Setiap pasangan yang telah berumah tangga,pasti menginginkan anak...aku dan suami juga tidak terkecuali,sepertimana yang korang dah tahu,aku dan suami antara pasangan yang telah menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata.
Sehinggalah suatu hari,lepas balik dari kerja aku mengalami muntah muntah yang agak teruk,sampai terkulai layu di tasik madu aku dibuatnya,laki aku pun risau tengok keadaan aku macam tu.Lepas solat magrib,aku bersiap siap untuk ke klinik..*dalam kepala hotak memang tak target aku mengandung*.Then setelah nama aku di panggil,setelah aku beritahu masalah yang menimpa diri aku,doktor terus melakukan pemeriksaan..lantas doktor menyuruh aku membuat urine test dan memanggil pembantu klinik untuk menunjukkan aku toilet dan menyuruh aku kencing kedalam bekas yang telah disediakan.
Setelah selesai,pembantu klinik menyuruh aku duduk di belakang bilik doktor,kerana doktor ada pesakit yang nak dirawat.Sementara menunggu urine aku di test,aku berbual bual dengan pembantu klinik yang berbangsa India,aku beritahu masalah aku yang sering muntah muntah dan tak datang bulan,kemudian wanita india itu tetsenyum dan berkata "nie dah ada nie" aku bingung..dan bertanya lagi "ada ape??" wanita india berkata lagi "nie tengok nie 2 line,awak mengandung!" waktu tu aku berdiri macam tak jejak tanah,rasa dalam mimpi...tanpa aku sedar,aku telah memeluk pembantu India tersebut dan menangis...wanita India tu,terus menenang kan aku...*malu jugak aku time tu..hehehe*.Kemudian,aku berjumpa doktor,doktor beritahu aku mengandung tapi usia kandungan aku tak ketahui sebab doktor suruh aku scan..*tak sabar nak keluar nak beritahu kat laki aku* sebab masa aku jumpa doktor,laki aku dok mengeteh kat luar klinik...hehe..setelah membayar segala bil klinik,aku terus menemui laki ku...dia seperti dah mengetahui....dia bertanya pada aku "dah ade ea yang"..aku mengangguk tanda mengiyakan...lantas dia berkata Alhamdulilah!!!!!....sewaktu hendak ke klinik,perut aku terasa lapar,sejurus mendapat berita gembira itu,perut aku tiba tiba kenyang....tak selera langsung nak makan......
tahniah sekali lagi melati..akak tumpang gembira... take care your baby dan yourself... (^_^)
ReplyDelete