Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




28 September 2012

Cocoa Collegen




"Salam Jumaat semuaaa"


Kalau ikutkan,aku nie bukan jenis yang percaya bulat2 iklan2 pemutihan kulit muka atau iklan2 yang bole menguruskan badan atau iklan2 kecantikan yang lain.Aku nie jenis yang nak cepat kalau aku pakai sesuatu produk tu.Contohnye kalau aku pakai produk pemutihan kulit muka ke,kalau boleh esok pepagi bangun tengok muka dah putih macam Adira..ekekeke....tak logik kan..haha tapi itulah perangai aku..sebab tu aku tak berapa rajin pakai pencuci muka...kalau ade pencuci muka,aku guna lah..kalau takde memang aku tak guna..dulu masa anak dara,rajin la tuko2 memacam produk kecantikkan...akhirnya muke pun nan hado jek..kah3

Tapi sejak2 aku dah berumah tangga dan telah melahirkan  anak,aku rajin pulak nak beli produk2 kecantikkan.Dari produk nak kurus,nak menganjalkan  dan ape2 lagi la berkenaan dengan kecantikkan luaran dan dalaman nie.Maklum lah,sejak beranak nih aku rasa macam semua dah kendur...(paham2 jela ek) hehe.

Bermula lah episod,apebila akak aku syorkan aku minum Cocoa Collegen .Memula berat jugak aku nak terima pelawaan die nih,tapi bila aku mintak 1 sachet  cocoa collegen nih untuk tester,sedap jugak la..ade campuran kacip fatimah,yang penting sedappp dan memberi tenaga kat aku.

Bukan sebelum ni takde tenaga,tapi aku dapat bezakan sebelum dan selepas minum.Tetiap pagi kat ofis,aku akan minum se sachet cocoa nih..hilang rasa ngantuk...sepanjang hari rasa ceriaaa aje..hihi.korang baca la sendiri khasiat dan kebaikan COCOA COLLEGEN ni..hehe


taraaa.ni la makhluk yang membuatkan aku sentiasa bertenaga dan tak ngantuk..ekekeke!

19 September 2012

Weekend Yang Penuh Dengan AKtiviti




Hujung minggu yang lepas jadual aku tersangat lah padat.Dari melawat kawan bersalin,kerja kawen,bertunang hingga lah ke rumah terbuka..

Bermula dari hari Jumaat.Lepas aku balik dari kerja,aku nekad kan diri untuk melawat rakan sekerja aku dulu,dia bersalin dari akhir puasa haritu,disebabkan aku tak sempat nak melawat beliau,so baru Jumaat lepas aku berkesempatan melawat beliau dan anak beliau..hik3.

Hari Sabtu lepas,turn aku half day (halfday secara bergilir2,minggu lepas aku,minggu depan orang lain pulak dan seterusnya lah) Aku kuar opis pukul 1 tengahari,aku terus ke jemputan kawen jiran mak mentua aku merangkap regular customer husband aku,so husband aku suruh la pegi majlis kawen anak dia tu.Aku pegi berdua je dengan husband aku,Kiesha aku belum ambik  lagi kat rumah babysitter,jadi aman dan damai makmur sejahtera la kami makan berdua aje..hehe terasa macam makan damai pulak ..hehe..kalau ade die mau huru hara dibuatnye...best menu kat rumah keje kawen tu,ade ayam golek,rojak petis,mashmellow + coklat..pehhh!! aku yang balik keje dah tentu2 lah lapar kan.apelagi aku membaham la makanan tersebut..hehe

Lepas dah salam kaut tuan umah,aku terus berambus dari situ,terkocoh2 nak amik Kiesha pulak,sebab nak ke Open House kat Ketua Pemuda UMNO,makan free memang aku laju je..huhu.Lepas tu terus aku ke open house tersebut dengan anak buah aku..malang nye makanan kat situ dah banyak abess...sob2...cuma yang ade buah2 je..tinggal buah2 pun aku bedal jugak..hehe...dapat jugak Kiesha duit raya dari isteri Dato' Zulkarnain tuh ..hehe

Lepas berambus dari Open House tu,aku ke majlis perkahwinan Nazia Ezrin,aku pegi bersama bff aku Ujie dan lil princess..kat sana aku tak membaham,sebab perut dah full.Kami terus terjah masuk rumah pengantin,pengantin tengah bergambar2...terpaksa lah kami tunggu nak bersalam kaut dengan pengantin punye pasal.Tengah dok tunggu tu,tetiba aku ternampak sesorang yang aku kenal


Taraaa...ni lah orangnye mak andam aku dulu...
dia siap cakap "Dulu kan kurus jee...kenapa sekarang dah bambam"
Ceh! kuang asam betul...huhu
Kesian pengantin,aku tak amik gambar dengan dia,,ambik gambar dengan mak andam ok la kan....kenangan tu..nanti dah besar boleh la aku tunjuk kat Kiesha 

"nie la mak andam mama dulu Kiesha..hehe"

Sebelum Kiesha meragam,aku dah Ujie mintak diri nak balik..hehe..kang kalau tunggu Kiesha meragam dulu masak aku nanti..hehe..lepas balik dari keja kawen tu,Kiesha pulak membaham,bukan membaham ape pun..cume nestum aje ..aku beli nestum Cerelec perisa Beras + sayur-sayuran..suke betul dia makan...hihi

Malam nya pulak,husband aku mengajak ke rumah terbuka kawan dia,so aku pun pegi la..Kiesha pun aku bawak..memula mak aku tak bagi bawak,yela bawak budak memalam tak elok..tp kesian pulak kat dia kalau tak bawak..sampai je kat rumah terbuka,makanan dah licin..awal lagi kott..hihi..nasib ade anak menantu tuan umah kuarkan satey bagi kami anak beranak makan..


Kiesha dengan anak tuan umah,tp yang dukung tu bukan mak kepada baby tu..Kiesha dah ngantuk dah tu...masa ni die baru je jatuhkan  bekas kuih..huhu

*******************************

Keesokan nye pulak (Ahad 16/09/2012) kami anak beranak bangun pagi2,sebab dah planing dengan geng2 aku,nak tengok Adam Qalish
So firstly aku siap kan si Kiesha dulu...kung kang kung kang dah pukul 10pagi.Tak lama tu bff aku Noreen dtang ambik aku kat rumah,aku malas nak drive..hehe..memula destinasi kami ialah ke Warung Haji Dollah yang terkenal dengan nasi ayam nye..memang meriah la bila mengeteh bersama bff aku yang lama tak jumpe..hehehe

Tengah aku dok mencari tempat duduk.ade sorang budak ni dtg ke arah aku
dia cakap "Akak,pinjam Kiesha jap" uik!! bole pulak pinjam meminjam hanak haku neh..hehe
Budak ni memang aku kenal,dulu masa aku dok mengidam nak makan sup kat pizza tu,die yang tolong belikan..sebab tu Kiesha cool je dengan dia,biasa nya kalau orang yang dia tak kenal,dia akan melalak..hehe.

Lepas membaham sarapan pagi,kami ke tujuan asal,iaitu melawat baby Adam..hehehe..jom layan gambar!!













Meriah kan..memasing dengan anak memasinggg....sukeee!!!


Time sesi membaham,Kiesha tido dalam katil Adam,so bole la mama dia membaham dengan jayanya tanpa sebarang gangguan..ekeke!

Nak tau tak?? sebenarnya atok si Adam ni,(Cikgu Salleh Mudri) cikgu sekolah menengah,dan pernah mengajar aku ketika form 4/5 (dah lupa pulak) dulu masa form 1/2 aku dan husband pernah kena rotan dengan dia,sebab bercinta masa sekolah...ekeke...so bila cikgu2 dapat tau,cikgu rotan la kami...jadi bila mama si Adam bagitahu aku yang die berpantang kat rumah mentua dia,aku jadi takut + segan..ekekeke..bila mama si Adam cakap "time ni la ko buktikan ngn bapak mentua aku,yang cinta korang bukan setakat cinta monyet je..." hihi... (^___________^)

Balik dari melawat Adam,kami terus pulang..sebab nak ke kenduri kawen depan rumah a.k.a jiran aku...layan gambar hokeyyy!!



Sebelum berangkat,ambik gambo dulu =)


Selamat Pengantin Baru Anje & Suami♥

(Kiesha dah ngaruk akibat kepanasan..agagaga!)


Then,balik rumah jap,rilek2 tido kan Kiesha dulu..kang petang sikit nak g majlis bertunang pulak..huhu.



Selamat Bertunang Shima...♥ tengok Kiesha,die pulak yang eksited..hihi


Anak akak yang jaga Kiesha,die sangat2 sayang kat Kiesha :)


Ayah angkat Kiesha,suami kepada akak yang jaga Kiesha =)



Kiesha jadi mangsa lensa kamera pada hari itu,mama  nye aje tak...huhu

Aku dan Kiesha datang lambat masa tu,keluarga belah lelaki tengah makan..hehe..husband aku datang lewat sikit,sebab abang kepada Shima ni,kawan kepada husband aku jugak..disebabkan Kiesha dah mula merengek,aku balik dulu malas nk tunggu husband aku sampai...


Last aktiviti untuk harini..pukul 8mlm aku dah siap2 nak ke rumah abang aku kat Sri Medan pulak,ade open house..mak aku awal2 lagi dah pegi.Sampai sana belum ramai sangat orang,bila dah pukul 9,orang dh mula datang menyerangggg!! kih3..macam2 jenis makanan ade,tapi aku sempat nk amik gambar,maklum la ade anak kecik malas nk usung kamera cabuk aku tu..huhu..tapi malam tu Kiesha mungkin tak selesa dengan keadaan yang bising,dengan lagu2 raya yang berkumandang..aku pun naik senak telinge jugak dengar....puas aku dok henjut Kiesha di buaian,tp die taknak tido lak..biisng gaknye..last2 aku  bawak masuk kerumah abang aku dan bukak cite feveret dia...











Tengok tu,kusyuk betul die layan Upin & Ipin..sampai aku pun naik hafal dialog tu..huhu..Dah pukul 10mlam,baru kami berambus balik...kesian aku tak makan sangat pun kat sana..huhu

Fuhh..panjang tul entry kali ini..selamat membaca ♥


13 September 2012

AL-Fatihah~








بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينٱلرَّحْمَـٰنِٱلرَّحِيممَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينإِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَصِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ.. 







Tadi masa aku bukak fb,aku ade terbaca link pasal kematian seorang blogger Yasmin Johan Eusoffe / Yasmin J Hunwick.Walaupun aku tak mengenali arwah,tapi aku sedih dan hiba dengan berita kematian beliau.Seorang gadis  cantik yang baru berusia 17 tahun (bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini)














Buku yang beliau baca sebelum kematiannya,diuplode di acc Twitter beliau

Entry di BLOG beliau tentang mimpi beliau adalah sebahagian tanda2 beliau akan meninggalkan kita 





Wajah2 comel aruah...comel sangat kan...


*****Petikan dari akhbar*****


LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.”
Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam.
Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U.
Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya.
Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.
Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi.

Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian.
“Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur.
“Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya.
Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.
Polis ambil keterangan dari pemandu van
Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38 tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Siasatan awal mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.
“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya.

Yasmin merajuk, bapa menyesal
“Isteri mententeramkan saya yang cuba menyalahkan diri apabila melihat mayat Yasmin dalam keadaan terbaring tidak bernyawa selepas terbabit dalam kemalangan sejurus dia keluar rumah kerana merajuk akibat dimarahi.”
Begitu kata Johan Eusoffe Abdullah, 44, bapa kepada Yasmin, 17, yang meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama dua rakan perempuan lain dirempuh sebuah van dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, awal pagi kelmarin.
Johan yang tinggal di Taman Seri Aman, dekat sini, berkata, anak sulung daripada empat beradik berkenaan merajuk selepas dimarahinya selepas arwah enggan berkongsi bilik dengan adiknya, Ayesha berusia 11 tahun.
Katanya, kira-kira jam 11 malam sebelum kejadian itu, dia sedang memasang katil milik adik Yasmin di dalam bilik yang diduduki arwah sejak kecil.
 “Apabila diberitahu bahawa adik bongsunya akan tinggal di dalam bilik berkenaan bersamanya, arwah terus bermasam muka dan kelihatan tidak berpuas hati.
dari petikan nst pula,
Yasmin berlari keluar dengan hanya berkaki ayam, dia dikejar oleh adiknya Muiz 15 tahun, tetapi gagal medapatkan kakaknya.
Encik Johan menghalang isterinya Sazlina Shariman 44, daripada pergi mencari Yasmin.Beliau berharap tindakan itu dapat mengajar Yasmin supaya sedar tindakan yang dibuat kepada adiknya itu  salah.
Sejam kemudian beliau menerima panggilan yang memberitahu anaknya terlibat dalam kemalangan, hancur berkecai hatinya dan dia bergegas ke tempat kejadian melihat mayat anaknya Yasmin sudah terbaring kaku.
Bapa Nur Hazwani, Mansor Md Nanyan, 47, berkata anaknya telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah meminjam motosikal kakaknya untuk bawa rakannya  makan malam.


Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin ya rabbal alamin....




10 September 2012

HARI RAYA 2012 (part 2)




RAYA KELIMA (Khamis) (panjang sikit story di hari raya kelima nih)


Pagi aku duduk rumah je,petang baru merayap..hehe...plan arini nak kerumah makcik aku dan akak sulong aku kat Parit Tengah,Muar (biasanya raya pertama aku dah sampai,memandangkan tahun ni giliran belah suami aku so aku pegi la hari kelima nih..
Aku pun angkut mak aku untuk beraya bersama...laki aku pun aku angkut...haruslah kannn.Sesampai jek kat rumah Kak Long aku,rumah die tertutup rapi (memang xde call die nk dtg saja nk buat suprise..huhu)so tgk rumah die dh tertutup rapi,dah tentulah xde orang kan...tengok kat parking kete pun xde kerete.sah2 lah xde orang,so kami kerumah makcik aku pulak,bagi2 salam pun xde yang menyahut,,,pun sama xde orang..huhu...sedih sungguh..last2 kami kerumah makcik aku kat Sarang Buaya,Semerah hebat tak aku beraya kat Sarang Buaya..hahaha!!




Kiesha tido baru lah aku boleh melaram amik gambo..kalau die celik,sibuk jugak nak pegang kamera..hihi

Sesampai je rumah makcik aku,aku dapat panggilan dari akak ipar aku yang anak die eksiden,aku ingat eksiden biasa je dan aku ingat jugak die eksiden naik basikal,rupenye teruk jugak coz kat kepala dia ade darah beku.Tak sampai setengah jam kami duduk,kami terus berambus dari situ,sebab nak ke hospital pulak..bila sampai hospital,aku dan mak aje yang naik.LAki aku tak naik coz kene jaga Kiesha (kanak2 tak dibenarkan masuk) Best sungguh masuk hospital bangnan baru ni...standard hospital swasta...huhu.AKu tengok keadaan anak buah aku muke dia calar balar,tak sedarkan diri sebab doktor dah bagi die ubat untuk tidur kan dia untuk berehat.

Balik dari hospital,kami sambung beraya lagi..kerumah akak aku Diana sebab dia dah sound awal2 jangan tak datang pulak,sebab die dh masak2..hehe...lepas bedal makanan kat rumah dia,kami beransur pulang,sebab dah nk magrib...ingt malam ni nk sambung beraya lagi,tapi laki aku cakap macam ni "malam ni malam Jumaat,xjadilah..esok jela kite beraya..." huhu..
So malam tu ingat nak rest aje kat rumah,tapi xdapat nak rest sebab kiesha menangis aje (kepenatan kot) mata dah pejam..tapi asik rengek2 jek..confirm la kan penat...mujurlah tak lama mana die menangis...huhu



RAYA KEENAM (Jumaat)

Pagi duduk rumah jek...sebab babysitter Kiesha nak datang (malam tadi nak datang,tapi ade hal yang xdapat dielakan,xjadi pulak nk datang) janji nak datang pukul 10pagi,tp tunggu punya tunggu akhirnya pukul 12 jugak die sampai..huhu..xpela janji datang kan..hihi
meh aku tunjuk sikit ibu angkat Kiesha nie (akak tu sendiri yang nak bahasakan panggilan IBU kat Kiesha)


Yang baju biru tula IBU Kiesha...Kak Ina namanye..

Lepas Kak Ina sekeluarga balik,aku pun mandi mandi sebab husband aku call suruh bawak baju melayu dia ke rumah mentua aku (nak semayang Jumaat kat masjid kat sana) so nak jadi isteri yang Mithali haruslah dengar cakap suami kan..hikhokhikhok~

Lepas semayang Jumaat,aku dah mula siap2kan Kiesha,kemudian baru la aku siap2kan diri aku sendiri (biasa memang cemitu siap kan anak baru lah siapkan maknye pulak..hihi) aku dah santek2..si Kiesha pulak bantai tido..dah terpaksa tunggu dia bangun pulak,kang nanti kalau kejutkan dia bantai nanges pulak..xsanggup aku..huhu..bila Kiesha bantai tido,husband aku pun bantai tido jugak..eeiii sabo jelah aku,kite dah makeup2 cantik2 last2 make up cair begitu aje sebab cuaca kat luar sangat panas.Nak tak nak terpaksa la tunggu 2 beranak ni bangun dari tido..

Last2 pukul 4 kiteorang beraya,dah janji dengan kawan aku ni nak datang pukul 3.sori la dtg lewat sejam..kikikiki..

Tengah beraya,aku dapat msg dari kawan aku si Fida dia bagitau cincin Kiesha ade dalam kereta dia...yahoooo..alhamdulilah jumpa jugak akhirnya (aku dh tak nak pakaikan lagi dah,nak trend in barang lain pulak..huhu)


Okla setakat ini sahaja aku nak share hari raya aku pada tahun nie....hari raya tahun nie sangat bermakna bagi aku sebab ade nye NUR KIESHA ZAHRA ♥ ♥
Jumpa lagi di tahun depan insyallah~

05 September 2012

HARI RAYA 2012 (part 1)

Shafikah






1 HARI SEBELUM RAYA (Sabtu/18 Ogos 2012)

Pagi tue aku bersiap2 nak ke bandar Batu Pahat,mak nak cari kuih raya dekat BP Walk,memang tetiap tahun lah beli kuih kat sana,murah je rm10-rm15 setelap...sedap pun sedap...mana nak dapat harge segitu wehhh...kami pegi awal sangat kot,kedai kuih tu pun belum bukak,so aku n mak singgah Carefour jap,cuci2 mata tengok baju untuk Kiesha (baju raya kiesha dah banyak sebab tu cuci mata jek),oh ya kami pegi berdua je dengan mak,Kiesha kat rumah kakak aku yang jaga,semput jugak kalau bawak si kecik tuh..lepas cuci2 mata kat Carefour,kami ke Bp Walk semula,nasib dah bukak kedai tu.hihi,kedai dh bukak,tapi parking pulak xde...hahahampeh tol!..terpakse la aku tawaf2 dulu kat..akhrnye jumpe parking tu,tapi jauh giler la dengan kedai kuih tu...lepas shoping kuih ,kami beransur pulang,sebab mengenangkan Kiesha kat umah..hehe..sesampai je umah,Kiesha 'buat kek' pulak..macam tau2 je tunggu aku balik,ngam2 die 'buat kek'..huhu...dengan kepenatan,aku bersihkan la 'kek' Kiesha tu..huhu..HArini rumah mak aku ramai tetamu,walaupun Hari Raya esok,tapi disebabkan rumah mak aku terletak berdekatan pekan,so dieorang (lepas shoping raya) singgah la umah mak aku..nasib bulan puasa,takde la susah payah nak buat air bagai..hihi..Malam raya tu aku tak terlepas dari round2 pekan...padehal keperluan hari raya dah siap,tapi biasalah lagi dekat nk raya,time tu la bende2 remeh temeh baru terkedek2 nak cari,contohnye cam butang tudung,alas meja,dawai langsir,alas kaki,sarung kusyen..hihi (perkara wajib di beli ketika sehari sebelum datang nye SYawal..memang tetiap tahun macam ni..) Masa malam raya pukul 3 pagi baru aku tido,biasalah eksited punye nak sambut raya,ngantuk pun dah tak terasa...betul tak??



RAYA PERTAMA

Tahun nie pagi raya aku berada kat rumah mak sendiri (taun lepas malam raya rumah mentua & beraya dengan famili sendiri,taun nie malam raya rumah mak sendiri,beraya dengan famili belah suami) adil kan..hihi..aku pun tak kisah sangat beraya rumah mana,sebab lokasi rumah mentua dan umah mak sendiri pun dekat aje...tapi rasanya mcm lebih afdal beraya dengan famili sendiri kan..hihi..lepas beraya umah mentua,aku balik semula umah mak aku (kan aku dah kata umh mak mentua / mak dekat aje) sebab nk jumpa  semua adik beradik aku (adik beradik aku takde yang duduk jauh2,paling jauh pun Yong Peng je) lepas brsalam-salaman dengan dieorang,kiteorang pun mula gerak beraya.Memang acara wajib bagi famili aku akan ke Parit Tengah,Muar JOhor,sebab sedara mara mak aku ramai area sana dan kubur arwah abah aku pun kat sana,that's why la kami semua beraya ke sana,tapi tahun ni aku tak join..sebab kena ikut giliran beraya ke belah suami pulak,iaitu kat Parit Yaani (belah mak mentua aku) belah bapak mentua aku kat Pontian,so raya kedua kebiasaannye baru kami kesana.(Tahun ni tahun pertama aku tak pergi ziarah kubur abah T___T)




Tengok tu berterabur gambo family potrait raya tahun nih...huhu



ni famili aku....comel tak..kikiki...tahun pertama sambut raya bersama anak tercintaa =)


Nie gambar Kiesha masa kat rumah nenek Senah..tengok suke sangat die mainnn







Kiesha merajuk,sebab ayah die taknak main dengan die..hihi


Kembali ceriaaaa bermain..hehe~















RAYA KEDUA

Bangun pagi2 sebab nak beraya ke Pontian pulak,mak mentua aku dah call suruh bangun 6.30pagi...haha,last2 pukul 9 mak mentua aku rombongan (4 kereta semuanya termasuk aku ) lain dah beraya 1 rumah kat Rengit,aku anak beranak masa tu baru terkedek2 nak mandikan anak...laki aku lagi best,mak die tepon tanya "dah kat mana"?? ,die jawap "dah kat bandar ni mak"..padehal masih melingkar kat tilam..kiki..bukan ape,kalau cakap masih kat rumah,takut die bebel2 pulak...tipu sunat xpe kan..huhu..kat Pontian dapat la beraya 4buah rumah....nak dijadikan cerita,masa beraya kat umah last,aku mandikan Kiesha...lepas mandikan tu,baru aku perasan yang cincin yang Kiesha pakai hilang...kelam kabut aku carik kat bilik air tu,last2 aku suruh laki aku cari..akhirnye jumpe...hik2..nasib tak hilanggg...sepanjang perjalanan balik ke Pt sulong,Kiesha dari Pontian-Tongkang Pechah bantai tido,penat gaknye...kami selamat sampai ke rumah pukul 8malam..


 baring dalam kete,get ready nak tidooo

taraaa!! sape lagi comel? mak ke anak? kikikiki





RAYA KETIGA

Pagi berehat dirumah sahaja,tunggu tetamu datang pulak..tetamu waktu tu ialah kawan aku si Nora & suami,masa call nak datang,cakap nak datang dengan akak die sekali,tapi bila sampai rumah aku,xde pulak batang hidung akak die..huhu..esok Nora tak dapat joint beraya dengan kiteorang,sebab kena beraya kat Pahang pulak (belah suami die) petang nye pulak Fida text aku,ajak beraya umah Nora,sebab esokkan die dah balik Pahang..so ikutkan je.so kami pergi dengan Yana,Fida & Shafikah (mak buyung) kikiki..kami beraya 3 buah rumah..rumah Nora,rumah ibu kepada SHahziana (Ana) & Shafikah (mak buyung).Nak dijadikan cerita,lepas Fida hantar aku balik,baru aku perasan yang cincin Kiesha pakai hilang...aku call Fida,Ana & SHafikah..kot2 cincin tu tercicir ke kan....dieorang cakap cincin Kiesha xde..so aku dah redha jela dah xde rezeki Kiesha kot ='(

RAYA KEEMPAT

Hari ni dah janji dengan geng2 aku nak pegi beraya ke rumah kawan2 sekolah..so aku call Yana suruh amik aku kat rumah,bila aku call berkali2,tak berjawap pulak minah nih,,lastly die text die tak dapat joint beraya dengan kiteorang...kuang hasammm...rumah pertama yang kami serbu ialah rumah mak kepada Dila kat PArit Abdul HAdi..


 Meriahhh kann...memasing sibuk melayan anak...Shafikah taun depan giliran kau pulak..hihi

Bergosip memang aktiviti wajib bila dah jumpe reramai cmni,lepas tu aktiviti mintak maaf pulak..hehe


Lepas beraya rumah Dila,kami ke rumah Fida pulak,di Parit Yusof pulak...masa kat rumah Fida nasib ade buaian...boleh la tumpangkan si Kiesha ni tido kejap..masa kat rumah Fida,dia hidangkan mee hoon dengan 'air botol bodoh'..kikiki (sian air  botol tu kene bodoh)  lepas ke rumah Fidah,kami sambung lagi perjalanan beraya,iaitu ke rumah Adda (adik kepada Anna) kat Taman Teratai ,Pt Sulong... tengah borak2 gosip mosip tetibe xde karen pulak kat rumah Adda,so kepanasan la kami...terus kami mintak izin nak berambus..hehe..lepas tu giliran dieorang beraya rumah mak aku..masa ni sesak giler kat rumah aku,maklum la rumah mak aku kecik je,dtg pulak dieorang..hehe...anyway thanks kat korang sudi datang :) lokasi seterusnya pulak,ke rumah Noreen (masa ni Kiesha tak ikut,dah mula merengek..kepenatan gaknye..so aku tinggal dengan mak aku..hehe) kat rumah Noreen kami kejap je,sebab masing2 dh kepenatan,keletihan,kekenyangan hihi...malkumlah cuaca waktu hari raya ritu,kemain panasnye kan..so takde mood nak bergambar..huhu (make up dah cair mair..hehe) dan lastly kami kerumah aina,kat rumah dia,dia hidangkan Laksa Penang...peh terbaekk la feveret aku tuh...


 Dah ade mood nak bergambar balik..hihi..tu la ahli jemaah yang beraya haritu
Dari kiri (baju biru)   Aina  (Tuan rumah) DilaAnna,Noreen,Fida,Shafikah(Amboi..sorok perut ko eh) n aku..(sempat tukar kain..ekeke) suami kami tak joint...kecuali suami si Dila & tunang si Fida je yang joint..hehe


Raya yang seterusnya nanti aku hapdate lagi ye..rasa mcm dah panjang sangat aku bebel2 nih..hehe..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...