Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




21 March 2011

Rahsia Menjadi Isteri Yang Baik

Haritu selak² majalah MINGGUAN WANITA, terbaca artikel mengenai "10 Rahsia Menjadi Isteri Yang Baik"

1. Hormati Suami

Sebuah hubungan ibarat sebuah pemerintahan hanya ada pemimpin dan pengikut.  Kaum lelaki atau suami kebiasaannya menjadi pemimpin dan isteri sebagai pengikut dengan haknya yg tersendiri. Bukan maksud mengetepikan peranan wanita namun begitulah hierarki yang ada di masyarakat.  Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan wanita sebagai pengikut harus dihargai.  Justeru hormatilah dirinya sekiranya anda mahu diri anda dihargai.

2. Prihatin Pada Perasaan

Pekalah dengan perasaan suami dan perasaan anda sendiri.  Tatkala suami berwajah sedih anda harus tahu itu juga mengambarkan perasaannya.  Justeru jangan menambah kesedihan yang ada sebaliknya cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis anda.  Peka juga dengan perasaan sendiri.  Jangan biar perasaan negatif membelenggu diri anda.  Jangan rasionalisasi perasaan negatif.  Jika anda berasa tidak sedap hati atau kurang setuju terhadap sesuatu perkara jangan teruskan.  Hormati diri anda sendiri.

3. Jaga Tubuh Badan

Atas alasan sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumahtangga, ramai wanita lupa menjaga tubuh sendiri.  Kulit wajah dibiarkan berminyak, rambut tidak bersikat dan ada yang melengahkan untuk mandi hingga menjelang tengah hari.  Semua ini pula dilakukan di hadapan suami.  Bayangkan saja jika anda seorang lelaki adakah anda tertarik dengan penampilan wanita sebegini.  Oleh itu belajarlah merapikan diri terutama sekali saat suami ada bersama di sisi.  Kenakan pakaian yang bersih, jaga kulit wajah anda agar sihat dan tampak berseri.  Jangan lupa jaga bentuk badan anda.  Jangan sesekali suami menegur bentuk tubuh anda yang semakin membesar.  Anda mungkin tak menyedari bahawa suami menilai apa yang ingin mereka sentuh.

4. Sentiasa Berkomunikasi

Belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik.  Biarkan suami tahu apa yang anda suka dan yang tidak anda sukai.  Belajar juga untuk memahami apa yang suami mahu dan apa yang suami mahu anda lakukan untuk dirinya.  Beranikan diri untuk meluahkan apa yang anda rasai kerana ia adalah petua untuk melancarkan sebuah perhubungan.  Ingat bahawa lelaki tiada kuasa yang boleh membaca hati fikiran isterinyasakli gus mengetahui apa yang anda inginkan.  Oleh itu luahkan dan berkomunikasilah dengan dirinya.
5. JANGAN TOLAK PERMINTAAN SEKS!!! <3 <3 ( siap highlight lagi der!)

Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki.  Oleh itu jangan menolak bila suami memberi petanda mahukan seks.  Paling kurang anda perlu memenuhi keinginannya sekali dalam seminggu.  Mengabaikan kehidupan seks bererti anda menghancurkan hubungan batin suami isteri.  Seorang isteri juga harus berani untuk memulakan perhubungan intim.  Pelajari juga teknik-teknik yang memberi lebih kepuasan kepada suami agar si dia tahu kelebihan anda.

6. Jadi Teman Berbual

Luangkan waktu untuk berbual dengan suami paling kurang 15 minit sehari untuk mengetahui perkembangan dan juga memberitahu situasi anda mahupun anak-anak.  Berbicaralah tentang perasaan anda pada hari tersebut dan apa yang telah anda lakukan sepanjang hari dan segala hal yang berkaitan dengan anda dan suami.  Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsilah juga apa perasaan anda ketika berbual dengan suami.

7. Menilai Diri

Setiap kali anda melakukan sesuatu, maka berikan penilaiannya.  Nilai juga layanan dan sikap anda terhadap suami.  Jujurlah pada diri sendiri semasa membuat penilaian ini.  Perbaiki jika anda rasakan masih ada kelemahan.  Tidak salah juga kalau anda sendiri meminta pandangan daripada suami tentang layanan anda kepada dirinya.  Tanyakan apa yang lebih dan apa yang kurang agar anda dapat memperbaiki diri.

8. Menjaga Amanah Suami

Amanah ini bukan saja harta benda milik suami tapi yang lebih utama anak hasil zuriat bersama dengannya.  Urus anak sebaik mungkin dan berikanlah didikan adab sopan yang sepatutnya.  Seorang suami pastinya berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan, dan baik tingkah lakunya.

9. Belajar Menghargai

Suami perlu dihargai terutama atas penat lelalh dirinya menyara keluarga.  Oleh itu buat dirinya menyara keluarga.  Oleh itu buat dirinya rasa dihargai.  Caranya? Boleh saja dengan memberi layanan terbaik, mengingati hari penting dalam hidupnya,  memberikan hadiah atau kejutan.  Atau paling mudah dengan meluahkannya dalam bentuk kata-kata.  Pujilah suami atas usahnya memberi keselesaan kepada keluarga, dan ucapkan terima kasih atas segala yang telah dilakukan untuk membahagiakan anda.

dan terakhir!!!!

                                                                                                                      





























                                    10. PATUH PADA AGAMA  

        Walau SERIBU tip menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama.  Jauhi segala larangan dan taatlah pada perintah-Nya.  Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yang patuh pada agama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...