Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




07 June 2012

SELAMAT HARI BAPA 2012

Tahukan anda bahawa 17 Jun nie merupakan Hari Bapa sedunia ? Tak kisah kalau korang panggil  AYAH,PAPA,DADDY,ABAH,WALID atau dengan panggilan yang lain terhadap orang yang telah memelihara kita dari kecik hingga dah menjadi mak/bapak .

Ketika sedang aku menaip blog nie,hati aku merasa sedikit sebak,bila memikirkan tentang abah yang aku sayangi telah tiada di alam fana ini.Tiada ucapan SELAMAT HARI BAPA untuk abah,tiada kucupan mesra di pipi abah Y_________Y.Abah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya ketika itu aku baru di darjah 3 (9tahun).Seusia muda begitu aku telah kehilangan seorang ketua keluarga,mak pernah bagitahu,aku amat akrab sekali dengan abah..sehinggakan pabila pulang dari sekolah,abah akan melayan permintaan ku untuk membeli barang permainan (walaupun abah tiada duit waktu tu) bila aku pikir-pikir balik,kesian abah..maafkan aku abah !


Kepada korang yang masih mempunyai bapa,hargailah bapa anda,jagalah ia sebaik mungkin.Agak hiba rasanya sebab abah tak pernah merasa duit gaji aku,tak tengok aku mendirikan rumahtangga apatah lagi melihat aku berkeluarga Y__________________Y

Al Fatihah buat abahku BERAHIM BIN JANI,semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong bersama-sama orang yang beriman. (1993-2012)


*Pic diatas bukan abah bersama aku,tapi bersama cucunya a.ka. anak sedara aku Alice Sk8fun *

                                                                                    


                                                         >>>MOOD BERTUKAR>>>

Pada Hari Bapa tahun nie juga,merupakan tahun pertama suamiku menyambut Hari Bapa,kami sangat teruje.Aku bercita cita untuk memberikan suamiku hadiah Hari Bapa,tapi tak tau nak bagi hadiah ape.Adakah nak bagi 2nd baby kepada nya,bagi spender crocodile,nak bagi boxer ? atau nak bagi ehem-ehem sahaja..huhu..segalanya masih berlegar-legar di ruangan kepala hotak aku.Nak bagi minyak wangi,bile masa pulak die nak pakai...selama aku kawen tak pernah nampak die pakai minyak wangi..haha..

             ::Nie la encik suami aku..hemcem tak ?::

"Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya abang telah pun bergelar seorang ayah kepada puteri kita.Semoga ayah menjadi ayah yang soleh,bertanggungjawab,terbaik & ayah yang penyayang..Mama selalu berdoa semoga ayah dimurah kan rezeki,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dijauhkan dari segala bala bencana serta berjaya dengan perniagaan ayah.Mama dan adik sentiasa ada disisi ayah sewaktu susah & senang ayah.Terima kasih sebab berikan kasih sayang yang cukup buat kami,berikan kami makan pakai yang cukup,terima kasih sayang...we love you forever!!" <3 <3
























31 May 2012

Perancangan Keluarga

Perancangan keluarga PERLU bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai.Perancangan keluarga PERLU untuk menjarakkan anak,supaya ibu dapat pulih sepenuhnya .Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin,luka dapat pulih dengan lebih sempurna.Ia juga dapat menggalakan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan kasih sayang antara  ibu dan anak.Kebanyakkan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga.Berikut merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.

IMPLAN (IMPLANON)

Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang .Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang  di bawah kulit pada lengan anda.(oh kat lengan,mati2 ingat pasang kat tutttt..huhu) Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama  3 tahun.Implan mengandungi hormon progestron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur.Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks.Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.


Bagaimana implan dipasang?

Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara ,pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan.Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan.Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam.Anda boleh membuka balutan selepas 24jam.Kebiasaanya implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.

Kesan Sampingan Implan

Antaranya ialah jerawat,pening kepala,pertambahan berat badan,sengal payudara.Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur perubahan emosi,perubahan nafsu seks,sakit perut dan senggugut.Implan akan mempengaruhi kitaran haid tidak menentu atau tiada haid..(aik? takde haid? acane tuh???)

Pengeluaran Implan

Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat.Selepas implan dikeluarkan,luka akan dibalut.Sekiranya anda ingin hamil semula,implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas 1 bulan.Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.Implan juga tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.

IUCD Multiload Cu250 /Cu375

IUCD atau 'intrauterine contraceptive device' ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan.Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.Waktu paling optims untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid.Ia juga boleh dimasukkan selepas kegugura anda atau bersalin.

Kelebihan IUCD

* Efektif,kesuburan boleh dikembalikan serta merta selepas IUCD dikeluarkan,sesuai untuk jangkamasa yang panjang.

*Tidak menggangu penyusuan bayi

*Sesuai jika ada penyakit darah tinggi

*Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan,sakit kepala.

Prosedur Memasukkan IUCD

Sebelum IUCD dimasukkan,doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim.Doktor akan memasukkan spekulum utuk melihat servik (macam ngeri jek kaedah yang nih!).Servik dan vagina akan dicucui dengan antiseptik.Doktor akan mengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD.Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan.Selepas IUCD dimasukkan,doktor akan memotong benang 2-3cm  daripada servik.Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan.Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda MESTI berjumpa dengan doktor jika :

* Haid lambat 2 minggu atau tiada haid

*Tidak dapat merasa benang /dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj

*Pendarahan yang banyak / pendarahan selepas melakukan hubungan seks

*Senggugut /sakit sewaktu melakukan hubungan seks

*Sakit ari ari,sakit di hujung bahu,demam melebihi 38 darjah Celsius,pening,pengsan,lelehan faraj yang tidak normal.

*Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)*

Prosedur Mengeluarkan IUCD

Untuk mengeluarkan IUCD,anda mesti berjumpa dengan doktor.Prosedurnya seperti memasukkan IUCD.Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj,anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.Apabila menggunakan IUCD,risiko untuk mengandung masih ada.Jika anda disahkan mengandung,IUCD akan dikeluarkan dan boleh menyebabkan  keguguran.Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD,anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.Walaupun IUCD mamou mencegah kehamilan di dalam rahim,ia tidak dapat mencegh kehamilan di luar rahim.


IUCD MIRENA

IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250/Cu375.Tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan,IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.

Pil Perancang Noriday

Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.


Bagaimana Kehamilan Dicegah?

Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya.Ia juga menukar dinding rahin supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.

Cara Pengambilan Pil Noriday

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek.Ambil pada masa yang sama pada setiap hari.Pada permulaan mengambil pil Noriday,pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.Selepas habis pek pertama,anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti,tidak kira jika ada haid atau tidak.

Haid Tidak Teratur

Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday.Kebiasaanya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja.Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti dari memakan pil tersebut.Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.ANda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang sama setiap hari.Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.Muntah dan cirit birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam peut.Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik,ubat sawan,ubat tidur dan ubat arthritis.Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning,gatal atau kuning ketika mengandung,pendarahan vagina tidak normal,penyakit hati,penyakit darah beku (angin ahmar,serangan jantung,paru-paru).Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.

Amaran!!!
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor anda jika :

* Sakit dada,batuk berdarah dan sesak nafas

* Sakit dan bengkak urat kaki

*Sakit dada yang melampau

*Sakit kepala,muntah,pening,pengsan,masalah penglihatan atau pertuturan,lemah tangan atau kaki.

*Ketulan pada buah dada

*Sakit pada bahagian perut

Jika anda ingin megandung semula,berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda.Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan,ia merupakan ubat  preskripsi oleh doktor sahaja.Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah,payudara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (pap smear) setiap tahun.

Suntikan Depo

Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo.Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja.Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya.Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.Sebelum diberi suntikan,anda akan diperiksa terlebih dahulu,termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara.Selepas memastikan anda tidak hamil,suntikan akan diberi pada bahagian punggung.

Kekerapan Suntikan

Suntikan pertama akan diberikan pada hari pertama ke hari kelima haid.Selepas itu,anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan .Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid.Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan,sakit kepala dan mual.Anda tidak boleh  menggunakan suntikan depo sekiranya ada penyakit seperti di bawah:

* Darah Tinggi

*Penyakit Hati

*Herpes sewaktu hamil

*Sakit Kuning

*Gatal sewaktu hamil

*Angin Ahmar

*Sakit Jantung

*Suntikan depo tidak akan menggangu penyusuan bayi*

Pil Perancang Kombinasi

Ini merupakan cara yang efektif dan reversible,boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur.Namun pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut,pendarahan,sakit kepala,gangguan emosi.Contoh pil kombinasi ialah Mercilon,Marvelon,Loette,Lindynette,Meliane,Microgynon 30,Novynette,Oralcon,rigevidon,trinordiol,yasmin.

Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya :

*Merokok

*Penyakit Kencing Manis

*Penyakit Darah Tinggi

*Pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya

*Penyakit hati

*Migrane

*Pernah mengalami darah beku dalam salur darah

*Pernah mengalami kansr payudara

*Mengambil sesetengah antibiotik,antifugal,ubat sawan,charcoal,ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut.

Sekiranya anda menggunakan pil perancang,dapatkanlah nasihat daripada doktor anda.PAstikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda.Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor.Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.


Cara-cara lain yang tidak kekal:

*Kondom lelaki/wanita

*Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma

*Vaginal Ring mengandungi hormon

*Patch mengandungi hormon perlu ditukar setiap minggu

Cara-cara lain yang kekal :

*Bilateral tubal ligation iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong.

*Vasectomy bagi kaum lelaki

Perbezaan Harga

Kondom :RM 1-2 X 12 =RM12-RM24 sebulan
Pil Perancang :RM10-RM60 sebulan bergantung pada jenis pil
Suntikan Depo :RM45 setiap 3 bulan iaitu RM15 sebulan
IUCD Cu250:RM130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu RM3.60 sebulan
(IUCD Mirena lebih mahal)
Implanon :RM510 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu RM14 sebulan.

#Harga hanya anggaran sahaja,bergantung pada ketetapan klinik masing-masing#



Sharing is Caring =)


*JADILAH IBUBAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB & RANCANGLAH KELUARGA ANDA MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA.JADIKANLAH SETIAP ANAK YANG DIINGINI*




























30 May 2012

Baju Raya Kiesha Zahra

Ramadan bakal menjelma lagi,insyallah 21 Julai seluruh umat islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan dan bulan untuk mengumpul lebih banyak pahala. =) puasa ganti tak lagi,tahun lepas tak dapat berpuasa penuh,sebab Kiesha dalam perut dan aku tak larat nak puasa penuh,hanya mampu bertahan sampai tengahari sahaja :p


Raya tahun nie,aku memang takde nak beli kain bahan + hantar baju kat tailor,sebab pada aku beli baju ready made lagi senang,sama je kot dengan beli kain bahan..kadang pikir balik kain bahan je dah rm80++ campur lagi dengan upah tukang jahit,lain la kalau korang memang reti menjahit,senang sikit,kalu macam aku,masuk benang dalam jarum pun fail,lagi pulak nak menjahit...memang TAK la jawapye..huhu

Perancangan awal ingat nak tema Royal Blue..tapi bile tengok warna HITAM + MERAH macam cantik la pulak,lagipun haritu tengah rajin dok menengok FB orang yang menjual kain melalui online,tetibe nampak kain bahan yang sangat la comelnye..corak Lady Bird(Aku memang suke corak Lady Bird nie) tapi kain bahan tu bukan untuk aku,tapi untuk my princess...gile ke hape corak baju raya aku corak Lady Bird,baik pilih corak Angry Bird jek..huhuhu...meh tengok meh..



nie la baju raya anakku ;)


nie pulak kaler Royal Blue 

sweet kan,aku belum beli pun baju raya,tapi si kecik tu aku dah belikan awal awal
beli kat online lagi..untung budak budak zaman sekarang,segalanya hanya di hujung jari sahaja..huhu

so,sesiapa yang berminat nak dapatkan baju raya yang comel comel nie,boleh la add friend kat
Lill.mis.t atau blog beliau di Handmade Baju Kurung.




29 May 2012

My Princess dah 3 Bulan

18 Mei yang lalu,genap usia Kiesha Zahra 3bulan...pejam celik dah besar dah puteri mama nih! Bila dah 3 bulan,Kiesha kenalah dapatkan suntikan imunisasi kat klinik.Masa Kiesha umur sebulan,aku dah deal dengan nurse nurse kat situ yang Kiesha akan dapatkan suntikan imunisasi di Klinik Desa Parit Gantung sahaja.Sebab masa aku check pregnant dulu pun,aku ke Klinik Desa Parit Gantung je,sebab kalau ke Klinik Kesihatan Parit Sulong ,tersangatlah ramai umat manusia di situ,berjam jam lamanya kalau menunggu..tak sanggup haku nak menunggu,lepas tu terkocoh kocoh pulak nak pergi kerja..lain lah kalau aku surirumah tangga sepenuh masa..

Harap harap anak mama tak akan demam bila terima suntikan yang kali ketiga nih..risau juga kalau kalau Kiesha demam..harap anak mama kuat yea sayang,sekuat kasih sayang mama kat Kiesha =)


Buah hati mama & ayah...we love uuuuuuuu!!!!


Perkembangan Bayi 3 Bulan

Menegakkan Kepala Dengan Stabil


*Usaha bayi anda memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!!!*

Pola Tidur Lebih Tidur Lebih Terkawal

Jelas Mengenali Ibu & Ayah

Sentuhan Menjadi Lebih Sensitif

Mula Berinteraksi Dengan Orang Lain


^__________________________^


*terharu sangat bila tengok Kiesha gelak besar bila diagah *_* 

25 May 2012

1st Time sambut Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu telah lama berlalu,aku tetap nak update blog pasal Hari Ibu ^_^



 Tahun nie aku tersangat lah teruja sebab buat kali pertamanya aku menyambut Hari Ibu...
bangga siot,sebab dah jadi ibu :) thanks to my sis younger sister in law & my biras sebab belanja kek SR,KFC,Bubur Ayam ,Sate,Tomyam dll...*seronot upenye sambut hari ibu neh* ikut plan asal nak kuar makan reramai kat luar *nak makan steamboat kat Sri Gading*.Memandangkan kami mempunyai anak yang masih baby lagi,terpaksa lah rancangan tersebut di cancelkan.Lagipun makan kat rumah lagi best dan meriah ok,boleh buat kecah+kecoh,nak tunggang terbalik pun takde sapa kesah..uhuk3...nak3 famili kami memang happening!!

Keesokkan harinye,ayah Kiesha (suami aku lah) ajak kami anak beranak pegi jenjalan...tq ayah bawak kami jenjalan,walaupun hanya ke Mahkota Parade,tapi kami injoy (bak kata Stacy)   
Aku memilih untuk ke Mahkota Parade adalah kerana,kesian kat my princess tuh,kena la cari tempat yang beraircond..tak gitu?..


::mama & princess jadi perhatian haritu,sebab kami memakai baju corak yang sama :)::


::Kiesha senang bila dibawak berjalan,senyap jek dia tak banyak kerenah::




Ada satu cerita agak lucu aku nak kongsi kan kat sini,masa ayah Kiesha masuk dalam kedai jual baju dan kasut sukan,aku ngan Kiesha pun masuk juga,tengah duduk2 kat dalam kedai tu,tetiba datang 2 orang anak mat salleh (tapi muka dieorg tak nampak mat salleh,maybe kawen campur kot parents dieorang*sambil pegang2 Kiesha dan speaking london....memula mati mati aku ingat anak orang melayu/cina,aku gasak la cakap melayu,tapi dieorang nie tak layan ape yang aku cakap....ni antara perbualan aku dengan budak mat salleh tu


Budak Mat Salleh(BMS):Whoaaa!! this baby very cute!! (Sambil cakap dengan adik dia)


Aku :senyum jek(walaupun paham,tp diam je,kang takut die speaking lelebih ngan aku)


BMS:what babies name?


Aku : Nur Kiesha Zahra (jawap ringkas jek!)


BMS:wow! nice name,see the shoes very nice (ckp ngan adik dia)


Aku:senyum lagikkk....tapi mata dok meliar carik ayah Kiesha...dalam hati ckp (manalah ayah Kiesha neh,kang lagi lama kat sini,lagi panjang speaking london budak neh kat aku)


Beberapa minit kemudian,baru lah ayah Kiesha menampakkan batang..............idungnye...:)
Lepas kuar dari kedai tu,baru aku ceritakan apa yg terjadi..ayah Kiesha gelakkan aku jek...*eleh nak gelakkan org konon,mcm la dia pandai sangat speaking london* :) setelah penat berjalan-jalan,kami pun beransur pulang,lagipun kami bawak anak kecik,orang tua tua pesan jangan pulang lewat kalau bawak anak kecil..




::tido dalam kepenatan..sian anak mama penat::







p/s:sampai sekarang ayah kiesha tak bagi bagi lagi adiah Hari Ibu,janji nak belikan...dah janji haruslah ditepati kan :(






24 May 2012

Majlis Kenduri Aqiqah Beramai-ramai :)

Kawan kawan yang dikasihi lagi disayangi, harap kalian sudi datang ke majlis kenduri aqiqah Puteriku Nur Kiesha Zahra bersama sama sepupu sepapatnya...semoga dengan kehadiran kalian,dapat memeriah lagi majlis ini..kepada yang tidak dapat hadir pada waktu siang,jangan risau..majlis ini diadakan sampai sebelah malam 5.00ptg-10.00malam :)


thanks to Mama Ammar coz sudi design kan kad secomel ini...luv u very much lah!

22 April 2012

Pengalaman Bersalin ^__________^ (Part 1)

Fuhh!! lama betul tak update blog...tau² dah lain blog ni,naik fening pulak aku tengok..huhuhu.takpe² aku cube perlahan lahan...Disebabkan dah lama sangat tak update,banyak sangat cerita yang nak aku kongsikan disini sharing is caring right!!...sudah tentu la aku nak ceritakan pengalaman aku bersalinkan...ok ceritanya begini.......




11 Februari 2012 (Sabtu)


Sewaktu aku bangun pagi nak kencing, ada warna kecoklat-coklatan di panty linerku..dalam hati aku berkata 'Nie mesti effect aku ehem² malam tadi kot...takde pape lah gaknye...lagipun due aku lambat lagi.-------> due date 21 Feb<-------- so,aku buat endah tak endah je...dalam endah tak endah tu jugak,perasaan tak sedap hati untuk tau ape kebenda warne coklatan tu,aku ke dapur bertanya kan mak & kakaku..Mak dan kakakku terkejut yang menyangka aku akan beranak  pada bila-bila masa sahaja.Aku terus telepon akak iparku pula...dia tanya sama ada perut aku sakit atau tak.Aku jawap perut aku tak sakit punn,dan dia menyuruh aku tunggu dulu sebelum aku bertindak untuk ke hospital.Menurut akak iparku..kalau ada tanda tapi tak sakit,nanti doktor akan seluk dan seluk dan seluk...selagi takde 'jalan' doktor akan suruh balik.Jadi,aku menurut saja katanya (tunggu sakit) baru ke hospital.Tunggu punya tunggu sampai ke malam,tak jugak sakit perut aku nih..tanda pun dah xde lagi..jadi kesimpulannye sekarang baby tak jadik nak keluar kot..hihihi.Waktu nie mak dah kelam kabut je,takut aku dah nak terberanak...maklumlah laki aku keje..kat umah takde orang laki..




16 Februari 2012 (Khamis)


Pergerakan baby semakin kurang..(orang cakap tengah tunggu hari memang la pergerakan kurang,sebab baby semakin membesarkan,so xde ruang untuk dia dah)
Pagi tu aku tak sedap hati,sebab baby gerak kurang sangat...biasanya waktu pagi la dia aktif..aku tunggu sampai kepetang...pun sama jugak..aku tak rasa gerakan baby...dan perut aku rasa mengeras je..aku dah cuak waktu nih...Aku terus mengajak suamiku ke klinik berdekatan (nak terus pegi hospital takut belum nak beranak je...nanti aku jugak yang malu..huhu) Aku memilih untuk ke Klinik Tawakal,sesampai je klinik tu,aku ceritakan masalah aku pada staff kat situ..staff kat situ menyuruh aku segera ke Klinik Kerajaan..tanpa banyak soal,aku dan suami terus ke Klinik Kerajaan (untungla duduk kat pekan nih.semuanya dekat ^____^..) Sesampai di KK,perut aku terus diperiksa dengan menggunakan mesin untuk memeriksa denyutan jantung baby..nurse cakap,denyutan jantung anak aku cantik..takde ape yang nak dirisaukan..Alhamdulilah!!!


17 Februari 2012 (Jumaat)


Sewaktu sedang enak menikmati jemput-jemput ikan bilis yang mak buat,sambil menonton Gelanggang RajaLawak Musim 6 (1st episod tak silap) perut aku rasa semacam,mengeras setiap beberapa minit..aku tanya kat mak..mak dah mula risau,mak cakap 'Mak dah lama tak beranak.lupa pulak tanda-tanda nak beranak mcm mana' isk mak nie...aku sakit2 nie boleh buat lawak pulak!!.Kemudian akakku memegang perutku..dia kata 'eh kau nie dah nak bersalin ni,aku dulu macam nie la mengeras setiap berapa minit' tanpa melengahkan masa lagi,aku terus call suamiku (ketika itu dia keluar ngeteh).Dengan sepantas kilat,suami ku pulang ke rumah mak aku (sejak aku dah cukup bulan,aku dah stay terus umah mak aku)
Suamiku mula memasukkan barang² yang perlu dibawa untuk hospital,mujurlah aku awal² dah siap mengemas barang² tersebut,kalau tak dah tentu kelam kabut..


Sesampai sahaja aku di hospital,aku dan suami terus saja ke Labor Room,setelah mendaftar nama (waktu tu suami ku tunggu kat luar je),aku terus disuruh kencing dan setelah itu,doktor mula memeriksa 'jalan' (doktor lelaki berbangsa cina) waktu tu perasaan malu pada diriku sudah tiada lagi...redho dengan apa yang doktor akan lakukan..huhu..
Kemudian doktor berkata,'jalan' ku baru 1cm..dan memandangkan aku mengandung anak sulong,mungkin memakan waktu yang lama untuk bersalin..dalam hati 'ouh! aku tak bersalin malam ni' (lega)..hehe..


Dalam perjalanan pulang ke rumah,kami sempat singgah makan ikan bakar di Simpang Lima..waktu tu contraction tak berapa kuat sangat...(mungkin baby nak bagi mama dia makan dulu kot..hihi..sempat jugak la aku makan nasi putih,ikan pari bakar dan air Lai Chee Kang suam)Usai sahaja makan,kami pulang ke rumah (rumah mak aku,mak mentua kepada suamiku..hehe)Sampai di rumah jam menunjukkan pukul 1pagi..suamiku terus ke kamar tidur,mengantuk sangat agaknya..manakala aku pula tak dapat tidur akibat contraction yang mula kerap sakit...seperti ingin m'buang air besar,tapi bila dah masuk bilik 'kecik' tak pula nak membuang..aku ke bilik mak untuk bertanya kan pada mak apa yang aku rasa...aku menyuruh mak menyapu minyak Dakam (mak cakap orang nak bersalin kok sapu minyak Dakam..huhu).Kemudian aku ke bilik air untuk membuang air kecil,ketika itu ada lendir bercampur darah...aku terus bergegas mengejutkan suamiku yang sedang lena tidur untuk ke hospital semula (tak sampai 1jam kat rumah,dah nak ke hospital balik..nasib hospital dekat je)Sewaktu dalam perjalanan ke hospital,aku tak henti-henti membaca 'La ila ha ila anta subahanaka inni kuntum minaz zoliminnn" dan meminta maaf kepada suamiku..huhu...











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...