Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




10 August 2011

3 Bulan.....

Alhamdulilah semalam usia kandungan aku dh mencecah 3 bulan...*tak sabar nak tunggu perut besar*....Aku tak putus putus berdoa kepada Allah S.W.T,supaya aku dan kandungan sentiasa sihat..

Aku juga tak sabar sabar nak sambut raya dengan berbadan dua nie...:)


::kandungan seusia 3 bulan aku cari kat Google::






04 August 2011

Simpati Dengan Nasib Kawan.....(n_________n)

Alhamdulilah dah hari ke 5 umat Islam berpuasa..bermakna tinggal 25 hari lagi nak sambut raya...yeayy!!! tak sabar rasanya nak shopping raya....tak sabar nak dengar lagu lagu raya berkumandang!!

Kadang kadang dalam kita bergembira,pasti ada orang yang berduka..Tahun nie punya Puasa,aku bersyukur kepada Allah sebab telah perkenankan doa kami.

.

.

.

.

.

.

Semalam,aku first time check up di klinik kesihatan..teruja rasanya..sebab sebelum nie aku jeles sebab tengok ibu ibu mengandung pegi check up..dalam hati aku waktu tu "bila la aku nak merasa pegi checkup".Masa nak ke kaunter pendaftaran,aku terjumpa kawan sekolah aku (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu),dia pun sama nak check up pregnant...usia kandungan dia sama macam aku..lebih kurang jek..dia pelik tengok perut aku walaupun usia kandungan aku baru 2 bulan ++,tapi dah nampak jelas..tapi perut dia leper...langsung tak menampakkan dia mengandung..*mungkin setiap orang berbeza*lagipun badan aku sedikit berisi berbanding dia.

Nak dijadikan cerita,selepas aku dan dia ambil darah+ambil air kencing,tiba masanya untuk berjumpa doktor (doktor ensem uolllss!! mintak mintak terkenan kat anak aku...aminnnnnn!!!) tapi kawan aku tu yang masuk berjumpa doktor dulu,selepas dia baru nama aku di panggil...Oh ya,masa aku giliran jumpa doktor,doktor kata lepas raya aku kena datang dan kena minum air gula OMG!! awalnye kena minum air gula...lepas tu aku tanya doktor,tentang due aku yang berbeza dengan due klinik swasta yang aku scan aritu..doc kata lepas raya scan,kang ikot tarikh scan jek..(nie la masalah kalau period tak regular cam aku)

info:
Scan Klinik Swasta : 21/2/2012
Scan Klinik Kesihatan : pertengahan bulan December 2011 (giler cepat aku dah nak beranak)

Berbalik kepada cerita kawan aku nih,lepas aku sampai rumah,dia text aku,tadi doc scan kandungan dia baru berusia 4 minggu (patut la perut still tak nampak lagi)dia pelik sebab masa first datang check,doktor kata dah berusia 9 minggu....jadi aku sarankan kat dia supaya scan di klinik swasta,puas hati sikit...lepas aku balik kerja,aku dapat message dari dia,dia beritahu kat aku yang dia gugur lagi (nie kali kedua dia gugur) yang lebih memelikkan,doc kata kelongsong janin tu ada,tapi janin takde...seram pulak aku dengar....hmmm kesian dia baru pagi tadi happy happy cerita pasal baby....xpelah mungkin ada hikmah nye...dan dia beritahu lagi,mak dia pernah bermimpi baby nya diambil orang...


P/S:mintak dielakkan perkara perkara yang tak diingini,,,aminnnnn



01 August 2011

Tangis Syukur!! (Part III)

28 Julai 2011 (Khamis)

Hari nie aku keje,alahai malas nya nak keje...oh ya! start aku pregnant nie,laki aku dah tak bagi aku pegi keje bawak motor..dia suruh bawak kereta je.. :).Harini jugak secara automatik aku dah mula teringin nak makan itu,nak makan ini *aku kuat makan tau!*masa waktu rehat,aku ke warung Kak Raja untuk beli mi kari dia yang sangat maveles!!! dah start dari sekarang,aku tak masak...hehe...agak agak teringin nak sesuatu,laki aku ajak ngeteh....weee~ kalau macam nie gayanya mengandung 10x pun aku nak..


29 Julai 2011 (Jumaat)

Morning Sickness agak berkurangan sedikit,walaupun hanya uwek uwek,tapi tak mengeluarkan isi isi di dalam perut...

30 Julai 2011 (Sabtu)

Harini aku halfday,after lunch kat rumah mak,badan aku sakit sakit,kepala pening,mata asyik nak terpejam aje...*macam nie rupanya pembawakan budak* aku sms bebudak kat office aku,yang aku tak masuk keje harini...dieorang pun paham,aku kalau kat opis banyak rilek rilek dari buat keje...bau minyak kapak jangan cakap la...hari hari dieorang hidu..keh3..lepas aku sms tu,aku terus tidoooo.....tapi tak lama,sebab kat rumah mak aku ramai bebudak (abang abang aku datang),so nak tido pun tak leh.Hari nie aku teringin bebeno nak makan Bubur Ayam kat Batu Pahat nun,malam nanti laki aku dah janji nak pegi makan kat sana..yeayyyyy.

Akhirnya,laki aku tunaikan janji dia untuk bawak aku makan kat Bubur Ayam tu,tapi punyalah ramai dan lama kiteorang tunggu makanan dan minuman sampai...ade la jugak dalam setengah jam....kata laki aku,nasib la aku nie tengah ngidam..kalau tak takdenye nak menunggu sampai setengah jam...lepas siap makan,kami ke Carefour,punyalah ramai manusia kat situ,walaupun kebanyakkan kedai semua dah tutup.Kami ke Carefour untuk cari susu yang sesuai unuk ibu mengandung macam aku nie...akhirnya aku memilih untuk membeli susu Anmum Materna *hampir hampir nak terbeli Anmum untuk kanak kanak..hehe*.Selesai membeli susu,kami beransur pulang,sebab aku sekarang tak boleh jalan jauh sikit...cepat mengah...


31 Julai 2011 (Ahad)

Sehari sebelum datang nya Ramadan,kami tidak kemana mana,laki aku just buat kerja kerja  kat rumah je,aku lepas sarapan pagi dan makan ubat,terus baring baring dan tertido..hehe....*sambil menunggu nurse datang rumah*sebab minggu lepas nurse kata nak datang hari ni,sebab tu aku tak kemana mana.Lebih kurang pukul 11 lebih,2 0rang nurse datang rumah...dieorang check tekanan darah aku..then picit picit perut aku...nurse pesan janganbuat kerja kerja berat dan jangan lupa minum air masak banyak banyak..jangan makan yang berempah & berminyak...



p/s:SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK!!!

Tangis Syukur!!! (Part II)

25 Julai 2011 (Isnin)

Setelah aku disahkan MENGANDUNG,aku rasa sangat teruja,tak sabar nak beritahu famili aku...terutama MAK,MAK MENTUA,ADIK BERADIK BELAH AKU,ADIK BERADIK BELAH LAKI AKU..sampai kat rumah,aku terus capai handphone *masa pegi klinik aku tak bawak handphone* orang yang first aku beritahu ialah kakak ipar kesayangan aku,sebab dia lah yang selalu bagi kata kata semangat kat aku,supaya bersabar untuk dapatkan anak nie.Masa aku beritahu dia,aku teresak esak menangis...akak ipar aku dah mula risau,dia ingat terjadi apa apa pada aku...setelah aku beritahu berita gembira tu,tiba tiba akak iparku menjerit...."Alhamdulilah....akhirnya impian kau tercapai!! kami sama sama menangis gembira.Kemudian aku call pulak akak kandung aku yang kebetulan ketika itu berada di rumah mak aku,aku terus beritahu yang aku dah MENGANDUNG (waktu ni aku tak tau lagi kandungan ku baru berusia berapa minggu) apa lagi,akak aku bagai kan tak percaya,dia ingat aku tipu.Lagipun buat apa aku nak tipu benda benda macam nie kan..Oh ya,malam nie aku muntah muntah dan sakit kepala..dah start dah nak morrning sickness...malam nak tido pun tak boleh,asik uwek uwek aje :)





::nie bukan aku punya pregant test,aku punya dah dibuang dek doktor::

credit pic from En.Google :)



26 Julai 2011 (Selasa)

Harini aku dapat mc dari doktor,so duduk kat rumah berehat.Tapi biasalah,kalau dah duduk rumah,rasa boring pulak..seawal 9 pagi aku dah mula mengupas bawang untuk memasak tengahari.Harini aku masak simple je,kerang masak sambal,asam pedas ikan kembung dan kacang panjang tumis..lepas masak aku terus bermalas-malasan di katil...hehe..harini aku dah kurang muntah muntah..cuma loya loya dan muntah angin je...harap kekal la macam nie..tak sanggup akau kalau muntah keluar isi perut semua.Lagi satu,aku kuat makan...alhamdulilah,kalau aku muntah pun just muntah air je :)


27 Julai 2011 (Rabu)

Harini aku ambik cuti,sebab sebenarnya hari nie tarikh aku ke hospital untuk ambil ubat hormon yang telah ditetapkan oleh doktor.Tapi disebabkan aku dah MENGANDUNG,so aku perlu jugak ke hospital untuk bertanya kan tentang ubat itu,sama ada aku masih boleh makan atau tak.Nasib pil hormon tu masih boleh dimakan walaupon aku hamil,*sebab sebelum aku tau aku hamil,dah banyak kali jugak aku telan pil tu* dan doktor bekal kan aku acid folic,bagus untuk baby katanya.:)

Kemudian,setelah selesai urusan di hospital,suami ku mengajak sarapan di Asam Pedas Mak Limah balik rumah hehe...apela laki aku nie,pagi pagi dah ajak sarapan nasi + asam pedas lak tu..pembawakan budak kot..huhu..so aku pon layan kan...aku baru makan berapa suap jek,dah mula loya loya...so aku tahan kan jugak..*nasib minyak cap Kapak selalu ada padaku* last last aku cuma makan ikan aje..lagipun makan ikan kan bagussss...

Selesai sarapan,kami dah tak sabar sabar nak ke Klinik untuk scan..masa nie tengah fikir,nak pergi klinik mana.Dalam kepala otak aku,ada 2 klinik je yang aku terpikir nak pegi...pertama Klinik Putra dan kedua Klinik Min,akhirnya aku memilih untuk ke Klinik Min,sebab aku pun ada urusan kat Celcom Center,lagipun Celcom Centre bersebelahan dengan Klinik Min..masuk je klinik,aku terus daftar nasib tak ramai orang..ade la dalam 5-6 orang aje..walaupon 5-6 orang,aku tunggu turn nama aku di panggil,lama giler...bayangkan la seorang pesakit,duduk kat dalam jumpa doktor hampir 15minit-20minit...naik kematu montot.Laki aku jangan cakap la,die memang tak suka tunggu lelama nih....sampai dia cakap kalau lepas 5 minit,tak keluar memang suruh aku pergi klinik lain...tapi disebabkan aku nie mengandung,kenalah ade sikap sabar,kang baby dalam perut ikut perangai mak bapak die pulak kannn.. :)
Tak lama tue,nama aku dipanggil,aku masuk jumpa doktor sorang *excited punya pasal nak scan,sampai lupa nak ajak laki aku masuk sekali..hehe* aku cakap dengan doc nak scan...dia terus suruh aku masuk bilik scan..masa tu aku dah terbaring,doktor mula tekan tekan perut aku,dia kata perut aku kembung..pastu doktor tekan lagik...doktor kata ada rasa keras kat bawah perut aku..doktor pun mula scan...
Doktor tunjukan aku kedudukan baby aku,doktor kata dah nampak tangan dan kaki...aku time tu dah berlinang air mata,tak sangka ada 1 nyawa kat dalam perut aku nih..uwaaaa!!! *sian laki aku tak dapat tengok baby* doktor cakap lagi,kalau lagi 2minggu aku datang scan,baby dah bole nampak lagi sempurna..aku tersenyum je bila doktor cakap macam tu...oh ya...doc kata due aku insyallah bulan Februari..


p/s:tunggu part III,klu taknak tunggu pun xpe..hehe

29 July 2011

Tangis Syukur!!! (Part I)

Setiap pasangan yang telah berumah tangga,pasti menginginkan anak...aku dan suami juga tidak terkecuali,sepertimana yang korang dah tahu,aku dan suami antara pasangan yang telah menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata.

Sehinggalah suatu hari,lepas balik dari kerja aku mengalami muntah muntah yang agak teruk,sampai terkulai layu di tasik madu aku dibuatnya,laki aku pun risau tengok keadaan aku macam tu.Lepas solat magrib,aku bersiap siap untuk ke klinik..*dalam kepala hotak memang tak target aku mengandung*.Then setelah nama aku di panggil,setelah aku beritahu masalah yang menimpa diri aku,doktor terus melakukan pemeriksaan..lantas doktor menyuruh aku membuat urine test dan memanggil pembantu klinik untuk menunjukkan aku toilet dan menyuruh aku kencing kedalam bekas yang telah disediakan.

Setelah selesai,pembantu klinik menyuruh aku duduk di belakang bilik doktor,kerana doktor ada pesakit yang nak dirawat.Sementara menunggu urine aku di test,aku berbual bual dengan pembantu klinik yang berbangsa India,aku beritahu masalah aku yang sering muntah muntah dan tak datang bulan,kemudian wanita india itu tetsenyum dan berkata "nie dah ada nie" aku bingung..dan bertanya lagi "ada ape??" wanita india berkata lagi "nie tengok nie 2 line,awak mengandung!" waktu tu aku berdiri macam tak jejak tanah,rasa dalam mimpi...tanpa aku sedar,aku telah memeluk pembantu India tersebut dan menangis...wanita India tu,terus menenang kan aku...*malu jugak aku time tu..hehehe*.Kemudian,aku berjumpa doktor,doktor beritahu aku mengandung tapi usia kandungan aku  tak ketahui sebab doktor suruh aku scan..*tak sabar nak keluar nak beritahu kat laki aku* sebab masa aku jumpa doktor,laki aku dok mengeteh kat luar klinik...hehe..setelah membayar segala bil klinik,aku terus menemui laki ku...dia  seperti dah mengetahui....dia bertanya pada aku "dah ade ea yang"..aku mengangguk tanda mengiyakan...lantas dia berkata Alhamdulilah!!!!!....sewaktu hendak ke klinik,perut aku terasa lapar,sejurus mendapat berita gembira itu,perut aku tiba tiba kenyang....tak selera langsung nak makan......


21 July 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Korang masih ingat lagi tak pasal aku buat entry INI

Tengahari tadi masa aku tengah lunch kat rumah mak,mak cakap "cuba ko tengok dalam gerobok baju kat atas tu ade ape.."

aku : ade bende mak??

mak : cube la bukak tengokkkkkk

aku : Yelaaaaa..dengan langkah yang longlai...(malas nak naik rumah atas)

tetibe aku menjerittt tak hinggat

Makkkkk!!! ade anak kuceng....anak sape nie...alololo comelnyeeeee!!

Rupenye anak kucing yang baru lahir dan comel tu,adalah adik beradik kepada anak kucing aku yang mati kene dek langgar kereta tu...betul lah orang kata kucing nih ade 7 nyawa...tak sangka anak kucing yang baru lahir tu pengganti kepada kucing aku yang mati tu..sebab bulu dia sama warna...kelabu kelabu...
Lepas nie aku nak jaga betul betul,tak nak kasi dia merayap sampai kena langgar...




p/s:mood HAPPY gilerrrr!!

20 July 2011

Musim Durian & Rambutan

Sekarang tengah musim durian dan rambutan...
Aku giler suke dengan kedua dua buah nie,tapi durian kena pantang sikit,sebab durian nie panas...(>.<) tapi haritu aku ade la jugak jamah sikit durian,abang ipar aku bagi...aku baru jamah satu ulas je,badan aku dah sakit sakit,pastu rasa nak demam bagai..tu baru tibai satu ulas,kalau tibai satu bijik durian,mau pengsan gaknye..dedulu makan durian aku tibai berpuluh puluh ulas pun masih steady jek,mungkin faktor usia kottt :)

Lagi satu,kalau makan durian nih..lagi lagi kalau sedawe..dia punya bau..perghhhhhh!!! menusuk ke kalbu lah...kadang kadang kalau kita tak makan durian,tetiba ade orang sedawe durian,rase nak lempeng lempang jek orang tu,sebab mengeluarkan gas yang busuk ..sebab tu kalau aku makan durian,rasa nak sedawe je,aku cecepat lari ke toilet ke atau jauh dari orang....sebab aku tau dah,baunye mesti umppphhh!! hehehe...kadang waktu nak tido malam dengan incik suami,dia tak nak feluk feluk aku,sebab bau durian katanya...hampeh tul laki aku...dulu masa zaman bercinta,kata aku kentut pon dia cakap cam bau minyak wangi Ralph Lauren







Haritu aku hangin jugak dengan incik suami aku,ade ke patut die hembus hembus nafas die kat aku (hembusan bau durian),rase nak termuntah aku kat situ..pastu aku konon majuk,yela tak bawak balik bagi aku...lepas majuk tu konon konon nak lari pegi umah mak aku,masuk jek dalam kereta....hampehhhh..kerete pon bau durian...dah tak jadik aku nak merajuk...(>.<)

Sejak aku jamah durian yang seulas tu,sakit badan aku berterusan...incik suami mengsyorkan supaya aku pegi berurut,aku pon terus ke rumah makcik yang selalu aku berurut tu...wahhh sedapnye kene urut (lagi sedap makan durian)...lepas balik dari berurut,incik suami melarang sekeras keras nye aku dari makan durian...demi kepentingan tubuh badan aku,aku bertekad tak nak makan durian lagi....walaupun sekadar menjamah............




p/s:tapi kalau buat bubur kacang durian aku makan la kotttt (>.<)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...