Ramadan bakal menjelma lagi,insyallah 21 Julai seluruh umat islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan dan bulan untuk mengumpul lebih banyak pahala. =) puasa ganti tak lagi,tahun lepas tak dapat berpuasa penuh,sebab Kiesha dalam perut dan aku tak larat nak puasa penuh,hanya mampu bertahan sampai tengahari sahaja :p
Raya tahun nie,aku memang takde nak beli kain bahan + hantar baju kat tailor,sebab pada aku beli baju ready made lagi senang,sama je kot dengan beli kain bahan..kadang pikir balik kain bahan je dah rm80++ campur lagi dengan upah tukang jahit,lain la kalau korang memang reti menjahit,senang sikit,kalu macam aku,masuk benang dalam jarum pun fail,lagi pulak nak menjahit...memang TAK la jawapye..huhu
Perancangan awal ingat nak tema Royal Blue..tapi bile tengok warna HITAM + MERAH macam cantik la pulak,lagipun haritu tengah rajin dok menengok FB orang yang menjual kain melalui online,tetibe nampak kain bahan yang sangat la comelnye..corak Lady Bird(Aku memang suke corak Lady Bird nie) tapi kain bahan tu bukan untuk aku,tapi untuk my princess...gile ke hape corak baju raya aku corak Lady Bird,baik pilih corak Angry Bird jek..huhuhu...meh tengok meh..
nie la baju raya anakku ;)
nie pulak kaler Royal Blue
sweet kan,aku belum beli pun baju raya,tapi si kecik tu aku dah belikan awal awalbeli kat online lagi..untung budak budak zaman sekarang,segalanya hanya di hujung jari sahaja..huhu
so,sesiapa yang berminat nak dapatkan baju raya yang comel comel nie,boleh la add friend kat
Lill.mis.t atau blog beliau di Handmade Baju Kurung.
Lill.mis.t atau blog beliau di Handmade Baju Kurung.
No comments:
Post a Comment