Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




29 July 2011

Tangis Syukur!!! (Part I)

Setiap pasangan yang telah berumah tangga,pasti menginginkan anak...aku dan suami juga tidak terkecuali,sepertimana yang korang dah tahu,aku dan suami antara pasangan yang telah menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata.

Sehinggalah suatu hari,lepas balik dari kerja aku mengalami muntah muntah yang agak teruk,sampai terkulai layu di tasik madu aku dibuatnya,laki aku pun risau tengok keadaan aku macam tu.Lepas solat magrib,aku bersiap siap untuk ke klinik..*dalam kepala hotak memang tak target aku mengandung*.Then setelah nama aku di panggil,setelah aku beritahu masalah yang menimpa diri aku,doktor terus melakukan pemeriksaan..lantas doktor menyuruh aku membuat urine test dan memanggil pembantu klinik untuk menunjukkan aku toilet dan menyuruh aku kencing kedalam bekas yang telah disediakan.

Setelah selesai,pembantu klinik menyuruh aku duduk di belakang bilik doktor,kerana doktor ada pesakit yang nak dirawat.Sementara menunggu urine aku di test,aku berbual bual dengan pembantu klinik yang berbangsa India,aku beritahu masalah aku yang sering muntah muntah dan tak datang bulan,kemudian wanita india itu tetsenyum dan berkata "nie dah ada nie" aku bingung..dan bertanya lagi "ada ape??" wanita india berkata lagi "nie tengok nie 2 line,awak mengandung!" waktu tu aku berdiri macam tak jejak tanah,rasa dalam mimpi...tanpa aku sedar,aku telah memeluk pembantu India tersebut dan menangis...wanita India tu,terus menenang kan aku...*malu jugak aku time tu..hehehe*.Kemudian,aku berjumpa doktor,doktor beritahu aku mengandung tapi usia kandungan aku  tak ketahui sebab doktor suruh aku scan..*tak sabar nak keluar nak beritahu kat laki aku* sebab masa aku jumpa doktor,laki aku dok mengeteh kat luar klinik...hehe..setelah membayar segala bil klinik,aku terus menemui laki ku...dia  seperti dah mengetahui....dia bertanya pada aku "dah ade ea yang"..aku mengangguk tanda mengiyakan...lantas dia berkata Alhamdulilah!!!!!....sewaktu hendak ke klinik,perut aku terasa lapar,sejurus mendapat berita gembira itu,perut aku tiba tiba kenyang....tak selera langsung nak makan......


21 July 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Korang masih ingat lagi tak pasal aku buat entry INI

Tengahari tadi masa aku tengah lunch kat rumah mak,mak cakap "cuba ko tengok dalam gerobok baju kat atas tu ade ape.."

aku : ade bende mak??

mak : cube la bukak tengokkkkkk

aku : Yelaaaaa..dengan langkah yang longlai...(malas nak naik rumah atas)

tetibe aku menjerittt tak hinggat

Makkkkk!!! ade anak kuceng....anak sape nie...alololo comelnyeeeee!!

Rupenye anak kucing yang baru lahir dan comel tu,adalah adik beradik kepada anak kucing aku yang mati kene dek langgar kereta tu...betul lah orang kata kucing nih ade 7 nyawa...tak sangka anak kucing yang baru lahir tu pengganti kepada kucing aku yang mati tu..sebab bulu dia sama warna...kelabu kelabu...
Lepas nie aku nak jaga betul betul,tak nak kasi dia merayap sampai kena langgar...




p/s:mood HAPPY gilerrrr!!

20 July 2011

Musim Durian & Rambutan

Sekarang tengah musim durian dan rambutan...
Aku giler suke dengan kedua dua buah nie,tapi durian kena pantang sikit,sebab durian nie panas...(>.<) tapi haritu aku ade la jugak jamah sikit durian,abang ipar aku bagi...aku baru jamah satu ulas je,badan aku dah sakit sakit,pastu rasa nak demam bagai..tu baru tibai satu ulas,kalau tibai satu bijik durian,mau pengsan gaknye..dedulu makan durian aku tibai berpuluh puluh ulas pun masih steady jek,mungkin faktor usia kottt :)

Lagi satu,kalau makan durian nih..lagi lagi kalau sedawe..dia punya bau..perghhhhhh!!! menusuk ke kalbu lah...kadang kadang kalau kita tak makan durian,tetiba ade orang sedawe durian,rase nak lempeng lempang jek orang tu,sebab mengeluarkan gas yang busuk ..sebab tu kalau aku makan durian,rasa nak sedawe je,aku cecepat lari ke toilet ke atau jauh dari orang....sebab aku tau dah,baunye mesti umppphhh!! hehehe...kadang waktu nak tido malam dengan incik suami,dia tak nak feluk feluk aku,sebab bau durian katanya...hampeh tul laki aku...dulu masa zaman bercinta,kata aku kentut pon dia cakap cam bau minyak wangi Ralph Lauren







Haritu aku hangin jugak dengan incik suami aku,ade ke patut die hembus hembus nafas die kat aku (hembusan bau durian),rase nak termuntah aku kat situ..pastu aku konon majuk,yela tak bawak balik bagi aku...lepas majuk tu konon konon nak lari pegi umah mak aku,masuk jek dalam kereta....hampehhhh..kerete pon bau durian...dah tak jadik aku nak merajuk...(>.<)

Sejak aku jamah durian yang seulas tu,sakit badan aku berterusan...incik suami mengsyorkan supaya aku pegi berurut,aku pon terus ke rumah makcik yang selalu aku berurut tu...wahhh sedapnye kene urut (lagi sedap makan durian)...lepas balik dari berurut,incik suami melarang sekeras keras nye aku dari makan durian...demi kepentingan tubuh badan aku,aku bertekad tak nak makan durian lagi....walaupun sekadar menjamah............




p/s:tapi kalau buat bubur kacang durian aku makan la kotttt (>.<)

14 July 2011

Kenapa Time Kenduri Kendara mesti ada gosip gosip??

Sabtu nie rumah mentua aku ada buat kenduri (adik ipar aku dah mengandung 7 bulan...kenduri lenggang perot & kenduri suami aku bukak kedai) *bukak kedai dah lama sebenarnye,tapi baru nak buat kenduri* (*____*)

Sebenarnya lepas aku berkahwin,aku tak begitu gemar ke majlis kenduri kendara / majlis perkahwinan *melainkan perkahwinan saudara mara yang terdekat/majlis perkahwinan teman baik aku je yang aku suka pegi*
wahhh!! statement kau Peah!!..lepas nie confirm takde sape yang nak menjemput kau ke majlis kenduri kendara/majlis kawen..

Aku ada sebab kenapa aku bagi statement cenggini...

Kang ada dok molot molot longkang bertanya "eh ngko nie tak mengandung ngandung lagi ke"

atau

"Kau dah ada belum..lama betul.tak reti ke...kalau tak reti meh sini aku ajar...(agak kurang ajo statement camni)

atau

"Adik ipar ko yang haritu kawen dah ngandung kan....ko bile lagi"

atau

"Kau kawen dah lama kan,amek jela ank angkat...mane tau lepas amik anak angkat terus sangkut"



hoi! hoi! hoi! aku penat lah dengar soklan soklan camni,tolonglah jaga hati aku sikit!!

Lagi lagi sabtu nie rumah mentua aku buat kenduri,mesti ade yang dok menanya soklan macam tu....confirm punya lah.....argghhh!!.aku nak duduk kat dalam bilik jelah time kenduri tu boleh tak???




13 July 2011

Aku minat Zahiril Adzim whoot!! whoot!!

Lama dah tak hupdate belog aku nie...rindu pulak rasa (*________*)

Sebenarnya semenjak dua menjak,tiga menjak nih...aku sering mimpi Zahril Adzim,(aku nie asik mimpi retisssss aje)adakah beliau bermimpikan aku juga?? :*).Aku minat giler kat mamat nie,sejak beliau berlakon cite Juvana kat TV3 tuh..sebenarnya dia dah lama dah berlakon..cuma sejak aku tengok watak dia jadi Daim tuh.terus aku minat...muke die cool aje...yang paling aku tak tahan,tang taik idung lalat die...manis je terletak kat bawah bibir...fuhhhh!!





tapi beliau dah tunang


beliau bertunang dengan Shera pengacara Wanita Hari Ini



kawan kawan beliau ada belog....sila follow belog Zahiril Adzim.Beliau juga ade menulis novel...Berbogel Menuju Tuhan tajuknye






p/s:kang kalo ditakdirkan aku mengandung..aku nak tatap muke beliau..kot2 muka anak aku sama dengan beliau..tetttt!!


08 July 2011

Anniversary Wedding Day 2 Years

Nah! lambat giler baru nak update entry nie kan....
sebenarnya lately aku agak keMALASan yang tahap maksima
asyik nak makan tido makan tido aje...*patut aku makin montel*

Ok,entry nie aku malas nak menceceh sangat,so ape kata korang layan gambar aje :)
::Makanan pada haritu..colourful kan::

* Cake aku order kat Secret Recipe perisa Coklat Stoberi *tempah seminggu sebelum majlis,sebab letak gambar :)

* Cake akak aku untuk anak anak dia,lepas acara potong kek memasing bergaduh sebab berebut patung mickey mouse..biasalah bebudak!

* Triffle Stoberi aku belajar buat dengan Pn.Sofya,aku berminat nak buat Triffle nie setelah menjenguk ke belog Pn.Anis,macam best je tengok die buat Triffle Strawberry tuh...

* Apam Polkadot aku oder dengan Pn.Sofya gak,die nie memang expert bab buat kuih/kek..tak macam aku tangan kayu...hehe..tapi aritu aku ade jugak la belajar belajar buat apam neh..senang je rupenye :)


 


::ayam+ikan+udang (tidak kelihatan disitu)::

::sebahagian dari ahli keluargaku...yang lain xbergambar sebab tak pakai baju  ikot warna tema::

::Banner aku tempah dengan Pn.Sofya::
(aku tengok masa dia buat besday party anak dia,so aku pon nak buat jugak,yela nak buat besday party anak,entah bila)

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:


♥ ♥ Doakan yang terbaik untuk kami ♥ ♥

 


29 June 2011

Santau....

Santau atau juga dikenali sebagai tuju tuju merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka...

Matlamat Santau
Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh

Kelebihan Santau
 (a) Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.

(b)  Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. Ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa di The Hague di Netherland pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang melarang penggunaan bahan yang menyebabkan “unnecessary suffering” atau “superfluous injury.” Antara lain ia melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah mengesannya.

Kelemahan

(a) Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.

(b) Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.

(c) Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun.

...............................................................................................................................

Hmm...mesti korang pelik kan kenapa aku buat entry pasal SANTAU nie..Sebenarnya,semalam kawan suamiku beritahu ada orang dikampung meninggal.Aku pun menyampuk la,siapa yang meninggal sakit apa...kot kot aku kenal ke kan...
Suamiku kata "budak farmasi Kinabalu kat Parit Sulong la...kenal tak?..aku terdiam sambil memikir mikir siapa orangnya...lalu aku pun jawab "eh kat farmasi tu kan ramai pekerjanya,yang mana satu?"."Ala...yang pakai cermin mata tu...yang kecik molek je orangnye" aku terus menjawab "Ya Allah! budak tu ke....sakit apa? eksiden ke??"
Tapi suamiku tak jawab soalan aku,dia kata tak pasti lagi sakit apa.(mungkin suamiku dah tahu,tapi malas nak beritahu pada aku)
Menurut kata orang orang kampung,arwah meninggal disebabkan terkena buatan orang (santau),apa yang buat aku mengalirkan airmata,mangsa baru berkahwin pada Mac 2011 (masih baru lagi)

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang beriman.....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...