Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




28 June 2012

{。^◕‿◕^。} Rambut Gugur Lepas Bersalin



Assalamualaikum & Salam Jumaat ☺☺

Selepas melahirkan princess 4bulan lepas,rambut aku selalu gugur,sebelum ni tak pernah pulak macam ni.Bila sikat rambut atau lepas bersyampu,rambut akan gugur dengan meriahnya.Rupanya bila aku search kat Google,selepas melahirkan rambut ibu  akan gugur adalah normal.Dibawah adalah info mengenai rambut gugur.


Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan keatas.Biasanya rata-rata orang akan mengatakan apabila bayi mereka sudah pandai main buih atau menyembur air liur rambut kita akan gugur.(betul ke?)

Apa yang anda perlu tahu :-


☁ Keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL

☁ Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut.

☁ Purata rambut gugur adalah 100 helai setiap hari

☁ Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak

☁ Jadi semasa hamil,rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.

☁ 2-3 bulan selepas itu anda mengalami keguguran rambut yang agak teruk,terutamanya jika keturunan anda  
     ada masalah botak.Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak 
    mula menyemburkan air liurnya.

☁ Keadaan ini mula berterusan selama 3-6bulan lagi dan mungkin sehingga 9bulan.

☁ Ia tidak dipengaruhi dengan susu ibu.

☁  Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil



Untuk Mengurangkannya

☁ Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain mudah diurus

☁ Rambut ibu yang panjang,mungkin membelit tangan,kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan 
     bayi sakit dan tidak selesa.(my princess memang suka tarik-tarik rambut mama dia =)

☁ Jangan lupa ambil makanan yang sihat dengan protein dan zat besi secukupnya

☁ Bersabarlah keadaan ini hanya sementara sahaja.








Teringin nak rambut sihat dan bersinar macam kat nie T________T







  





Rindu Dengan Perut Besar =)



Bila tengok gambar-gambar mengandung tahun lepas,tiba-tiba rindu pulak nak berbadan dua :) Maklumlah kan,bila mengandung nie semua permintaan kita akan dipenuhi,boleh la bermanja-manja sikit dengan suami.hihihi.
Aku malas nk celoteh panjang-panjang,jom layan pic sahaja =')


::Masa hantar mak & abah mentua gi haji.With anak buah suami::
(Pregnant 5 bulan setengah)

::Makan-makan dengan kengkawan di Pizza Hut Muar::
(Pregnant 6bulan)


::Dengan husband tercinta di Pengkalan Balak,Melaka::

(Pregnant 8Bulan)


::Di Batu Pahat Mall::

(Pregnant 8++Bulan)


♥

♥

♥

♥

♥

♥

♥

♥

♥

♥

♥



Cara Kempiskan Perut Buncit




Lepas bersalin ni,perut aku dah tak boleh nak mantain macam dulu dah..huhu
Nak bergambar pun kena fokus perut keatas sahaja,sebab perutku membuncit T____T
kat sini aku nak share dan amalkan sendiri macam mana nak kempiskan perut muncet.

Minum Air Masak 


Apabila tubuh badan menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat.Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.♥

Makan Perlahan-lahan


Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkpung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.♥


Kurangkan Garam Dalam Makanan


Terlalu banyak garam dalam  proses diet akan menambah ektrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekamisme proses pengeluaran air dari sel badan.Akibatnya,perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.♥

Makanan Yang Penuh Serat


Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan,amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini ♥

Kesan Pengambilan Ubat

Terdapat kajian yang dilakukan mengatakan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit,sebagai contoh,ubat Aspirin yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.♥

Hindari Sembelit


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari TIGA kali seminggu.Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit.Oleh itu,pengambilan serat adalah digalakkan.♥


Lakukan Senaman Dan Bersukan

Bersukan sebanyak TIGA kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan ♥

27 June 2012

Rakanku Kreatif & Inovatif ♥

♥ For the best of mum ♥


♥ For My Mother In Law  ♥




♥ For my baby sitter princess ♥

♥ For My Mother  ♥



(Buy 1 free 1 regular kastemer katekan..huhu (mug dapat free)



♥ for husband tercinta ♥

♥ For my lovely princess ♥



Berminat?? sila like page JAJA MUG atau add friend  AJA JAJA  (untuk mug/pinggan/solekan/dll) dan LIKE page JAS DESIGN add friend SOFYA MUHAMAD untuk sebarang tempahan (juge ade headband yang somel-somel tau..hehe)

26 June 2012

Rumah Sewa



Assalamualaikum semuaaaa =)


Sebenarnya masa awal mengandungkan princess lagi,aku dan suami bercadang nak cari rumah sewa.Almaklumlah sejak mendirikan rumah tangga,kami cuma menumpang teduh di rumah kedua orang tua kami sahaja,lepas kawen dulu,bergilir-gilir,seminggu ke rumah mentua dan seminggu di rumah mak.(tapi kadang-kadang rumah mak sendiri yang terlebih sudah..hehe).Start awal mengandung juga suamiku dah mula beli barang-barang keperluan rumah,seperti mesin basuh,peti ais,tv,almari tv,almari perhiasan,meja makan,almari lauk dan kipas angin.Kira dah separuh complete kan,cuma set sofa je yang belun beli..(dah dapat rumah nanti baru beli sofa) barang-barang tersebut,aku tumpang kat rumah mak aku.

Lepas melahirkan princess,suamiku dah mula mencari-cari rumah untuk disewa yang berhampiran.Yelah cari yang dekat lebih senang,senang nak hantar princess ke babysitter,dekat dengan rumah mak dan rumah mentua,dekat dengan kawasan pekan dan dekat dengan tempat kerja.Tapi sampai sekarang,masih belum dapat lagi rumah kosong yang nak disewa.Ada yang kosong,tapi bila aku pergi menanyakan kat tuan rumah,asyik dah ade yang masuk,kira aku nie lambat sikit je dengan penyewa yang lain..huhu

Baru-baru nie,aku dapat info ada rumah untuk disewa,rumah 3 pintu..rumah yang nak disewakan tu rumah tengah,suamiku ade pergi tengok-tengok keadaan rumah tu,suamiku kata,keadaan rumah tak berapa selesa,lagipun rumah tengah kan,agak sempit sedikit,angin tak masuk katanya.Lagipun rumah sewa tu agak jauh sedikit dari pekan,jauh sikit dengan rumah mak..hehe (anak montot katakan,semuanya nak dekat dengan mak).

Semalam,kawan rapatku beritahu,dikawasan rumahnya ade rumah 2 pintu untuk disewa (tapi belum pindah,sebab nak tunggu awal/hujung tahun,sebahagian barang-barang dah diangkat ke rumah baru katanya)dengan cepat aku terus tengok-tengok keadaan rumah tersebut (dari jauh ajela) memang tenang kawasan rumah tu,laman-laman pun bersih je,sedap mata memandang..(ni yang tak sabar nak pindah..huhu)
Tapi aku tak perlu risau,sebab kawan aku dah awal-awal booking untuk aku rumah tu..hehe..thanks to Mama Aiman a.k.a Aina Arin sebab tolong carikan,dah dekat sangat dengan rumah kau,nanti boleh la kite lepak sama-sama,gosip sama-sama..huhu.

Sebenarnya suamiku kata,kalau boleh raya nanti nak duduk rumah sendiri,nak buat macam mana,rezeki nak duduk rumah sendiri raya nanti tak ade lagi,terpaksa la tunggu lepas raya..lagipun tunggu princess besar sikit baru la senang sikit :) kalau pindah awal tahun,princess dah setahun :)


p/s :bukan tak suka duduk dengan mak/mentua,dah berkeluarga nih teringin hidup privacy,susah senang sendiri... )

25 June 2012

Faktor Saiz



" Assalamualaikum salam sejahtera,kepada anda semua moga bahagia "


Pagi Isnin yang sangat kelam kabut,mana tak nya pagi-pagi kereta dah buat hal,dah keluar rumah nak hantar princess ke rumah baby sitter,tengah bawak kereta tetibe kereta rasa macam lain macam aje,rasa berat semacam,ingat lupa turun kan handbrake,tapi bila tengok handbrake dah elok-elok je terletak kat bawah.Bila dah ragu-ragu,aku pun mula turun kereta,tengok apa yang tak kena dengan tayar kereta ke hape..bila aku tengok,rupenya tayar kereta depan belah kiri bocor habis.. (mungkin princess dendut sangat kot,tayar kereta mama bocor..hehe)dah kena patah balik rumah..nasib tempat kejadian dekat dengan rumah..Kebetulan pulak,kakak aku lepas hantar anak dia pergi sekolah memang stay kat rumah mak,so terpaksa la mintak jasa baik dia pinjamkan kereta sebab nak hantar princess ke rumah baby sitter.

Lepas hantar princess,balik rumah semula sebab ingat nak hantar kereta dengan ayah (suami aku),tetibe si ayah duduk depan pintu..dia kata "moto ayah pun bocor" la ape kehalnye pagi-pagi semua bocor...
Terpaksa mintak  jasa baik kakak aku untuk hantar aku pergi kerja..hehe.Sayang lebih la kat kau kak,nanti aku gaji,aku belanje kau TUTTI FRUTTI :)


Mungkinkah faktor saiz badan yang dah obesiti mengakibatkan tayar kereta & tayar motor pancit?? Renung-renungkan dan selamat beramal =)

22 June 2012

Baby Contest Buat Princess




Assalamualaikum dan salam Jumaat ...


Hari tu aku ada LIKE page Johnson Baby kat facebook,memandangkan aku dah ade princess,of coz lah banyak baca atau menglike pasal bayi.Page yang ada pasal bayi sume aku dok like dan follow,tak kira lah dari segi penjagaan bayi,peralatan bayi,pakaian bayi,makanan dan ape sahaja mengenai bayi,pasti aku akan LIKE/FOLLOW.muehehehehe..almaklumlah anak sulong masih takde pengalaman lagi,harus kena timba banyak lagi kan.

Oh ya! berbalik pasal Johnson Baby tu,sebenarnye dieorang tengah buat baby contest.Hadiahnye ialah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.00.Peh! nie kalau princess masuk contest ni,pastu menang..alangkah bestnye..lagi-lagi dah nak raya...memang aku shopping dan melaram sakanlah dengan princess ...haha..dah mula verangan...puihh!!!

Aku dah mula mengisi borang secara online di laman web tersebut, syarat-syarat nak masuk contest nie adalah anda haruslah membeli mana-mana produk tersebut dari harga RM20 keatas dengan satu resit sahaja.Baby yang layak menyertai adalah dari umur 0-hingga 36bulan,tarikh tutup akan berakhir pada 30 Jun ini,kepada sesiape yang belum menyertai,mari lah sertai beramai-ramai :) kot-kot ade rezeki nak dapatkan wang tunai sebanyak RM50,000.00 tu,boleh la buat persiapan raya..huhu...
Mari mengisi borang di SINI


Doakan princess menang contest ini =')




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...