Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




29 June 2011

Santau....

Santau atau juga dikenali sebagai tuju tuju merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka...

Matlamat Santau
Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh

Kelebihan Santau
 (a) Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.

(b)  Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. Ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa di The Hague di Netherland pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang melarang penggunaan bahan yang menyebabkan “unnecessary suffering” atau “superfluous injury.” Antara lain ia melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah mengesannya.

Kelemahan

(a) Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.

(b) Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.

(c) Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun.

...............................................................................................................................

Hmm...mesti korang pelik kan kenapa aku buat entry pasal SANTAU nie..Sebenarnya,semalam kawan suamiku beritahu ada orang dikampung meninggal.Aku pun menyampuk la,siapa yang meninggal sakit apa...kot kot aku kenal ke kan...
Suamiku kata "budak farmasi Kinabalu kat Parit Sulong la...kenal tak?..aku terdiam sambil memikir mikir siapa orangnya...lalu aku pun jawab "eh kat farmasi tu kan ramai pekerjanya,yang mana satu?"."Ala...yang pakai cermin mata tu...yang kecik molek je orangnye" aku terus menjawab "Ya Allah! budak tu ke....sakit apa? eksiden ke??"
Tapi suamiku tak jawab soalan aku,dia kata tak pasti lagi sakit apa.(mungkin suamiku dah tahu,tapi malas nak beritahu pada aku)
Menurut kata orang orang kampung,arwah meninggal disebabkan terkena buatan orang (santau),apa yang buat aku mengalirkan airmata,mangsa baru berkahwin pada Mac 2011 (masih baru lagi)

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang beriman.....




27 June 2011

Big Day's My Friends

Assalamualaikum....

Sebelum aku memulakan cerita,ingin aku ucapkan tahniah buat kumpulan SEPAH diatas kemenangan mereka di pentas MahaRajaLawak Akhir..memang ku dok sokong SEPAH nih..sebab lawak dieorang slumber badak....yeah! yeah! SEPAH menang...♥ ♥



♥ 24 June 2011 (Jumaat) ♥

Okey okey,sila ambil perhatian...Jumaat lepas rakan baikku Nurizzaidah Binti Salleh @ lebih dikenali dengan nama Ayu,telah selamat menjadi isteri kepada Yun (laki dia lah)
Majlis akad nikah berlangsung sedikit lewat,disebabkan tok kadi yang nak nikahkan si Ayu ni,terpaksa menikahkan pasangan pengantin lain di sekitar Parit Sulong juga..jadi,disebabkan majlis pernikahan Ayu nie boleh saing pula dengan ML Akhir,aku memilih untuk ke rumah Ayu lebih awal sedikit,gara gara tak nak terlepas tengok ML Akhir  (pergi cepat boleh balik cepat),memang la ada ulangan,tapi dah tak best la kan...:)

Aku ke rumah Ayu bersama mak dan akak ipar aku,mak dan kakak ipar aku pergi waktu nikah,sebab esok mak ada jemputan di tempat lain...*masa aku nikah dulu,Ayu juga menghantar aku ke Surau,jadi tak adil lah kalau aku tak menghadiri mjlis pernikahan beliau*.Sesampai saja di rumah Ayu (Ayu nikah di rumah)rakan ku ini belum siap bersolek,al maklumlah aku kan datang awal,nasib baik tak lama tu,rakan rakan aku yang lain hadir juga,seperti Shafikah,Nora & Fida...jadi tak la aku terbongok sangatkan...
Lebih kurang 9.30malam,aku beransur pulang...ketika itu,pengantin dan pihak keluarga lelaki baru memasuki perkarangan rumah...


 ♥ 25 June 2011 ♥ (sabtu)

Hari nie majlis persandingan Ayu,jadi disebabkan hari Sabtu aku bekerja,aku telah mengapply borang cuti setengah hari.Aku ke majlis persandingan Ayu bersama kakaku & kakak iparku

 ::dari kiri kakak iparku+aku+kakakku::

*sempat juga kami berposing ala ala Charlies Angles versi hijab*


Sampai saja di dewan,(majlis perkahwinan Ayu diadakan di dewan futsal berhadapan betul betul rumah dia,dewan futsal nie baru saja dibangunkan..so..untunglah Ayu)
Disebabkan kami datang tersaing pengantin lelaki berarak masuk,jadi keadaan menjadi kelam kabut sedikit...nak cari meja makan pun punya la sesak...


::cantik kan Ayu..macam Stacy pun ada,mcm Elly Mazlien pun ada,mcm Liyana Jasmay pun ada::

"Selamat Pengantin Baru Ayu ♥ Yun,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat"
aku salute dengan korang,sebab kawan dah lama giler,dan akhirnya naik pelamin juga..:)

Aku tak dapat bergambar dengan Ayu..plus aku segan banyak mata mata yang memerhati...lain la kalau buat kat rumah...kurang sikit malu aku..hik3
oklah..setakat ni saja entry aku kali nie..♥ ♥


sedikit info :

* Ayu disolek oleh Mak Andam dari Pt Yaani (perempuan tulen)

* Pelamin dari Alin's Gallery Parit Sulong a.k.a Kak Ina



22 June 2011

Mimpi Hanya Mainan Tidur....

Hai korang! harap dalam keadaan sihat sihat walafiat okey =)

Korang pernah tak mimpi yang bukan bukan? yang kadang kadang tak terlintas dek kepala hotak korang pon nak mimpi macam tu..Aku pernah mimpi kawen dengan Aaron Aziz a.k.a Seth Tan :) (wah begitu indah mimpi sebegitu rupa,rasa macam tak nak sedar dari mimpi tu..kih kih kih!!,mimpi couple dengan Nabil Maharajalawak *wah mimpi dengan retisss sahaje* pastu mimpi dapat jadi bff kepada The Scarflets yang terkenal seperti Cik Epal Chenta Nana Miss Yanny Yana Peti Suara Ayun dan yang lain lain.Dalam mimpi tu pun macam real je rasa..walaupon tak dapat jumpe secara face to face,dapat jumpa dalam mimpi pun jadi lah :)




::credit picture from Cik Epal Blog::


Ohsem kan dieorang...i likeeee..tapi aku tak berani nak dress up cenggitu...terlalu peliks sangat dressup dieorang,tapi suke sangat tengok....


Eh lari topik pulak,sebenarnya aku nak cerita kat korang,semenjak dua menjak nie aku asyik mimpi encik suwami ku kawen dengan orang lain *tapi dalam mimpi tu memang takde la nak tunjuk sape pompuan yang dia kawen tu*
Tiap kali aku mimpi encik suwami kawen,tiap kali tu jugak aku rasa sakit hati sangat *walaupon dalam mimpi,sampai terbawak bawak ke alam realiti...kekadang tu,betul betul mengalirkan airmata (time tu tengah tido) lagi teruk bila encik suwami feluk feluk time kiteorang tido,aku boleh tepis (sebab dah terbawak bawak dengan mimpi tu)dan setelah tersedar,aku cecepat feluk feluk encik suwami *sape yang tak sayang laki beb*walaupun dia tak seromantik Seth Tan,dan tak pernah belikan 1 dozen fresh flower atau tak pernah dukung aku masuk bilik time aku tertido kat luar...(gile ko nak dukung aku yang dah bersize anak gajah nih! hahahampaGAS!!) namun,aku tetap bersyukur sebab dia sudi memperisterikan aku,dan sabar melayan perangai aku yang agak gila gila *bukan gila okeh* lagipun berdosa membeza bezakan si polan tu dengan si polan nie dengan suami kita kannn...lagipun encik suwami ku telah menjaga makan dan pakai ku semenjak kami berkahwin,tengok la perBEZAan dulu dan sekarang....sangat berKEMBANG okey :)

Tapi aku pernah dengar orang cakap,kalau kita mimpi yang sama lebih dari sekali,bermakna mimpi kita akan jadi kenyataan dan kalau takut mimpi tu akan jadi kenyataan,kita kena share balik mimpi kite tu kat orang lain *kalau tak silap aku la*
Okey la,aku dah penat dah nih...nak tengok You Tube Nora Elena agar malam nie aku mimpi lagi kawen dengan Seth Tan  :)  ok babai...i lap yu  ♥ ♥

17 June 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum anda anda yang comel comel sekalian  =)

Ramai yang sudah tahu,esok 19 Jun 2011 merupakan Hari Bapa (T.T) sedih sebab tak dapat sambut Hari Bapa,my abah telah 18 tahun pergi menghadap Ilahi pada tahun 1993,ketika itu aku baru berusia 8 tahun.Usia sekecil itu,seharusnya masih lagi memerlukan belaian kasih sayang seorang bapa. ='( tapi takdir telah menentukan segalanya,kita sebagai manusia seharusnya tabah menerima Qada & Qadar dariNYa...sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah.

Abah meninggal dunia kerana menghidap penyakit paru paru berair dan sakit jantung,tapi mak kata abah tak pernah tunjuk kat anak anak nya atau pun pada mak sendiri yang abah sakit,sebab abah tak nak anak anak nya risau (semua mak bapa tak nak anak anaknya risau,tapi biasanya anak anak selalu buat mak bapanya risau kan ?)
Abah seorang yang penyayang dengan semua anak anaknya,tak pernah memarahi kami,tak pernah meninggi suara dengan kami mahu pun dengan mak,abah seorang pak lawak sebenarnya,ada je benda yang boleh membuatkan kami ketawa dengan gelagat abah.

Tapi kini hanya tinggal kenangan,kenangan bersama abah tak mungkin dapat dilupakan,walaupun aku yang anak bongsu hanya dapat belaian dari seorang abah hanya sekejap saja,namun tetap bersyukur.Semoga roh abah sentiasa dicucuri Allah S.W.T.
Kepada anda anda yang masih mempunyai bapa,hargai bapa kita  selagi hayatnya masih ada..




SELAMAT HARI BAPA untuk bapa mentuaku Abd Samad Bin Muslim






::by Mawi::




14 June 2011

Tahniah buat mereka

Minggu ni aje aku dapat perkhabaran berita baik dari kawan-kawan aku,ada yang beritahu khabar berita tu melalui laman soSIAL mahupun melalui handphone aku sendiri.Bermula dari Kak Nor (kawan sekerja aku dulu di kedai hp Parit Sulong dan semakin rapat sehingga kini kerana anak sulong beliau,mak aku yang jaga hingga kini)

Kak Nor bersalin pada hari (Ahad,12 Jun 2011) dan melahirkan baby boy (dah sepasang dah dia dapat)secara normal.Kemudian diikuti pula dengan sahabatku Adda pada (Selasa,14 Jun 2011) melahirkan baby girl nya pada petang semalam.Kemudian pagi nie (Rabu,15 Jun 2011) sahabatku pasangan Ijat & Joyah pula selamat menjadi ibu & ayah kepada baby girl nya..alhamdulilah...semoga korang menjadi ibubapa yang bertanggungjawap...





aku?? masih bersabar menunggu dengan sabar saat-saat itu...♥ ♥

11 June 2011

Chicken Cordon Bleu at Secret Recipe

Semalam aku pergi makan-makan di Secret Recipe dengan bestfriend aku si Mama Ujie.Kesian dia kena layan kan aku yang dok 'ngidam' nak makan Chicken Cordon Bleu.Sebenarnya tujuan asal kami bukan hanya untuk makan-makan sahaja.Tapi lebih kepada untuk mencari hadiah buat si cilik Ammar sempena birthday bash nya harini.Sebenarnya Ammar anak kepada blog fealova...(kenal kannnnnn??)

Sebelum kami ke Secret Recipe,aku dan Mama Ujie ke Carrefour untuk mencari barang permainan sebagai present untuk Ammar & juga barang keperluan kami berdua...*keperluan la sangat kannn*sebenarnya lebih kepada cuci cuci mata =*).
Setelah dapat apa yang kami cari,kami bergegas keluar dari Carrefour *kami rushing time nie,sebab anak kepada Mama Ujie si Awatif ,tak berapa nak sihat...so terpaksa lah kena tinggal kat umah*.Kami ke Summit pula sebab,suami si Mama Ujie nie kirim belikan cd Naruto...sebenarnya bukan sekali nie je dia kirim belikan cd Naruto tu...tapi dah banyak kali jugak la,tiap kali kami keluar bersama..pasti suami beliau akan kirim untuk beli cd tersebut...bila sampai kat Summit pula,kami berpecah...Mama Ujie pergi ke tingkat atas untuk beli cd tersebut,dan aku pula ke Cool Blog untuk membeli air favorite aku...HoneyDew Milk Tea + Pearl & Choc Milk Tea + Pearl (orang kat rumah kirim).Selepas itu,kami berjumpa semula di KFC...Mama Ujie nak tapau ayam KFC buat keluarganya..

Dan destinasi terakhir kami adalah di Secret Recipe...(time nih dah lapar giler..nak-nak bau bauan KFC menerjah dalam kereta aku).Aku terlalu teruja nak makan Chicken Cordon Bleu...teringin giler..orang ngidam pon kalah aku rasa..hehehe...dan of coz lah aku order menu tersebut dan Ice Choclate,manakala Ujie pula Grilled Chicken Black Papper & Ice Mocha.Setelah makanan sampai...apalagi kami melantak tak hinggat..hehe...Setelah jam menunjukan pukul 8.30pm..kami pun beransur pulang kerana memikirkan anak Ujie yang ditinggalkan di rumah..




p/s:malam tu aku tido kat umah mak aku,sebab husband aku pegi mancing =*)



08 June 2011

Jangan kacau/ganggu/disturb aku!!!!!!!!!! bole tak?

 
 
TOLONG LAH JANGAN KACAU AKU...
 
HAL RUMAH TANGGA KAU PANDAI LA SETTEL SENDIRI
 
AKU BUKAN PAKAR MOTIVASI NAK NASIHAT ORANG,
 
RUMAHTANGGA AKU PUN TAK BETUL LAGI,NAK PERBETUL RUMAH TANGGA ORG PULAK...
 
AKU PUN BUKAN RETI SANGAT NAK BAGI KATA-KATA PERANSANG OR KATA-KATA NASIHAT...
 
KAU SALAH ORANG LA BEB.....
 
PLEASE! PLEASE! JANGAN CALL / MSG AKU LAGIIIIII!!!!

Statement yang makan dalam!!

Semalam aku dapat message dari ex-officemate aku...dia bagitahu,yang dia dah selamat melahirkan anak kedua dia...pada akhir bulan Mei...baby girl katanya...(kedua-dua anak dia pompuan)



TAPI!!!!!!!

Apa yang menJENGKELkan aku...ayat-ayat dia yang aku rase macam nak lempang pat ratus kali!!!! kat bawah antara msg-msg yang aku dapat dari dia....

S (bukan nama sebenar) : Salam...aku dah bersalin,dapat baby girl lagik...ko bile nak datang tengok aku??

Aku : Wsalam...wah!!....alhamdulilah tahniahhh!! mesti kiut cam mama  dia...nak tgk ko? aku bizi la skarang...bla..bla...bla....n bla bla!!!

S : takpelah,kang ko sempat,ko datanglah rumah aku...bukan jauh sangat pun...Airtam-Pt.Sulong...tak jauh mana pun kannnn....

Aku : Insyallah.....

S : Ko 'takde' lagi ke? jangan lambat-lambat...huhuhu

Aku : Belum 'ade' lagi laaa....xpe lambat-lambat asal selamat..hehe~

S : Jangan lambat sangat,kang dah tua xde anak susah!! laki ko cari lain baru ko tau...

Aku : alaaa..ko pun dulu macam aku jugak kan...so mesti ko tau perasaan orang yang belum ade anak lagi...so pikir-pikirkan lah... ='(

S : (tiada balasan dari dia....mungkin dia bengang kot)

Lepas dari itu,dia takde nak komen-komen aku kat fb mahupun msg-msg aku lagi...lain kali tu,cakap jangan ikut suka tekak je..sebelum cakap pikir dulu perasaan orang...aku tau la ko dah ade 2 orang anak....alhamdulilah la kan...dulu ko pun sama macam aku...tiap kali period,ko menangis....orang tanya ko bile nak ade anak,ko tension asik orang tanye bende yang sama je.....sekarang,ko dah ade anak,ko kene la pikir sikit perasaan orang yang xde anak macam aku...huh! *geram giler nih*



<<habisssss>>






05 June 2011

Drama Nora Elena

Korang mesti mengikuti drama bersiri Nora Elena kat TV3 setiap Isnin-Khamis pukul 7.00pm-8.00pm kan?.Aku je manusia yang terlambat tengok drama nih...sejak aku terbaca entry ~Nora Elena Fever~ by Mama Ammar..aku terdetik nak tengok drama nih...masa episod pertama drama nie keluar,aku tengok sekejap jela,yela kan baru episod satu kot..macam tak best je cite tu...plus,sana sini dok sembang pasal drama nie...mana-mana aku pergi sume dok tanya aku "engko tengok tak cite Nora Elena" ,rugi doe tak tengok cite nih...sweet giler!!"

Tapi....sekarang aku rajin tengok kat You Tube...dari episod pertama sampai episod ke5 (semasa entry nie dibuat).Ruginye aku tak tengok cite nie dulu....best sangat-sangat rupenye...tapi disebabkan line internet kat umah aku tak berapa nak okey,so kena sabar la nak tengok drama nie melalui You Tube..*padan muka aku*


<<iklan jap>>

Sabtu hari tu,aku ke kedai buku...aku tercari-cari novel Kasih Yang Suci (drama Nora Elena nie diadaptasi dari novel nie sebenarnya) sedang syok tercari-cari novel,aku terdengar perbualan dua orang budak perempuan dengan pekerja kat kedai tu..

Budak : Akak! novel Kasih Yang Suci ada tak?

Pekerja : takde lah dik..ramai yang cari novel tu..sejak-sejak drama Nora Elena tu kuar kat TV3

Budak : La yeke....xpelah kak...sy tanye je...bukan nak beli ponn...

Agak kurang hajo statement budak tu kan...haha...disebabkan aku dah dengar perbualan dieorang..dan dah tentu2 novel tu xde..so aku pon blah la....huhu~hari nie dah hari Isnin...aku tak sabar nak tunggu Ahmad Seth Tan.... :)



P/s : perbualan budak tu sebenarnya adalah AKU..hehehe

Jumpa Doktor Pakar

Sebenarnye cite nie dah basi untuk aku publish..tapi...ade aku kesah??? aku tetap mau publish jugeee. :)

1 Jun 2011 haritu hari Rabu,aku telah ke Hospital Batu Pahat untuk berjumpa doktor pakar.(Klinik Azlina transfer ke Hospital Batu Pahat,untuk pemeriksaan lanjut..)

Sebenarnya aku mempunyai masalah period tak teratur & sudah masuk 2tahun berumahtangga tapi masih belum lagi dikurniakan zuriat.(T.T)Ramai juga yang kata kami laki bini merancang untuk mendapatkan zuriat,ada yang juga kata,"tak habis-habis ke kami nak honeymoon" WTF!!..kekadang penat + fade up untuk aku menjawab soklan-soklan cenggitu..ape yang mampu aku katakan..."belum ade rezeki"...

Aku ke hospital hanya seorang diri sahaja,laki aku tak ikut (aku yang tak bagi ikot) sebab laki aku tak suka tunggu lama-lama.Dari die teman aku,baik die settelkan keje yang melambak-lambak tu...(ade pekeje pun suke amik cuti)
Aku gerak dari rumah pukul 8.30pagi,sampai hospital 9.00pagi,nak parking kereta pun satu hal,setengah jam juga la aku dok terpusing-pusing kat carpark kat kawasan hospital tuh.

Setelah dapat parking kereta,satu hal lagi nak carik Pakar 5..almaklum lah aku tak biasa selok belok hospital nie...terpusing-pusing lagi aku kat dalam hospital tu..hehe..last-last aku tanya kat nurse-nurse yang lalu lalang kat situ...aku masuk je Pakar 5 tu....makkkk aiiii....ramai nye orang menunggu!!...setelah daftar & amik nombor bagai...aku tunggu untuk berjumpa doktor..bayangkan...nombor giliran aku 42...nombor giliran time tu baru 7++,sebab 2 bilik je yang ada doktor...lagi 3 bilik, nak masuk tengahari baru ada doktor..menakung beb aku tunggu...

Akhir nye dalam pukul 11 lebih,tiba pulak nombor giliran aku....yeahhh!!
masuk je bilik doktor,doktor-doktor kat situ sume muda belia belaka...doktor pelatih mungkin...banyak gile soalan diaju untuk aku...habis satu kertas kajang dia tulis.....dekat setengah jam jugak aku kat bilik doktor.Lastly,doktor suruh aku berbaring kat katil...(aku ingat nak pegang perut ke hape....rupenyeeeeee......)

Doc : Awak baring yeee,saya nak masukan 'benda' nie kat awak punya tutttttt!!
kena tahan sakit sikit yea...

Aku : Gulp!!! hah?????

Doc : sikit je,awak baring macam orang nak beranak tuuuuu...

Aku : Orang beranak?? saya belom beranak lagi doc,tak tau pulak baring mcm orang beranak macam mane *sambil buat muka palat*

Doc : ye tak ye jugak ek...hehe...tumit kaki awak ke belakang sikit yer...

Aku : owwwwww!!

Doc : Tarik nafas dalam-dalam ye (sambil memasukan benda alah ape ntah ke dlm tuttt aku)

Aku : aduh doc!...sakit!.pedih!..ngilu!!

Doc : tahan sikit....(sambil dikorek-korek tutt aku)

Aku : *sambil pegang bantal,nak tahan sakit*...time nih aku dah feeling-feeling macam nak beranak...huhu

Doc : ok dah siap...

aku : fuhhhh!!! tarik nafas lega!!!

Doc suruh aku ambik air kencing pulak kat makmal..tapi memandangkan waktu tu waktu lunch,doc suruh aku datang balik after lunch.....so,aku fikir...baik aku balik rumah je dulu...sebab banyk lagi masa...tak kuasa aku nak dok kat hospital lelama.....tapi...masa aku tengah hidupkan enjin kereta,doc yang check aku tadi,call aku...dia suruh aku amik air kencing tu cepat (sebab,orang yang kat bahagian makmal tu ada,dieorang rehat gilir-gilir)
So,tanpa buang masa..aku matikan balik enjin kereta dan masuk balik kat dalam hospital tue...setelah selesai ambik air kencing,aku masuk semula berjumpa doktor yang check aku tadi.Doc cakap lepas nie die suruh aku datang bersama suami...untuk check laki aku pulak...doc bagi aku ubat..doc pesan lagi,lepas aku datang period hari kedua..aku kena datang balik hospital untuk ambik darah..begitu juga hari kedua puluh satu period (mungkin nak tengok hormon aku kot).

Semoga dengan berkat doa & usaha aku suami isteri membuahkan hasil untuk menimang cahaya mata...Aminnnnnn....



p/s:next apoinment 19 Oktober 2011


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...