau pindah awal tahun,princess dah setahun :)


p/s :bukan tak suka duduk dengan mak/mentua,dah berkeluarga nih teringin hidup privacy,susah senang sendiri... )

25 June 2012

Faktor Saiz



" Assalamualaikum salam sejahtera,kepada anda semua moga bahagia "


Pagi Isnin yang sangat kelam kabut,mana tak nya pagi-pagi kereta dah buat hal,dah keluar rumah nak hantar princess ke rumah baby sitter,tengah bawak kereta tetibe kereta rasa macam lain macam aje,rasa berat semacam,ingat lupa turun kan handbrake,tapi bila tengok handbrake dah elok-elok je terletak kat bawah.Bila dah ragu-ragu,aku pun mula turun kereta,tengok apa yang tak kena dengan tayar kereta ke hape..bila aku tengok,rupenya tayar kereta depan belah kiri bocor habis.. (mungkin princess dendut sangat kot,tayar kereta mama bocor..hehe)dah kena patah balik rumah..nasib tempat kejadian dekat dengan rumah..Kebetulan pulak,kakak aku lepas hantar anak dia pergi sekolah memang stay kat rumah mak,so terpaksa la mintak jasa baik dia pinjamkan kereta sebab nak hantar princess ke rumah baby sitter.

Lepas hantar princess,balik rumah semula sebab ingat nak hantar kereta dengan ayah (suami aku),tetibe si ayah duduk depan pintu..dia kata "moto ayah pun bocor" la ape kehalnye pagi-pagi semua bocor...
Terpaksa mintak  jasa baik kakak aku untuk hantar aku pergi kerja..hehe.Sayang lebih la kat kau kak,nanti aku gaji,aku belanje kau TUTTI FRUTTI :)


Mungkinkah faktor saiz badan yang dah obesiti mengakibatkan tayar kereta & tayar motor pancit?? Renung-renungkan dan selamat beramal =)

22 June 2012

Baby Contest Buat Princess




Assalamualaikum dan salam Jumaat ...


Hari tu aku ada LIKE page Johnson Baby kat facebook,memandangkan aku dah ade princess,of coz lah banyak baca atau menglike pasal bayi.Page yang ada pasal bayi sume aku dok like dan follow,tak kira lah dari segi penjagaan bayi,peralatan bayi,pakaian bayi,makanan dan ape sahaja mengenai bayi,pasti aku akan LIKE/FOLLOW.muehehehehe..almaklumlah anak sulong masih takde pengalaman lagi,harus kena timba banyak lagi kan.

Oh ya! berbalik pasal Johnson Baby tu,sebenarnye dieorang tengah buat baby contest.Hadiahnye ialah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.00.Peh! nie kalau princess masuk contest ni,pastu menang..alangkah bestnye..lagi-lagi dah nak raya...memang aku shopping dan melaram sakanlah dengan princess ...haha..dah mula verangan...puihh!!!

Aku dah mula mengisi borang secara online di laman web tersebut, syarat-syarat nak masuk contest nie adalah anda haruslah membeli mana-mana produk tersebut dari harga RM20 keatas dengan satu resit sahaja.Baby yang layak menyertai adalah dari umur 0-hingga 36bulan,tarikh tutup akan berakhir pada 30 Jun ini,kepada sesiape yang belum menyertai,mari lah sertai beramai-ramai :) kot-kot ade rezeki nak dapatkan wang tunai sebanyak RM50,000.00 tu,boleh la buat persiapan raya..huhu...
Mari mengisi borang di SINI


Doakan princess menang contest ini =')




20 June 2012

Selamat Berpantang



Bulan nie sahaja princess dapat kawan 'baru'.Kawan baru princess sorang perempuan dan sorang lelaki.jom layan gambar =')

>>Nie baby Nani,baby boy seberat 2.95kg  secara normal..sebelum deliver,si nani sempat jugak message aku mintak petua..haha<<

Bersalin pada 16 Jun 2012


.

.

.

.

.

.

.

.

.

>> Tahniah Ayu + Yun dapat baby girl,boleh geng ngan Kiesha  :)

 > Ayu selamat melahirkan babycute ni pada 12 Jun 2012 (ikut tarikh due  14 Jun 2012)

> Bersalin secara normal

< Berat baby 3.68kg,semangat kau..=)


.

.

.

.

.

.

.

.

>> nie pulak baby boi Noni + Fairus...muke ikut betul si Nonie..berapa kg tak pasti pulak..hehe,baby Noni + baby Nani berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 16 Jun 2012,tahun depan boleh la potong kek sesame :)<<




Tahniah buat korang semua,dan selamat berpantang yang 'best' sangat tu *tangan di dada mata ke atas* dan yang pasti,tidur malam korang dah tak senyenyak dulu..hihi..Maaf  aku & princess masih belum berkesempatan nak melawat korang..insyallah ada kelapangan akan sampai melawat korang yea...




Jalan Jalan Cuci Mata



Ingat kan hari nie masuk keje setengah hari,dapat la rehat-rehatkan badan kat rumah sambil 'momong' si princess,harini kerja setengah hari sebab baby sitter princess kena pegi sekolah,coz hari terbuka anak-anaknya,so terpaksa lah mama mintak keje setengah hari je :") .Tetibe bangun pagi tadi,ayah si princess dapat call dari mak dia (mak mentua aku) mintak tolong hantar pergi klinik.So,ayah Kiesha mintak tolong mama la yang hantarkan,memandangkan ayah Kiesha kena kerja luar harini.Lepas mandikan & siapkan princess,mama pulak nak mandi & siapkan diri..hehe,princess nenek yang tolong pegang dan susukan (mak aku)

Bila mak + anak dah siap,kami dua beranak pegi ambik mak mentuaku pulak,aku menghantar mak mentuaku ke Klinik Min,aku cuma turun kan aje mak mentuaku itu,sebab tak ade parking,lepas tu aku round round la kejap,awal lagi nak pegi mall,sebab waktu tu baru pukul 9.oopagi,kedai pun tak banyak bukak lagi,bile dah ronda ronda,perut pulak berirama disko dangdut..huhu.so aku pergi la bersarapan di MCDONALD ,(tak pernah pernah seumur hidup bersarapan di MCDONALD ) bila mememikirkan si princess tu,takkan nak bawak makan kat warung,takut die meragam je.(untuk pengetahuan,princess memang suka bila kena aircond,siap aje die bila kene aircond =) Walau tak pandai pepagi sarapan burger,namun ku gagahi jua untuk melantak nye..hehe,maklumlah tekak orang jawa tak sama dengan tekak orang bandar,hehe..jom layan gambar ...



::Nie yang aku oder...air kopi dia tawar gilerr...huhu,ingat nak oder ciken polkadot ke poldover tuh,tapi pukul 11 pulak baru ade::


Lepas melantak,kami dua beranak round round lagi macam naik merry go round,,huhu..pegi tengok mak mentua kat Klinik Min,tapi masih belum sampai lagi no gilirannye,so ape lagi round-round lagi lah (nasib tak mabuk)bila dah siang sikit,aku bawak si princess jalan-jalan dalam Carrefour pulak,nasib bawak 'kaki' si princess kalau tak mengah jugak la dok mendukung princess yang dah semakin semangat tuh..untung princess diam n tido jek dalam stroller,makan makin khusyuk la mama tengok baju raya,baju tak raya,kasut raya,kasut tak raya...hihi...tapi mata tetap meliar cari baju untuk princess :) disebabkan princess jadi budak baik harini,mama ade belikan sehelai baju juga buat princess,,..SEHELAI jek..sebab ahad lepas dah belikan 2 pasang baju,,nanti ayah marah mama sebab asyik2 baju princess aje..hihi..

Jam dah menunjukkan pukul 11.30,aku kena kejar masa sebab nak masuk kerja lagi..huhu,nasib bila sampai kat Klinik Min,mak mentuaku dh siap,tengah tunggu ambik ubat aje...tpi lama jugak la menunggu..mak mentuaku ajak makan tengahri,tapi memandangkan aku dah kenyang + kejar masa nk masuk kerja,terpaksa la batalkan niat itu..

Lepas ambikmak mentua ku kat Klinik Min,kami terus balik dan terus menghantar princess ke rumah baby sitter beliau =')



:: budak dendut yang comellll::











18 June 2012

18 June 2012




Semalam, genap sudah buah hati mama dah 4 bulan..kejap je kan :)

Happy Monthly Birthday sayang...cepat cepat membesar bagai Johan ok!

Membesar dengan sihat sihat selalu yeee

Mama & Ayah sayang sangat-sangat kat awak !!!



>> Anak mama memang kuat tidoooo,janji tempat berekon,pasti akan zzzzzzzz...<<

                                18 Februari 2012 > 18 June 2012

Kiesha 4bulan dah pandai meniarap (walaupun dengan bantuan mama,sebab montot dia yang besar..hehe) dah kenal mama & ayah,menangis bila orang yang tak dikenali dukung dia,dah pandai mintak diagah,mudah tersenyum..suke dibawak jalan jalan (like mama :) seboleh2 nya nak capai bende-bende yang berwarna warni

14 June 2012

Kenapa NUR KIESHA ZAHRA ?


"Istimewanya nama ZAHRA,sana sini kawan kawan bagi anak nama tu"


Kata kata kat atas tu aku copy paste dari status Mama Ammar di facebook beliau...hehe..jangan mareee ye Sofya =)

Kenapa aku bagi nama Kiesha ada Zahra dibelakang nye? adakah aku ikut trend semasa bagi nama anak  macam tu ? terikut-ikut dengan nama anak orang lain ? oh takk sebenarnya.
Sebelum my princess di lahirkan,aku ade jugak standby beberapa nama untuk diberikan kalau my baby dah keluar nanti (banyak nama perempuan berbanding nama-nama lelaki,sebab aku pasti janji pasti ditepati..baby yang bakal lahir nanti adalah gegurl..bukan nak melawan takdir jika baby yang bakal lahir itu boboi,tetapi naluri keibuan tu kuat menyatakan baby aku perempuan... :)

Ada beberapa nama yang ade dalam pale hotak aku waktu dan ketika itu,iaitu Keisha Nur Zahra,Keisha Izz Zahra,Jasmine Zahra,Raisha Nur Delisha,Raisha Nur Zahra,Nur Dhia Qasrina (penangan drama Tentang Dhia..huhu) dan Dhia Nur Jasmine.Dasat tak nama-nama pilihan aku? nie kalau anak dah sekolah/kawen,confirm tergeliat lidah cikgu/tok kadi/bakal suami dieorang nak nyebutnye...huhuhuiiii!!
Bila baby dah lahir,6hari selepas kelahirannye,suami aku dah nak daftr nama anak,masa tu dalam pale hotak aku nak bagi nama Keisha Nur Zahra,tapi suamiku kata kenapa tak letak NUR tu kat permulaan nama? lantas aku akur dengan cadangan tu..(tak baik melawan cakap suami tau!) lalu terdaftarlah nama my princess Nur Kiesha Zahra Binti Shahrulal Amin (nama anak dan bapak sama panjang,nama mak cinonet aje)Tapi ejaan Keisha tu ada silap sikit,sepatutnye Keisha bukan Kiesha...tapi tak apelah janji janji ditepati sebutan nye same..waktu cari nama tu kat internet,jadi bila dah dalam pantang,tak menyempat nak semak balik ejaan nama Kiesha/Keisha tu kat internet..huhu.

Aku letak Zahra sebab Zahra tu maknanya bunga,so nama aku pun dah bunga kan,nak bagi nama bunga kertas,keembung macam tak patut pulak..hihihi..memula memang nak letak Nur Jasmin Zahra tapi suami aku tak berkenan pulak dengan nama tu...

NUR = CAHAYA

KIESHA = HIDUP DALAM KEADAAN BAIK

ZAHRA = BUNGA

Semoga Nur Kiesha Zahra menjadi anak / bunga yang hidupnya sentiasa dalam keadaan yang baik & bercahaya.


"Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru namanya pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu.Oleh demikan,elokkanlah nama-nama kamu"
(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak A.s)



p/s: nasib tak bubuh nama Bunga api ke,Bunga Tayar..hehe


Jangan Lakukan Ini Pada Bayi Anda!!

Buaian Untuk Baby

Buai? kenapa ibu suka pasang buaian untuk baby ? Enjut enjut baby supaya baby tido ? Mungkin mitos orang dedulu kata 'kalau enjut enjut,baby senang tidur'.Cuba kita bayangkan kalau kita tengah tido,ade orang datang kacau,enjut enjut katil kita,lompat lompat atas tilam spring kita..rasa cam nak bagi penyepak bukan..
Baby kalau boleh bagi penerajang,dia dah bangun dan bagi smack down kat sekali rasanya.Jangan sesekali kita buai kan baby!! ,especially kat baby yang baru lahir,merah merah lagi kulitnye.Salur darah dekat baby masih halus,kecil dan mudah rapuh.Dengan buaian,akan buat salur darah mudah pecah,menjadi lebih bahaya,salur darah di bahagian otak pecah.Maka terjadi pendarahan otak (eeeiii!! selisihhh)





Ubat Batuk 

Tiada istilah ubat batuk untuk kanak kanak.Tidak perlu bagi ubat batuk warna hitam dalam simpanan korang,terutama sekali baby kecil yang batuk.Fungsi ubat batuk adalah supaya dapat mencairkan kahak kita dan memudahkan kita membuang kahak sekaligus membuang kuman.Tetapi budak budak mana reti buang kahak kan..so??
Dan paling menyeramkan,ubat batuk mengkhayalkan dan mengantukkan,jika kita khayal tu tak pe,tapi kalau baby kita yang khayal,itu bahaya .Baby khayal atau tidak bernafas sama sekali ,itu susah untuk kita nak bezakan di kemudian hari.

Kesimpulannya perawatan kanak kanak dan orang dewasa amat berlainan.Jangan jadi doktor sendiri di rumah (lain la kalau anda memang ade title doktor).Kalau anak sakit,kurang pasti,sila bawak anak ke klinik berhampiran 


Bancuh Susu

Selepas bancuh susu,acane korang goncang ?
Mostly,kebanyakan para ibu akan gunakan jari telunjuk,tutup puting susu,kocok kocok kocok kocok.Kemudian hulurkan pada baby,lalu baby pun minum susu srrooottt! sroooott!! srooot!! *cedapnye mumi buat cucuuuuuu* kata baby tersebut.
Beberapa jam kemudian,baby tersebut cherry berry a.k.a menceret a.k.a cirit birit...muntah muntah beberapa kali.

Kenapa cirit birit?? Sebab jari telunjuk yang ditutup untuk dibuat kocok kocok tadi ,sebenarnya kotor.Banyak kuman lompat lompat.Lupa ke sebelum tutup puting susu tadi ade yang korek idung..korek muntot??

Jadi apa gunanya penutup botol yang korang cuci dan rendam dalam air panas lama lama untuk buang kuman kalau tak digunakan? Tutup dulu botol susu itu,barulah kita kocok kocok sepuas puasnya ^____________^


Perkembangan Tahun Pertama Bayi

Selamat Petang <mood tengah kemaruk nak update blog> (>.<)

My princess dah nak masuk 4 bulan pada 18 Jun (lagi 4hari).alhamdulilah dah besar anak mama =)

Melangkah ke usia 4 bulan,Kiesha dah pandai mengiring,membebel (ngoceh),buat mimik muka.dan paling terharu,Kiesha dah kenal suara & bau mamanya.Buktinye bila satu hari tu,tengah aku bermain-main ngan Kiesha,abang aku terus dukung Kiesha,memula die tak menangis,tetibe je memek muke berubah (macam nak nangis)aku panggil panggil nama die,terus la Kiesha menangis kuat....aku dukung terus jek dia diam...oh anak mama dah pandai yer

(1 BULAN)

*Membawa tangan ke arah mata dan mulut 

* Menggeleng-gelengkan kepala apabila di baringkan

* Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka

* Bertindak balas terhadap rangsangan dengan menangis,ketawa dan sebagainya

* Memandang ke muka anda 

f
(Princess sebulan)

(2 BULAN)


*Tersenyum 

(pantang diagah pasti Kiesha tersenyum,lagi lagi bila tengok kipas syiling)

*Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk

*Tidur pada kebanyakkan masa 

(Siang Kiesha tak berapa nyenyak,,sejam sejam je masa tidur dia,tapi waktu malam nyenyak sungguh)

*Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut (lembut? ganas je mama tengok =)


(3 BULAN)

*Menutup dan membuka tangan

*Mencapai objek atau permainan

*Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh

*Mula membuat bunyi seolah olah bercakap 

(bising betul mulut Kiesha kalau buat mcm nih)

*Senyum mendengar suara ibu bapa

*Khusyuk memandang muka


(4BULAN)(Now!!!)

*Boleh bermain tanpa perlu ditemani sepanjang masa

(bila mama bukak tv lagi lagi kartun,kusyuk je die tengok)

*Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap"Boo" atau "Baa"

*Suka melihat warna terang

*Tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali


(5 BULAN)

*Kepala lebih tegap apabila duduk dan dirikan

*Mencapai objek

*Mengenali orang dari jauh

*Senyum secara spontan

*Menggolek-golekan badan pada satu arah


(6 BULAN) (Hari Raya Nanti)

*Kawalan tangan dan badan yang lebih baik

*Mengolek-golekan badan pada pelbagai arah

*Mula membuat bunyi seperti "ga","ba","ma"

*Anda dicadangkan mula membacakan buku untuk bayi anda

*Mula makan makanan pelengkap,kisar atau tapis halus

  (7 BULAN)

*Duduk tanpa sokongan

*Memindahkan objek dari tangan ke tangan

*Kenal nama sendiri

*Boleh main "Baaaa...cakk!!"

*Seronok bermain

*Bertindak balas dengan perkataan "TIDAK"


(8 BULAN)

*Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap

*Perkembangan emosi yang ketara,mungkin meniru ibu ayah seperti ketawa/senyum

*Ekplorasi objek dengan menggoncang,menjatuhkan,menghentak dan sebagainya








p/s:from blog AnakBonda Blog :)



















13 June 2012

Awesome Birthday Party!!!

Selamat Petanggg... (>.<)

Bila tengok Mama Adelia & Mama Ammar buat birthday party untuk anak anak dieorang,keterujaan aku untuk menyambut hari lahir Kiesha pula menyerlah (Kiesha baru nak masuk 4bulan,mama die dah berangan nak buat birthday party) over okeh..huehue..takpe takpe setahun sekarang bukan lama mana...pejam celik pejam celik dah setahun,sekarang ni pun pejam celik pejam celik kejap je Kiesha dah 4 Bulan,macam semalam je rasanya aku keluar dari Labor Room.....huehuehuehue..4bulan kini telah berlalu,Kiesha pun telah membesar dengan jayanya..ape taknye kuat menyusu budak nih mengalah kan baby boy..tapi takpelah kuat menyusu means cepat la Kiesha besar,cepat besar cepat la Kiesha dapat adik..huhuiii statement tak menahan (>.<)






Lagi lagi bila tengok decoration kat atas nih...lagi la perasaan ni membuak buak nak sambut besday si nonet..cepat besar ye Kiesha sayang..mama tak sabar nak buat Besday party untuk Kiesha..peace!!!



Psssttt!! mana nak carik deco secute nih kat area BP?

Nasi Lemak Terbaeeekk

Haluuuu u ollssss!! (gaya gedik)

Semenjak dua menjak tiga menjak dah ada anak nie,setiap apa pun mesti anak yang NO.1,setiap kali shopping,mesti ada 2,3 helai baju princess,padahal dah menimbun baju baju dia.Geram hokey tengok baju budak baby yang kiut miut..lagi lagi baju budak baby gugurl...waduh bisa meleleh air liur kalau tak beli..lagi2 princess anak sulong,keterujaan untuk membeli tu lebih la sikit..huehuehue

Dah lari tajuk pulak!!

Malam tadi,aku & ayah Kiesha beli barang barang untuk si nonet nih...barang ape lagi kalau bukan susu,pempes dan lain lain..lepas menyopping,aku & suami mengeteh kat warung nasi lemak depan Tasik Merdeka .Memang port kami berdua suka mengeteh nasi lemak kat situ,ingat kat Kampung Baru jek ade Nasi Lemak,kat Batu Pahat pun hado..lagi enak berkrim disukai ramai..huehuehue...takde menu lain selain NASI LEMAK AYAM + SUP TAUHU yang kiteorang laki bini hoder..memang tu jela menu kami...memang terbaeekk dari ladang..

Malam tadi lupe pulak nak ambik gambar Nasi Lemak Ayam Berempah & Sup Tauhu tu,sedap sangat sampai lupe nak bergambar..huhu..kalau korang nak try rasa nasi lemak kat situ,singgah la warung yang betul betul berhadapan dengan Taman Tema Wet World @ Tasek Merdeka..

   Credit picture from Google (>.<)

 



08 June 2012

Cool Blog Yang Memang Cool!!

Salam Sejahtera & Salam Petang Jumaat (>.<)


Aku memang 'hantu' minum air cool blog.Dulu kalau nak minum/beli mesti kena pegi town Batu Pahat ,jauh oke...ingat lagi sewaktu mengandungkan princess,sanggup tu ke town Batu Pahat,semata-mata nak beli Cool Blog.. *kang kalau tak sanggup nak pegi,takut bebi kuar nanti 'ngences' huhu..*  .Pantang nampak Cool Blog pasti beli,walhal perut tengah kenyang giler babi 


Sekarang tidak perlu lagi ke Batu Pahat untuk membeli minuman tersebut,sebab dah dekat sangat dengan area rumah aku,cawangan Cool Blog nie dibuka,iaitu di Taman Sentang Batu,Parit Sulong,bersebelahan dengan Pasaraya Sakan.



>> Nie masa hari kedua dibuka,orang berpusu-pusu nak beli>>
Pic kurang memuaskan sebab dalam kereta,hp pun cap ayam..huhu




S
ekarang,dalam seminggu ade la 2,3 kali aku rajin beli..sebab sebelah je dengan kampung babysitter my princess..hehe




07 June 2012

Jangkitan Kulat Air

              Assalamualaikum & Salam Jumaat semua =D


Semalam petang,tengah dok kuis-kuis kuku kat tangan nie tetibe kat jari tangan aku macam ade sesuatu pulak..(jari hantu & ibu jari)ade mcm benda timbul timbul.Sekali tengok rupenye Kulat Air (tak pasti) tapi aku rasa memang kulat air pun..Sebelum ni memang aku perasan yang kulat tu ade kat jari hantu,tapi cuma ada satu.Tapi bile aku tengok semalam,bertambah jadi 4 bintik pulak..(aku rasa benda ni hidup & berjangkit)pulak tu kelilingnye ade macam baru nak tumbuh pulak.




>>Pic Kiri Jari Hantu,Pic Kanan Ibu Jari>>

Risau dengan situasi tersebut,aku cepat cepat ambil surat ke klinik (under company,so tak payah bayar kos perubatan..huhu)


Malamnya lepas magrib,aku terus ke Klinik Tawakal(bukan doktor Ahmadol la pulak,doktor ganti).Selepas aku beritahu masalah yang melanda,doktor mengesahkan benda tu ialah kulat.Ia tumbuh macam cendawan dan bende tu sebenarnya hidup,sebab tu ia merebak menjadi banyak.So,doktor cuma bagi aku ubat untuk makan & ubat sapu...


>>Doc bagi ubat Antibiotik,Alahan,Gatal/Alahan & ubat sapu>>


Harap penyakit ni akan sembuh..takut juga kalau berjangkit kat princess T_____T


SELAMAT HARI BAPA 2012

Tahukan anda bahawa 17 Jun nie merupakan Hari Bapa sedunia ? Tak kisah kalau korang panggil  AYAH,PAPA,DADDY,ABAH,WALID atau dengan panggilan yang lain terhadap orang yang telah memelihara kita dari kecik hingga dah menjadi mak/bapak .

Ketika sedang aku menaip blog nie,hati aku merasa sedikit sebak,bila memikirkan tentang abah yang aku sayangi telah tiada di alam fana ini.Tiada ucapan SELAMAT HARI BAPA untuk abah,tiada kucupan mesra di pipi abah Y_________Y.Abah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya ketika itu aku baru di darjah 3 (9tahun).Seusia muda begitu aku telah kehilangan seorang ketua keluarga,mak pernah bagitahu,aku amat akrab sekali dengan abah..sehinggakan pabila pulang dari sekolah,abah akan melayan permintaan ku untuk membeli barang permainan (walaupun abah tiada duit waktu tu) bila aku pikir-pikir balik,kesian abah..maafkan aku abah !


Kepada korang yang masih mempunyai bapa,hargailah bapa anda,jagalah ia sebaik mungkin.Agak hiba rasanya sebab abah tak pernah merasa duit gaji aku,tak tengok aku mendirikan rumahtangga apatah lagi melihat aku berkeluarga Y__________________Y

Al Fatihah buat abahku BERAHIM BIN JANI,semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong bersama-sama orang yang beriman. (1993-2012)


*Pic diatas bukan abah bersama aku,tapi bersama cucunya a.ka. anak sedara aku Alice Sk8fun *

                                                                                    


                                                         >>>MOOD BERTUKAR>>>

Pada Hari Bapa tahun nie juga,merupakan tahun pertama suamiku menyambut Hari Bapa,kami sangat teruje.Aku bercita cita untuk memberikan suamiku hadiah Hari Bapa,tapi tak tau nak bagi hadiah ape.Adakah nak bagi 2nd baby kepada nya,bagi spender crocodile,nak bagi boxer ? atau nak bagi ehem-ehem sahaja..huhu..segalanya masih berlegar-legar di ruangan kepala hotak aku.Nak bagi minyak wangi,bile masa pulak die nak pakai...selama aku kawen tak pernah nampak die pakai minyak wangi..haha..

             ::Nie la encik suami aku..hemcem tak ?::

"Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya abang telah pun bergelar seorang ayah kepada puteri kita.Semoga ayah menjadi ayah yang soleh,bertanggungjawab,terbaik & ayah yang penyayang..Mama selalu berdoa semoga ayah dimurah kan rezeki,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dijauhkan dari segala bala bencana serta berjaya dengan perniagaan ayah.Mama dan adik sentiasa ada disisi ayah sewaktu susah & senang ayah.Terima kasih sebab berikan kasih sayang yang cukup buat kami,berikan kami makan pakai yang cukup,terima kasih sayang...we love you forever!!" <3 <3
























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...