Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




01 August 2012

Teman Pengganti



"Ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita Mati pun bersama"

Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik,juga bila mimpi aku nampak kau,
Tapi bukan aku yang disisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahkta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama,menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama ku pendamkan
Tiba masanya segala-galanyaku ceritakan
Aku kan pergi,pergiku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya,prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas,ditindas,sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas,tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kondeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami,dalami dan mengalami

Setia mendengar,sentiasa hadir
Ingat ulangtahun,setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal,kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70,000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini,ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung,berkurung
Tubuh makin susut,menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas,nak bergerak nak berdiri

Lagu ini yang terakhi aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas,katil dah ku rapi
Cincin,kunci,dompet dalam laci
Ada sikit wang itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sedih kan lirik lagu kat atas Y_______Y,lirik tersebut mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang suaminye akan mati kerana ade penyakit dan menyuruh si isteri berkahwin lain (teman pengganti)

*Bile aku baca balik lirik kat atas,aku tujukan juga untuk suamiku...andai suatu hari aku dah takde kat dunia ini,carilah IBU sebagai pengganti diriku untuk menjaga Kiesha n____n.*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...