Alhamdulilah dah hari ke 5 umat Islam berpuasa..bermakna tinggal 25 hari lagi nak sambut raya...yeayy!!! tak sabar rasanya nak shopping raya....tak sabar nak dengar lagu lagu raya berkumandang!!
Kadang kadang dalam kita bergembira,pasti ada orang yang berduka..Tahun nie punya Puasa,aku bersyukur kepada Allah sebab telah perkenankan doa kami.
.
.
.
.
.
.
Semalam,aku first time check up di klinik kesihatan..teruja rasanya..sebab sebelum nie aku jeles sebab tengok ibu ibu mengandung pegi check up..dalam hati aku waktu tu "bila la aku nak merasa pegi checkup".Masa nak ke kaunter pendaftaran,aku terjumpa kawan sekolah aku (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu),dia pun sama nak check up pregnant...usia kandungan dia sama macam aku..lebih kurang jek..dia pelik tengok perut aku walaupun usia kandungan aku baru 2 bulan ++,tapi dah nampak jelas..tapi perut dia leper...langsung tak menampakkan dia mengandung..*mungkin setiap orang berbeza*lagipun badan aku sedikit berisi berbanding dia.
Nak dijadikan cerita,selepas aku dan dia ambil darah+ambil air kencing,tiba masanya untuk berjumpa doktor (doktor ensem uolllss!! mintak mintak terkenan kat anak aku...aminnnnnn!!!) tapi kawan aku tu yang masuk berjumpa doktor dulu,selepas dia baru nama aku di panggil...Oh ya,masa aku giliran jumpa doktor,doktor kata lepas raya aku kena datang dan kena minum air gula OMG!! awalnye kena minum air gula...lepas tu aku tanya doktor,tentang due aku yang berbeza dengan due klinik swasta yang aku scan aritu..doc kata lepas raya scan,kang ikot tarikh scan jek..(nie la masalah kalau period tak regular cam aku)
info:
Scan Klinik Swasta : 21/2/2012
Scan Klinik Kesihatan : pertengahan bulan December 2011 (giler cepat aku dah nak beranak)
Berbalik kepada cerita kawan aku nih,lepas aku sampai rumah,dia text aku,tadi doc scan kandungan dia baru berusia 4 minggu (patut la perut still tak nampak lagi)dia pelik sebab masa first datang check,doktor kata dah berusia 9 minggu....jadi aku sarankan kat dia supaya scan di klinik swasta,puas hati sikit...lepas aku balik kerja,aku dapat message dari dia,dia beritahu kat aku yang dia gugur lagi (nie kali kedua dia gugur) yang lebih memelikkan,doc kata kelongsong janin tu ada,tapi janin takde...seram pulak aku dengar....hmmm kesian dia baru pagi tadi happy happy cerita pasal baby....xpelah mungkin ada hikmah nye...dan dia beritahu lagi,mak dia pernah bermimpi baby nya diambil orang...
P/S:mintak dielakkan perkara perkara yang tak diingini,,,aminnnnn
dokt tu anak cekgu sidek...mmg emsem kott..sebab tu bini pon lawa...hahahaha...berdoalah selalu yer t..agar dilindungi..rajin baca n dengar ayat suci alquran...
ReplyDelete