Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA 2012




Harini aku last day keje..esok dah cuti dah..horeyyy!!!
Dikesempatan ini,kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari hujung rambut hingga hujung kaki,salah silap harap diampunkan ye..raya jemputlah datang rumah :)

Tahun nie raya dengan Kiesha,eksited sangat..hehe



ikhlas dari Nur Kiesha Zahra sekeluarga!!!

Ke Klinik Lagi



Assalamualaikum,disebabkan aku dah takde akaun facebook,so aku kena gigih kan diri untuk mengapdate blog..hehe

Malam tadi,kami ke klinik..menghantar si Kiesha yang masih batuk2.Kami bertolak dari rumah pukul 6.30ptg,memang plan pegi lambat2,nanti boleh la berbuka kat luar sekali.Sepanjang perjalanan,bumi Batu Pahat dilimpahi hujan Rahmat,lama rasanye tak hujan.Sudah jam 7 ptg,kami mencari lokasi untuk kami berbuka,semua kedai makan dah penuh dengan orang,maklumlah lagi berapa minit je nak berbuka,cuma kami je yang terkial2 baru nk cari kedai makan yang sesuai (sebab cuaca hujan + bawak anak kecik,kalau tak bawak Kiesha,kami redah jek mana2 kedai makan)

Memula aku bagi cadangan kat husband,berbuka kat Nasi AYam Penyet (dalam Carefour),husband aku tak nak pulak,die cakap parking susah.Kemudian aku ajak pulak pegi Patmah Kitchen pun masalah parking jugak..nangessss!!!
Kami mula melilau2 mencari kedai makan (waktu berbuka semakin dekat,mujur husband dah belikan air kotak kat Stesen Minyak tadi...kalau tak aku batalkan puasa aku dengan korek idung ajelah..hehehe..


Akhirnya kami jumpa kedai makan yang tak berapa nak ramai sangat orang,iaitu di Restoren Nasi Ayam Ali (bukan nasik ayam je yang ade,makanan lain pun ade jugak).Hujan masih lebat giler,nasib dalam kereta aku dah standby payung awal2.Waktu kami oder makanan tu,dah berbuka dah sebenarnye...cume kami yang lambat sikit ,dalam 10minit macam tu.Nasib service kat situ cepat,nasi ayam je kot..memang la cepat hehe..aku minum air asam boi ais,,giler kan sejuk2 minum berais,nasib Kiesha tak menyusu badan..hehe.Lepas kami membaham nasi ayam kat situ,kami beransur pulang untuk ke Poliklinik Falah Medica.

Sesampai je kat klinik tu.macam biasa la dieorang belum bukak lagi klinik tu.Jadi nye lama jugak la kiteorang tunggu klink tu bukak,dekat cermin depan klinik tertera ayat "KAMI PEGI BERBUKA HINGGA JAM 8.15mlm,masa tu dah pukul 8mlm...takpelah ade lagi 15minit lagi.Kami tunggu dalam kereta je,sebab hujan renyai2 lagi.Tapi bukan 15minit kiteorang tunggu,dah mcam 15jam je rasanya,akhirnye pukul 9 baru dieorang bukak.Pegi berbuke ke melantak ?.Ikut kan hati dah lama pegi klinik lain,tp memandangkan malas nak bertukar2 klinik,kiteorang sabar jelah..Bila aku masuk,ade pesakit pulak yang potong Q,main terus masuk bilik doktor,xde nak daftar2 nama,tengok keadaan org tu bukan kecemasan sangat pun,maybe kawan2 doktor kot.Huh!! geram aku...Bila aku daftar nama Kiesha,aku sempat jugak perli staff kat situ,aku cakap 


"Nasib akak tak pasang khemah depan klinik nie dik"

dieorang senyum kelat je..huhu.Lepas pesakit yang potong Q tadi keluar,nama Kiesha pun di panggil.Bila aku jumpa doktor,bukan doktor yang merawat Kiesha sebelum ni,doktor lain pulak,macam India muslim pun ade jugak...gaya cakap macam adik2 je..hehe.Aku bagitau doktor,ni kali kedua kiteorang datang.Demam dan selsema dah takde,cuma batuk jela.Doktor cek dada Kiesha,doktor cakap paru2 kiesha ok.Alhamdulilah..doktor cek tekak Kiesha lak,doktor kata kahak Kiesha pekat,so doktor suruh buat oksigen.Bila buat oksigen,Kiesha melalak2 la nangis,aku pun ikut nanges jugak..huhu..yela sedih tengok anak aku...Lepas oksigen,Kiesha boleh tido dengan jayanye..ceh!!..doktor bagi ubat elak paru2 dari terkena jangkitan kuman dengan ubat keluarkan kahak dengan picagari..huhu..doktor tu cakap lagi consultant die tak charge,sebab aku regular patient',so charge untuk ubat jelah...Malam tu kena charge rm60 je. 2jenis ubat.(first pegi kena rm50 tapi ubat ade 4jenis) .

Bila husband dah bayar bil,boleh pulak husband aku ajak  shoping cari kasut dia,nak tak nak terpaksa la ikut.Memula cari kat Al-Ikhsan (cawangan baru sebelah MK Curtain),takde size pulak bila dah ade kasut yang dia berkenan.Lepas tu terus pegi Al-Ikhsan jalan Kluang,nasib Kiesha bantai tido..senang la sikit.Bila pegi situ,takde kasut yang dia berkenan,last2 die beli kat Champion,tu pun aku ngan Kiesha  bantai tido malas nak turun.Bila aku sedar,dah nak sampai umah pulak..kikiki..malam tadi kami sampai rumah pukul 11.30.Sebelum tido,bagi Kiesha makan ubat dulu...lepas tu terus aku tumbang sebab dah ngantuk gilerrr..esok nak kena kerja lagikkkk..

Kiesha Demam + Selsema + BAtuk




Assalamualaikum...


Pagi ni aku mengantuk gilerr,mana tak nya lepas sahur tadi aku  n husband hantar Kiesha ke Poliklinik Falah Medica,(dekat signboard tertera poliklinik 24jam)tapi bile aku sampai,gelap gelita dalam hati aku kata,nie mesti dieorang pegi bersahur,tapi jangkaan aku silap,memang sah dieorang tak bukak.Dah terpaksa kiteorang balik rumah,dan akan ke sana semula petang nanti,lepas aku balik kerje.Dan husband sempat jugak la beli MCD drive thru untuk bersahur..

Sebenarnya aku ke klinik tu sebab Kiesha pagi tadi batuk teruk,kesian aku tengok die batuk mcam tu,macam banyak kahak kat dada dia,dah nama pun baby mana la reti nk buang kahak macam kite2 kan,aku harapkan kalau die batuk2 akan muntah,tapi bila aku tepuk2 belakang die,die tak pulak nak muntah,lepas die batuk2 die akan telan balik kahak tu...alahai...

Aku hantar Kiesha ke klinik tu masuk 2x sebenarnya,kali pertama minggu lepas tak silap..doktor ensem tu cuma bagi ubat demam (masa tu Kiesha baru nak demam) ubat selsema jenis minum dan titis kan kat hidung.Sekarang dia dah tak demam,cuma tinggal selsema je dan batuk..batuk tu yang merisaukan aku,takut2 lambat hilang batuk tu jadi lelah/semput pulak,so kena la lebih berjaga2..lagipun tinggal berapa hari  je nak raya,tak nak la raya-raya anak demam,silap2 mood nak beraya pun takde..hehe

Nie masa 1st day Kiesha demam,sebelum nie die selsema dulu baru batuk2 n demam..aku baru ambik die dari rumah babysitter,tapi demam2 pun still aktif :)

Nie pulak masa tengah tunggu Poliklinik Falah Medica bukak,dieorang pegi berbuka,lama jugak tunggu dieorang bukak klinik


Ni hari kedua demam,aku amik cuti haritu,sebab nk kena jaga si gendut neh..tgk,walaupun demam tetap aktif seperti biasa.



Nie la doktor yang rawat Kiesha..emcem kan..Dr.Nizan namanya :D



Mama harap,anak mama sorang ni cepat sembuh ye nak..kalau boleh biar mama yang tanggung segala kesakitan anak mama nie,biar mama yang demam,jangan kamu yang demam nak ='(



P/s:Lepas balik kerja nanti,aku n husband akan ke Poliklinik tersebut lagi,yela kite bayar mahal2 tapi hasilnya tak memberangsangkan...dan kami akan berbuka diluarrr :)

03 August 2012

Kasut Raya Kiesha




Taraaa!!! somel  tak? handmade by Pn.Sofya

Suami Kawen Lagi



~Ramadon ke 14 ~


Peh tajuk entry tak menahan..hehe
Korang pernah tak mimpi suami korang kawen lain,dalam mimpi tu rasa sakit hati sangat,sedih sangatkan..kekadang dalam mimpi tu menangis teresak-esak,bila terjaga pun habis basah bantal dek menangis2 dalam mimpi..ekekeke~

Tapi bagi alam realiti,kengkawan di luar sana yang pernah merasa mesti tahukan perasaan tu macam mana.Pada aku itu semua takdir dan ketentuan dari NYA.Macam mana kite menggelak pun kalau itu telah ditakdirkan kite kena macam tu kite kena terime dengan hati yang terbuke...Wah pandai aku ckap..tapi kalau kene batang hidung aku sendiri,memang tak tau nak cakap ape dah...hancur luluh hati aku (tak sanggup berkongsi suami dengan orang lain)

Macam ni,sebenarnye bukan sekali dua aku mimpi suami aku kawen lain,dah banyak kali sebenarnye,malam tadi aku mimpi lagi..adeh laaa~ takde mimpi lain gaknye..
Dalam mimpi tu,suami aku bawak balik perempuan,dan kenalkan kat aku..die ckap "nie la isteri baru abang" dalam mimpi tu aku tak cam pulak perempuan tu sape..kikikiki..bile laki suami aku cakap macam tu je,aku terus melalak,terus pukul cubit suami aku tu..(pernah aku pukul cubit laki aku betul betul...kah kah kah)

Bile aku tersedar,aku terus peluk laki aku...ohhh mimpi jek rupenye,,hihihi

Dan pagi ni aku dok gigih mengoogle tafsir mimpi yang aku mimpi malam tadi..ekeke




SOALAN January 28, 2011 8:48 AM
As salam ustaz...
Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain...dan setiap kali mimpi..ia seperti kejadian yang sebenar..menangis hingga pagi saya bangun dari tidur...airmata serta sedu sedan masih ada..saya sangat takut jika kejadian itu benar berlaku...
JAWAPAN :
Wlksm Nanie3108.
Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama, tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

Sebelum ini memang ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain, dan ta'bir yang saya berikan ialah suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

Dalam kes anda, saya sudah cuba mentafsirkan mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.
Kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.


P/s : Kalau betul dapat keuntungan takpe..aku jugak yang dapat merasa keuntunggan nye..hihihi






SeSi MenGeMas RuMaH



Ramadon ke 14


Malam tadi aku dan suami bergotong royong mengemas rumah mak aku,disertai juga 2 orang anak buah aku,bebudak ni kalau tak disuruh takdenye la nk buat..Aku dok mengemas dapur,suami pulak pasang tikar getah.Kiesha? Kiesha dalam buai mintak mak aku tolong buaikan,mak aku tak berapa nak sihat,sebab tu aku bagi tugasan membuai Kiesha je,,hehe


Sebenarnya aku mengemas dapur,lepas balik kerja,so lepas berbuke aku sambung balik sesi mengemas.Al maklmum lah lepas berbuke dah ade tenaga balik..hehe.Tahun nie mengemas rumah mencabar sikit,sebab sambil mengemas,sambil menghayun Kiesha..die nie kalau boleh tak mau orang lain yang dok menghayun die,malam tadi pun aku suruh mak aku,die dok tengok je muke mak aku,pastu buat memek  muke (nak aku  jugak yang dok menghayun) nasib malam tadi hampir 80% mengemas,Kiesha boleh bangun pulak,lagi-lagi bile tengok aku jalan ke sana ke mari...lagi la die melalak..hehehe


Bila dah siap mengemas pulak,ade lagi satu tugasan nak kene buat..iaitu sesi melipat kain...walaupun keje melipat kain ni nampak mudah,tapi memerlukan kerajinan yang tinggi..wakakaka...kalau takde kerajinan tu,memang malas nk melipat..


Ohya! time aku melipat kain,suami aku yang tolong melayan dia (masa ni dah siap dah pasang tikar getah) Kiesha kalau dengan ayah die,sungguh baik yang amat,takde nak merengek ke,menangis ke..diam je...tapi bile aku baring sebelah die,mule lah die buat hal..merengek la,nangis la...hehe.time aku nak melipat kain pulak,suami aku pulak nak kuar kejap katenye,aku bagitau die,kalau nk kuar tolong tido kan Kiesha dulu,sebab aku nk menyetelkan sesi melipat kain dulu...tapi xdenye die nak buat,sanggup tunggu aku lipat kain dari tidokan anak die..hehe


Tengah rajin melipat kain tetibe dapat 1 sms,dari no yang aku takde save.


"As salam,sis sy nak tanye sis dah msk kan duit ke? klu sis nk msk kn blh sy terus balutkan brg..sb sok sy mmg ada nak poskan brg..just tanye je :)"


Sms dari orang jual baju online rupenye..kawan aku belikan baju raya untuk Kiesha,kawan aku tu  die bank in duit kat akaun aku,(die suruh aku bank in kan sendiri) ptg tadi aku tak sempat nak bank in kan duit.Yela lepas ambik Kiesha,aku sempat menyinggah beli air Cool Blog,kelentang kelentung dah pukul 5 lebih,nak singgah bank macam malas pulak,padahal dah janji dengan orang tu nak bank in lepas aku balik keje..hehe.


Aku mintak izin dengan suami aku nak keluar jap bank in duit...so die pun bagi..aku terus la merempit pegi bank..hehe..lepas tu menyempat gak pegi kedai beli roti untuk aku makan waktu sahur nanti.Aku kalau sahur ni just makan roti jek,nasik-nasik ni tak berapa nak lalu..hehe


ok baiii.... ♥


02 August 2012

SilA uNdi puTeRi sAyA





Salam Ramadon ke 13..tinggal 16hari lagi je nak raya..hehe

Tadi aku bukak facebook,ade kawan aku sorang ni dok uplode gambar anak die kat Page Lollytot ,suruh LIKE gambar anak dia.Aku pun ape lagi turut turun padang uplode gambar si Kiesha..hehe nak menang jugak.tapi bukan senang nak menang ni tau,kene dok pakat-pakat kat orang ramai,suruh LIKE gambar anak kite tu,aku ni bukan la nak menang sangat pun,saje nk mengisi masa yang terbuang..hehe...tp kalau dah rezeki si Kiesha menang alhamdulilah...tp tengok orang dok like gambar Kiesha nan hadoo jek...ramai lagi bayi yang comel-comel ko!!

Cara untuk vote camnih...

Korang kene like page Lollytot dulu

Kemudian baru la LIKE gambar anak aku...hehe

Kepada yang dah like tu,terima kasih daun keladi lain kali like lah lagi..hehe



ni la gambar yang uplode tu...jangan lupe LIKE ye kengkawan ♥

01 August 2012

Teman Pengganti



"Ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita Mati pun bersama"

Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik,juga bila mimpi aku nampak kau,
Tapi bukan aku yang disisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahkta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama,menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama ku pendamkan
Tiba masanya segala-galanyaku ceritakan
Aku kan pergi,pergiku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya,prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas,ditindas,sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas,tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kondeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami,dalami dan mengalami

Setia mendengar,sentiasa hadir
Ingat ulangtahun,setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal,kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70,000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini,ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung,berkurung
Tubuh makin susut,menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas,nak bergerak nak berdiri

Lagu ini yang terakhi aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas,katil dah ku rapi
Cincin,kunci,dompet dalam laci
Ada sikit wang itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sedih kan lirik lagu kat atas Y_______Y,lirik tersebut mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang suaminye akan mati kerana ade penyakit dan menyuruh si isteri berkahwin lain (teman pengganti)

*Bile aku baca balik lirik kat atas,aku tujukan juga untuk suamiku...andai suatu hari aku dah takde kat dunia ini,carilah IBU sebagai pengganti diriku untuk menjaga Kiesha n____n.*

Bukan Blog Masakan yeee



Memandangkan anak dara aku nak masuk bulan ke 6,aku sebagai ibu tak sabar nak bagi Kiesha makan..hehe..gigih ni dok cari makanan yang sesuai untuk bayi 6bulan.Kang tersalah bagi makan kang haru pulak jadinye...so inilah hasil dari En Google,terima kasih En Google sebab menolong aku..hehehe



Puri Buah-buahan

-Puri Epal (Seeloknye cari epal yang besar dan manis,elakkan dari epal hijau)

-Puri Pisang (Cari pisang yang telah masak ranum,supaya lebih senang untuk dilecek)

-Puri Betik (Tak perlu direbus,hanya dilecek sahaja)

Jika telah bosan dengan puri diatas,bolehlah campurkan Pisang+Pear,Epal + Pear

Puri Sayur-sayuran

-Puri Labu 

-Puri kentang

-Puri Lobak

-Puri Brokoli

-Puri Bayam 


[Menu untuk sarapan PAGI]

-Kentang direbus (buang kulit) hingga empuk,kemudian lenyek-lenyekan hingga hancur.

[Menu untuk MAKAN MALAM]

-Bubur + Sayur + Ikan bilis


P/s : aku update entry ni untuk diri sendiri..hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...