Assalamualaikum anda anda yang comel comel sekalian =)
Ramai yang sudah tahu,esok 19 Jun 2011 merupakan Hari Bapa (T.T) sedih sebab tak dapat sambut Hari Bapa,my abah telah 18 tahun pergi menghadap Ilahi pada tahun 1993,ketika itu aku baru berusia 8 tahun.Usia sekecil itu,seharusnya masih lagi memerlukan belaian kasih sayang seorang bapa. ='( tapi takdir telah menentukan segalanya,kita sebagai manusia seharusnya tabah menerima Qada & Qadar dariNYa...sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah.
Abah meninggal dunia kerana menghidap penyakit paru paru berair dan sakit jantung,tapi mak kata abah tak pernah tunjuk kat anak anak nya atau pun pada mak sendiri yang abah sakit,sebab abah tak nak anak anak nya risau (semua mak bapa tak nak anak anaknya risau,tapi biasanya anak anak selalu buat mak bapanya risau kan ?)
Abah seorang yang penyayang dengan semua anak anaknya,tak pernah memarahi kami,tak pernah meninggi suara dengan kami mahu pun dengan mak,abah seorang pak lawak sebenarnya,ada je benda yang boleh membuatkan kami ketawa dengan gelagat abah.
Tapi kini hanya tinggal kenangan,kenangan bersama abah tak mungkin dapat dilupakan,walaupun aku yang anak bongsu hanya dapat belaian dari seorang abah hanya sekejap saja,namun tetap bersyukur.Semoga roh abah sentiasa dicucuri Allah S.W.T.
Kepada anda anda yang masih mempunyai bapa,hargai bapa kita selagi hayatnya masih ada..
SELAMAT HARI BAPA untuk bapa mentuaku Abd Samad Bin Muslim
::by Mawi::
Kepada anda anda yang masih mempunyai bapa,hargai bapa kita selagi hayatnya masih ada..
SELAMAT HARI BAPA untuk bapa mentuaku Abd Samad Bin Muslim
::by Mawi::
No comments:
Post a Comment