Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




24 November 2011

Saya Suka Makan =)

Sejak aku mengandung,selera makan aku makin menjadi jadi...lagi lagi bila dah hilang mabuk mabuk...pantang aku nampak makanan yang sedap sedap pasti aku akan mendapatkan...kat sini aku uplode gambar gambar sewaktu pegi mencekik bersama bestfriend aku ...enjoyyyyy!!


#nie masa kat Patmah Cookies aku suke die punye Kue Tiew Goreng & Sirap Bandung kat sini sebab 
sedappp#  ~ with Mama Awatif a.k.a Ujie 

# ni masa balik makan dari asam pedas kat BP...pic masa ni kat Carrefour...tak sempat nak ambik gambar masa tengah makan asam pedas..sebab dah lapooo sangat..hihihi# ~ with Mama Ammar a.k.a Sopia

# Masa nie aku teringin sangat nak makan Pizza Hut...sebab masa dok chatting² ngan Ujie,die ade sebut pasal Pizza..tu yang aku terus mengajak dia ke Pizza Hut BP Mall...*Pic masa makan Pizza pun takde..sebab Awatif buat onar masa kiteorang makan..uwaaaa!!!*
pssstttt!! :jalan² terjumpe pulak cik singa kat dalam Bp Mall..hihihihi

#  Ha...yang nie pulak masa makan kat Secret Recipe..aku teringin sangat nak makan Chicken Cordon Bleu...nyummm²..ketika aku dok menaip pun aku rasa cam nak makan lagi kat sini =)...korang ingat tak masa aku buat Entry nie dulu...rupanya masa tu jugak aku dah berbadan dua..cuma aku jek yang tak tauuuu...

#taraaaa!!! nie la Chicken Cordon Bleu yang boleh buat aku tak tido malammm...=D

# nie masa kat Patmah Cookies lagik...*dah aku kata Kue Tiew die sedap.tu yang berkunjung selalu..hihihi*
kebetulan,masa aku & Ujie makan kat situ Mama Una a.k.a Adda pun pegi kedai tu sebab nak beli kek...Tq Adda bayar semua nie :)

# cuci mulut...kek lebihan si Adda..dia bagi kat kiteorang..ape lagi..bedal lah..huhu#

#nie pic minggu lepas,,aku teringin nak makan aiskrim kat Baskin & Robbin @ Wetex,Muar.So,kebetulan member aku balik kampung,so apa lagi..projek berjalan dengan lancar...kami pergi berempat (Yana,Nora.Fida)


#thanks Yana belanje aku..nanti kalau kau ngdung..ko nak ape2 bagitau aku eh..hehehe#

#Tetibe,tengah jalan jalan kat Muar,aku nampak signboard PIZZA HUT...apa lagi,aku ajak dieorang makan kat situ *collect² la sikit*..tapi disebabkan Yana baik hati nak belanje kiteorang time tu..hehe..tapi tapau la..n kiteorang lepak kat Tanjung Emas :)

#nie pic paling latest hari isnin haritu ...kat Ayam Penyet@Carrefour Batu Pahat with Ujie...aku makan Ayam Penyet..Ujie makan Bakso....# (Ujie pon dah jadi cam aku..asyik nak melantak jek..hahha!!)



p/s:mesti  korang tertanya tanya..kenapa tiap kali aku g  makan makan,laki aku takde...sebabnye,die bz dgn bisnes die..so kalau kiteorang pegi makan makan / keluar jalan jalan pun hari Ahad jek...lagipun kalau pegi dengan suami aku,die tak suke nak bergambar :)


20 November 2011

Senarai/Persiapan Barangan Bayi

Alhamdulilah..syukur kepada ALLAH..usia kandungan aku sekarang dah mencecah 27 minggu...ini bermakna ade lagi 3 bulan untuk aku menanti detik detik manis,iaitu akan melahirkan....(due aku 21/2/2012).Aku berharap anak yang aku kandung kan ini,sihat,sempurna dan menjadi anak yang soleh & solehah..aminnnnn.. ♥ ♥

Entry kali ini,aku nak sharing is caring dengan bakal bakal ibu kat luar sana...tentang persiapan untuk bayi yang bakal lahir....check it out!!!! :)

Kedatangan orang baru membawa seribu erti buat pasangan suami isteri setelah melalui kehidupan alam rumahtangga. Bagi bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali akan menyambut kelahiran cahaya mata, pastinya memikirkan persediaan yang diperlukan bagi menyambut kelahiran tersebut.
Segala keperluan bayi adalah mengikut peringkat umur. Entri ini lebih memfokuskan pada peringkat umur sehari hingga enam bulan. Barangan yang dibeli juga haruslah menepati ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetapi tidak terlalu mahal. Ia lebih bergantung pada bajet. Namun, kualiti juga amat penting. Di bawah ini disenaraikan barangan yang diperlukan.

Pakaian Bayi
1. Untuk membeli baju bayi, cukup sekadar 5-6 pasang baju lengan panjang dan lengan pendek. Ini kerana bayi baru lahir akan cepat membesar.
2. Sarung tangan dan sarung kali cukup sekadar 2-3 pasang.
3. Topi bayi. (Tidak diperlukan jika membeli selimut yang mempunyai topi)
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
7. Tuala.
8. Raga/ bakul
9. Tikar getah/ tikar mengkuang. Tikar mengkuang lebih sesuai kerana adanya peredaran udara berbanding tikar getah.
10. Beg bayi.

Penyusuan.
1. Botol susu juga penting terutama pada ibu yang bersalin cara caesean. Pada hari pertama kelahiran, susu ibu belum cukup untuk mengenyangkan bayi dan kadang-kala sel susu ibu belum mengeluarkan susu pada hari pertama kelahiran.
2. Puting (terdapat dalam pelbagai saiz)
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)

Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung. Seelok-eloknya gunakan bantal dan tilam yang diperbuat dari kabu agar bayi selesa dan tidak bergolek semasa tidur.
2. Katil bayi.

Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.

Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.

Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.
4. Sedikit mainan yang berwarna untuk merangsaang deria penglihatan bayi.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin membuat pembelian awal, disarankan agar anda tidak terlalu gelojoh untuk membeli memenuhi keperluan bayi secara keterlaluan. Ianya bergantung kepada keperluan. Contohnya seperti baby car seat, ianya sesuai untuk isteri yang bekerja. Jika sebaliknya, anda boleh menangguhkan dahulu pembeliannya untuk bulan-bulan datang =)






12 October 2011

Makan Saje!

Sejak aku dah tak mabuk mabuk nie,aku suka sangat makan (lepas geram kot..hehe)
Alhamdulilah,aku tak macam sesetengah ibu mengandung yang takde selera nak makan..cuma waktu 2/3bulan mengandung haritu la,aku lebih suka makan mee...nasi memang aku tak sentuh...tapi tu pun sikit je,buat ade ade orang kata.

Tapi sekarang tidak lagi...semua aku bedal (tapi benda benda yang boleh memudaratkan kandungan tu aku tak makan la)

Minggu lepas,setelah aku pulang dari scan di Poliklinik Azlina,tekak rasa nak makan asam pedas ikan merah...aku cuba mengajak suamiku,tapi haritu dia agak kebizian,so takdapat dia nak temankan aku..tapi tekak ibu mengandung nie lain,kalau tak dapat apa yang nak,sedaya upaya aku cuba dapatkan jugak,,,setelah sampai di bengkel tempat kerja suami ku bekerja,aku ke rumah emak ku pula..(sebab dapat mc,boring pulak rasanya) tapi tekak ku masih teringin nak makan asam pedas...lalu tanpa fikir panjang,aku try mengacau kengkawan aku yang sedang bekerja (kot kot dieorang bole halfday untuk teman kan aku ke..hik3....) Memula aku mengajak si bestfriend forever aku,sapa lagi kalau bukan si UJIE..dia pulak tengah banyak kerja yang perlu disettelkan....kemudian,si BFF aku yang sorang lagi sms,ajak aku makan tengahari  kat Warung Haji Dollah,yang fofular dengan nasi ayam,siapa lagi kalau Mama Aiman a.k.a AINA.Tapi aku terpaksa menolak pelawaan dia,sebab tekak nie memang tak boleh nak terima makanan lain,selain ASAM   PEDAS!!! i'm sorry *sila buat gaya Amir Raja Lawak*
Lantas,aku teringatkan BFF aku yang sorang nie,yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa..iaitu SOPHIA..aku terus call  dia untuk mengajaknye..hehe (nie la penting nya ada ramai BFF,boleh ajak kemana-mana disaat diri terasa kesunyian,kebosanan,kelaparan  ekeke..) pukul doblas lebih,aku dah angkut dua beranak nie p Batu Pahat.....for Encik Johan a.ka. husband si SOPHIA,sori ye aku pinjam anak bini kau temankan aku mencekik pada hari tu..harap kau tak marah....takut jugak nak bawak bini orang p keluar nie...hehe

Setelah sampai tempat dituju.....tuju la sangat...sebenarnya aku nak tuju ASAM PEDAS KAK LIMAH BALIK RUMAH tapi kedai tak bukak pulak,so terpaksa la cari asam pedas kat kedai lain..janji asam pedas :) nak pegi kat asam pedas yang dekat dekat Pejabat Pos Batu Pahat,perut aku dah tak boleh nak menahan...bukan main lapar lagi..so terjumpa mana mana kedai asam pedas,aku berhenti la...huhu..Menu kami masa tu 2 ketul ikan merah dan sayur masak bening (dah xde pilihan sayur sebenarnya,tu yang main belasah je)

Petang setelah penat pulang dari berjalan-jalan,UJIE pula mengajak aku makan di PATMAH COOKIES..so aku order Kuew Tiew Goreng dan Sirap Bandung..kalau makan kat situ,memang dua benda tu la aku order...hehe...


Nantikan Makan saje part II :)


09 October 2011

Mummy tengok baby!!!!

5/10/2011 haritu,usia kandungan dah genap 5bulan alhamdulilah....pejam celik tinggal lagi 4 bulan untuk kami suami isteri akan bergelar ibu & ayah (insyallah) doakan semuanya selamat..
Haritu aku dan suami ke Poliklink Azlina sebab semalam bahagian bawah perut aku rasa sakit & ngilu, (tapi takde tanda pendarahan atau sebagainya)sebagai  langkah berjaga jaga,suami menghantar aku ke klinik untuk kepastian,sejak aku mengandung nie pantang aku sakit sikit,suami dah sibuk nak hantar ke klinik. :)
(harap harap jangan anak pertama jek ade sikap sikap cmni..huhu)

Sampai sahaja ke Poliklinik Azlina,aku terus mendaftarkan diri...pesakit jangan cakap la,memang ramai giler..termasuk warga asing yang nak buat fomema...disebabkan memang niat aku nak scan kat situ,so nak tak nak terpaksa la tunggu,walaupon terpaksa tunggu lama.Tunggu punya tunggu,nama aku pon dipanggil,tapi suamiku tak ikut masuk sekali,sebab die tunggu di luar waktu tu,so aku masuk bilik doktor pun dia tak tahu dan tak nampak.

Setelah pung pang pung pang bercerita masalah aku,tetiba doktor cakap "akhirnya awak mengandung ye,tahniah!" aku blur blur,rupenya dulu aku pernah ke sini,sewaktu  bertanya tentang masalah aku yang tak datang bulan & belum mengandung.Doktor masih ingat lagi rupenya,mungkin dia tengok rekod aku kot..hehe..Dan kemudian,doktor menyuruh aku masuk ke bilik scan..*tanpa ditemani suamiku..uhuk3*
Doktor kata baby aku aktif,tapi ada songsang sikit..tapi doktor kata jangan risau sebab baby akan berpusing pusing,lagipun baru 5bulan kan....n doktor kata lagi uri aku normal,kat atas (sebab sebelum nie aku banyak terdengar,uri kat bawah) dan tali pusat pun tak terbelit kat baby...syukur alhamdulilah...anak mummy sihat yee...dan kebetulan scan,aku terus tanya doktor,jantina dah nampak ke doktor...doktor kata baby aku kepitkan kaki,so tak nampak...hehe..*anak mummy pemalu macam mummy jugak..tangan di dada tangan di atas..hehe* tak pela tak kisah la baby boy or girl..janji baby sihat selalu...(sebab sebab nak scan,sebab aku nak cari barang baby next month :)


psssttt:tak sabar nak tunggu baby keluar....lagi 4bulan..4bulan lagi :D




07 October 2011

Tukar Susu Anmum ke Susu Frisso dan akhirnya kembali ke pangkuan Susu Anmum semula


Tak bole blah punya tajuk kan...saje je sebab dah terajin nak update blog,tu yang tajuk pun berjela jela...jangan marah haaa....

Okey,straight to point....cewah,speaking pulak...padahal inggeris aku pon yang hadoooo!!! ;D
Hari tu,punya lah aku tawaf satu mall,sebab nak cari Anmum  yang dalam tin,sebab beli yang kotak seminggu jek dah habis..,so ingat nak la cari yang dalam tin..sekurang kurangnya,dapat lah bertahan sampai sebulan..cari punya cari,memang confirm takde...Satu hari,aku nak beli susu di kedai runcit,tetiba ternampak susu untuk ibu mengandung berjenama Friso Gold..sebelum nie tak pernah pulak aku nampak jenama nie,baru lagi kot kat pasaran.So,aku pun belek belek la harga,berat nye...aku pun mula buat perbandingan antara kedua dua susu nie..


Susu Anmum

Isi kandungan  = 650gram sekotak

Harga = RM 35.90

Susu Friso Gold

Isi kandungan = 900gram setin

Harga = RM 41.90 (tak sure)

Set Percubaan Friso Gold 4 paket sekotak RM9.90

nasib la ade set percubaan,so bole lah aku try dulu rasanya camne kan...kang beli terus yang dalam tin,buatnya rasa ntahapehapentah...tak ke menyosal...

Balik rumah aku terus je rasa susu tu,perghhh..memang tak sedap langsung rasanya....nasib aku beli yang set percubaan.takde la bazir sangat,lagipon aku bagi sume susu tu kat akak aku..  (dia preggy juga)
Dan akhirnya aku pulang semula ke pangkuan susu Anmum ku....hehehe..


06 October 2011

Anak sedara baru...


Alhamdulilah,adik ipar aku dah selamat melahirkan cahaya mata sulong,dia melahirkan anak lelaki (cucu dan anak sedara pertama lelaki belah mentua) bila dapat cucu lelaki pertama,of coz la keterujaan tu melebihi batas...hehe..bagi famili belah laki aku la,disebabkan aku dah terlebih sudaaaa  anak buah lelaki,so rasa teruja tu tak la sangat,cuma teruja aku ke arah lain..iaitu teruja tengok baby..tak sabar nak tengok anak dalam perut nie keluar...(like daddy or like mummy hehe...)

Adik ipar aku nie masuk wad pada ari sabtu 1/10/2011...dan selamat bersalin pada 3/10/2011 pada pukul 6petang...aku dengar dia cerita nak bersalin,punya lah seram..huhu...tapi kalau tak dengar cerita pulak,tak tau pengalaman bersalin macam mana kan..huhu..


jom layan pic anak buah baru aku nih :-

::hye!! nama kita Farish:
:

:

:

:

:comel tak auntie punya baby,err!! comel tak baby punya auntie..hik3:


:


:


:


:




:nie la mak bapak baby kat atas tu..comel kan :












p/s:my husband dah tak sabar nak tunggu baby keluar,asik usap jek perut mummy =D

Emosi...



"Seorang isteri boleh meMAAFkan,tapi tak boleh LUPA apa 

yang telah dilakukan,dan seorang SUAMI boleh meLUPAkan

apa yang terjadi,tapi SUSAH untuk meminta MAAF..."







jom layan you tube kat bawah ;D










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...