Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




14 June 2012

Jangan Lakukan Ini Pada Bayi Anda!!

Buaian Untuk Baby

Buai? kenapa ibu suka pasang buaian untuk baby ? Enjut enjut baby supaya baby tido ? Mungkin mitos orang dedulu kata 'kalau enjut enjut,baby senang tidur'.Cuba kita bayangkan kalau kita tengah tido,ade orang datang kacau,enjut enjut katil kita,lompat lompat atas tilam spring kita..rasa cam nak bagi penyepak bukan..
Baby kalau boleh bagi penerajang,dia dah bangun dan bagi smack down kat sekali rasanya.Jangan sesekali kita buai kan baby!! ,especially kat baby yang baru lahir,merah merah lagi kulitnye.Salur darah dekat baby masih halus,kecil dan mudah rapuh.Dengan buaian,akan buat salur darah mudah pecah,menjadi lebih bahaya,salur darah di bahagian otak pecah.Maka terjadi pendarahan otak (eeeiii!! selisihhh)





Ubat Batuk 

Tiada istilah ubat batuk untuk kanak kanak.Tidak perlu bagi ubat batuk warna hitam dalam simpanan korang,terutama sekali baby kecil yang batuk.Fungsi ubat batuk adalah supaya dapat mencairkan kahak kita dan memudahkan kita membuang kahak sekaligus membuang kuman.Tetapi budak budak mana reti buang kahak kan..so??
Dan paling menyeramkan,ubat batuk mengkhayalkan dan mengantukkan,jika kita khayal tu tak pe,tapi kalau baby kita yang khayal,itu bahaya .Baby khayal atau tidak bernafas sama sekali ,itu susah untuk kita nak bezakan di kemudian hari.

Kesimpulannya perawatan kanak kanak dan orang dewasa amat berlainan.Jangan jadi doktor sendiri di rumah (lain la kalau anda memang ade title doktor).Kalau anak sakit,kurang pasti,sila bawak anak ke klinik berhampiran 


Bancuh Susu

Selepas bancuh susu,acane korang goncang ?
Mostly,kebanyakan para ibu akan gunakan jari telunjuk,tutup puting susu,kocok kocok kocok kocok.Kemudian hulurkan pada baby,lalu baby pun minum susu srrooottt! sroooott!! srooot!! *cedapnye mumi buat cucuuuuuu* kata baby tersebut.
Beberapa jam kemudian,baby tersebut cherry berry a.k.a menceret a.k.a cirit birit...muntah muntah beberapa kali.

Kenapa cirit birit?? Sebab jari telunjuk yang ditutup untuk dibuat kocok kocok tadi ,sebenarnya kotor.Banyak kuman lompat lompat.Lupa ke sebelum tutup puting susu tadi ade yang korek idung..korek muntot??

Jadi apa gunanya penutup botol yang korang cuci dan rendam dalam air panas lama lama untuk buang kuman kalau tak digunakan? Tutup dulu botol susu itu,barulah kita kocok kocok sepuas puasnya ^____________^


Perkembangan Tahun Pertama Bayi

Selamat Petang <mood tengah kemaruk nak update blog> (>.<)

My princess dah nak masuk 4 bulan pada 18 Jun (lagi 4hari).alhamdulilah dah besar anak mama =)

Melangkah ke usia 4 bulan,Kiesha dah pandai mengiring,membebel (ngoceh),buat mimik muka.dan paling terharu,Kiesha dah kenal suara & bau mamanya.Buktinye bila satu hari tu,tengah aku bermain-main ngan Kiesha,abang aku terus dukung Kiesha,memula die tak menangis,tetibe je memek muke berubah (macam nak nangis)aku panggil panggil nama die,terus la Kiesha menangis kuat....aku dukung terus jek dia diam...oh anak mama dah pandai yer

(1 BULAN)

*Membawa tangan ke arah mata dan mulut 

* Menggeleng-gelengkan kepala apabila di baringkan

* Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka

* Bertindak balas terhadap rangsangan dengan menangis,ketawa dan sebagainya

* Memandang ke muka anda 

f
(Princess sebulan)

(2 BULAN)


*Tersenyum 

(pantang diagah pasti Kiesha tersenyum,lagi lagi bila tengok kipas syiling)

*Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk

*Tidur pada kebanyakkan masa 

(Siang Kiesha tak berapa nyenyak,,sejam sejam je masa tidur dia,tapi waktu malam nyenyak sungguh)

*Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut (lembut? ganas je mama tengok =)


(3 BULAN)

*Menutup dan membuka tangan

*Mencapai objek atau permainan

*Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh

*Mula membuat bunyi seolah olah bercakap 

(bising betul mulut Kiesha kalau buat mcm nih)

*Senyum mendengar suara ibu bapa

*Khusyuk memandang muka


(4BULAN)(Now!!!)

*Boleh bermain tanpa perlu ditemani sepanjang masa

(bila mama bukak tv lagi lagi kartun,kusyuk je die tengok)

*Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap"Boo" atau "Baa"

*Suka melihat warna terang

*Tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali


(5 BULAN)

*Kepala lebih tegap apabila duduk dan dirikan

*Mencapai objek

*Mengenali orang dari jauh

*Senyum secara spontan

*Menggolek-golekan badan pada satu arah


(6 BULAN) (Hari Raya Nanti)

*Kawalan tangan dan badan yang lebih baik

*Mengolek-golekan badan pada pelbagai arah

*Mula membuat bunyi seperti "ga","ba","ma"

*Anda dicadangkan mula membacakan buku untuk bayi anda

*Mula makan makanan pelengkap,kisar atau tapis halus

  (7 BULAN)

*Duduk tanpa sokongan

*Memindahkan objek dari tangan ke tangan

*Kenal nama sendiri

*Boleh main "Baaaa...cakk!!"

*Seronok bermain

*Bertindak balas dengan perkataan "TIDAK"


(8 BULAN)

*Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap

*Perkembangan emosi yang ketara,mungkin meniru ibu ayah seperti ketawa/senyum

*Ekplorasi objek dengan menggoncang,menjatuhkan,menghentak dan sebagainya








p/s:from blog AnakBonda Blog :)



















13 June 2012

Awesome Birthday Party!!!

Selamat Petanggg... (>.<)

Bila tengok Mama Adelia & Mama Ammar buat birthday party untuk anak anak dieorang,keterujaan aku untuk menyambut hari lahir Kiesha pula menyerlah (Kiesha baru nak masuk 4bulan,mama die dah berangan nak buat birthday party) over okeh..huehue..takpe takpe setahun sekarang bukan lama mana...pejam celik pejam celik dah setahun,sekarang ni pun pejam celik pejam celik kejap je Kiesha dah 4 Bulan,macam semalam je rasanya aku keluar dari Labor Room.....huehuehuehue..4bulan kini telah berlalu,Kiesha pun telah membesar dengan jayanya..ape taknye kuat menyusu budak nih mengalah kan baby boy..tapi takpelah kuat menyusu means cepat la Kiesha besar,cepat besar cepat la Kiesha dapat adik..huhuiii statement tak menahan (>.<)






Lagi lagi bila tengok decoration kat atas nih...lagi la perasaan ni membuak buak nak sambut besday si nonet..cepat besar ye Kiesha sayang..mama tak sabar nak buat Besday party untuk Kiesha..peace!!!



Psssttt!! mana nak carik deco secute nih kat area BP?

Nasi Lemak Terbaeeekk

Haluuuu u ollssss!! (gaya gedik)

Semenjak dua menjak tiga menjak dah ada anak nie,setiap apa pun mesti anak yang NO.1,setiap kali shopping,mesti ada 2,3 helai baju princess,padahal dah menimbun baju baju dia.Geram hokey tengok baju budak baby yang kiut miut..lagi lagi baju budak baby gugurl...waduh bisa meleleh air liur kalau tak beli..lagi2 princess anak sulong,keterujaan untuk membeli tu lebih la sikit..huehuehue

Dah lari tajuk pulak!!

Malam tadi,aku & ayah Kiesha beli barang barang untuk si nonet nih...barang ape lagi kalau bukan susu,pempes dan lain lain..lepas menyopping,aku & suami mengeteh kat warung nasi lemak depan Tasik Merdeka .Memang port kami berdua suka mengeteh nasi lemak kat situ,ingat kat Kampung Baru jek ade Nasi Lemak,kat Batu Pahat pun hado..lagi enak berkrim disukai ramai..huehuehue...takde menu lain selain NASI LEMAK AYAM + SUP TAUHU yang kiteorang laki bini hoder..memang tu jela menu kami...memang terbaeekk dari ladang..

Malam tadi lupe pulak nak ambik gambar Nasi Lemak Ayam Berempah & Sup Tauhu tu,sedap sangat sampai lupe nak bergambar..huhu..kalau korang nak try rasa nasi lemak kat situ,singgah la warung yang betul betul berhadapan dengan Taman Tema Wet World @ Tasek Merdeka..

   Credit picture from Google (>.<)

 



08 June 2012

Cool Blog Yang Memang Cool!!

Salam Sejahtera & Salam Petang Jumaat (>.<)


Aku memang 'hantu' minum air cool blog.Dulu kalau nak minum/beli mesti kena pegi town Batu Pahat ,jauh oke...ingat lagi sewaktu mengandungkan princess,sanggup tu ke town Batu Pahat,semata-mata nak beli Cool Blog.. *kang kalau tak sanggup nak pegi,takut bebi kuar nanti 'ngences' huhu..*  .Pantang nampak Cool Blog pasti beli,walhal perut tengah kenyang giler babi 


Sekarang tidak perlu lagi ke Batu Pahat untuk membeli minuman tersebut,sebab dah dekat sangat dengan area rumah aku,cawangan Cool Blog nie dibuka,iaitu di Taman Sentang Batu,Parit Sulong,bersebelahan dengan Pasaraya Sakan.



>> Nie masa hari kedua dibuka,orang berpusu-pusu nak beli>>
Pic kurang memuaskan sebab dalam kereta,hp pun cap ayam..huhu




S
ekarang,dalam seminggu ade la 2,3 kali aku rajin beli..sebab sebelah je dengan kampung babysitter my princess..hehe




07 June 2012

Jangkitan Kulat Air

              Assalamualaikum & Salam Jumaat semua =D


Semalam petang,tengah dok kuis-kuis kuku kat tangan nie tetibe kat jari tangan aku macam ade sesuatu pulak..(jari hantu & ibu jari)ade mcm benda timbul timbul.Sekali tengok rupenye Kulat Air (tak pasti) tapi aku rasa memang kulat air pun..Sebelum ni memang aku perasan yang kulat tu ade kat jari hantu,tapi cuma ada satu.Tapi bile aku tengok semalam,bertambah jadi 4 bintik pulak..(aku rasa benda ni hidup & berjangkit)pulak tu kelilingnye ade macam baru nak tumbuh pulak.




>>Pic Kiri Jari Hantu,Pic Kanan Ibu Jari>>

Risau dengan situasi tersebut,aku cepat cepat ambil surat ke klinik (under company,so tak payah bayar kos perubatan..huhu)


Malamnya lepas magrib,aku terus ke Klinik Tawakal(bukan doktor Ahmadol la pulak,doktor ganti).Selepas aku beritahu masalah yang melanda,doktor mengesahkan benda tu ialah kulat.Ia tumbuh macam cendawan dan bende tu sebenarnya hidup,sebab tu ia merebak menjadi banyak.So,doktor cuma bagi aku ubat untuk makan & ubat sapu...


>>Doc bagi ubat Antibiotik,Alahan,Gatal/Alahan & ubat sapu>>


Harap penyakit ni akan sembuh..takut juga kalau berjangkit kat princess T_____T


SELAMAT HARI BAPA 2012

Tahukan anda bahawa 17 Jun nie merupakan Hari Bapa sedunia ? Tak kisah kalau korang panggil  AYAH,PAPA,DADDY,ABAH,WALID atau dengan panggilan yang lain terhadap orang yang telah memelihara kita dari kecik hingga dah menjadi mak/bapak .

Ketika sedang aku menaip blog nie,hati aku merasa sedikit sebak,bila memikirkan tentang abah yang aku sayangi telah tiada di alam fana ini.Tiada ucapan SELAMAT HARI BAPA untuk abah,tiada kucupan mesra di pipi abah Y_________Y.Abah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya ketika itu aku baru di darjah 3 (9tahun).Seusia muda begitu aku telah kehilangan seorang ketua keluarga,mak pernah bagitahu,aku amat akrab sekali dengan abah..sehinggakan pabila pulang dari sekolah,abah akan melayan permintaan ku untuk membeli barang permainan (walaupun abah tiada duit waktu tu) bila aku pikir-pikir balik,kesian abah..maafkan aku abah !


Kepada korang yang masih mempunyai bapa,hargailah bapa anda,jagalah ia sebaik mungkin.Agak hiba rasanya sebab abah tak pernah merasa duit gaji aku,tak tengok aku mendirikan rumahtangga apatah lagi melihat aku berkeluarga Y__________________Y

Al Fatihah buat abahku BERAHIM BIN JANI,semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong bersama-sama orang yang beriman. (1993-2012)


*Pic diatas bukan abah bersama aku,tapi bersama cucunya a.ka. anak sedara aku Alice Sk8fun *

                                                                                    


                                                         >>>MOOD BERTUKAR>>>

Pada Hari Bapa tahun nie juga,merupakan tahun pertama suamiku menyambut Hari Bapa,kami sangat teruje.Aku bercita cita untuk memberikan suamiku hadiah Hari Bapa,tapi tak tau nak bagi hadiah ape.Adakah nak bagi 2nd baby kepada nya,bagi spender crocodile,nak bagi boxer ? atau nak bagi ehem-ehem sahaja..huhu..segalanya masih berlegar-legar di ruangan kepala hotak aku.Nak bagi minyak wangi,bile masa pulak die nak pakai...selama aku kawen tak pernah nampak die pakai minyak wangi..haha..

             ::Nie la encik suami aku..hemcem tak ?::

"Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya abang telah pun bergelar seorang ayah kepada puteri kita.Semoga ayah menjadi ayah yang soleh,bertanggungjawab,terbaik & ayah yang penyayang..Mama selalu berdoa semoga ayah dimurah kan rezeki,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dijauhkan dari segala bala bencana serta berjaya dengan perniagaan ayah.Mama dan adik sentiasa ada disisi ayah sewaktu susah & senang ayah.Terima kasih sebab berikan kasih sayang yang cukup buat kami,berikan kami makan pakai yang cukup,terima kasih sayang...we love you forever!!" <3 <3
























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...