Eh! eh!..jangan terSENTAP baca tajuk kat atas tu okeh...bukan aku yang mengidam...sebenarnya kakak kesayangan aku yang preggy...(Diana) masuk anak ketiga uollss,yakni anak sedara yang ke DUA PULUH LIMA....yeay!! dapat anak sedara lagi!!!...ini bermakna bertambah lagi ahli dalam keluarga Mak Gayah (mak aku la tuh!).Anak sedara yang sedia ada pun dah buat aku pening kepala...huhu....bayangkanlah kalau baru separuh je ahli keluarga aku berkumpul,rumah mak aku dah macam kapal karam. Bebudak nie kalau dimarah,memang tak makan saman...kebiasaanye memang muka aku la yang akan jadi tarzan :)
Eh? melalut sudaaa....semalam akak aku suruh aku buat kan Bubur Telur Katak mengidam kannnn...Erk?? bukan telur katak yang berudu tu tau...telur katak tu atau nama sainstifiknye Sagu Rendang.Sebagai adik yang baik dan rajin,aku pun buatkanlah bubur tu...sebelum dia suruh aku buat,aku dah terlebih dulu rasa macam teringin nak buat...tapi takdir dan waktu yang tidak mengizinkan terpaksa la aku batalkan niat untuk membuatnya....Selepas aku balik kerja terus je aku ke rumah mak aku...nasib segala barang-barang yang diperlukan dah ada,tinggal buat jela....
::nie bubur dari hasil pakcik Google:: ****************************************************************** |
Bahan-Bahan Membuat Bubur Sagu Rendang
- Sagu rendang..kat kedai banyak pilihan warna dan size...aku selalu guna sagu rendang yang kecik-kecik dan berwarna putih/pink/hijau.tak pernah nampak lagi sagu rendang berwarna lain :)
- 2 tin susu cair...boleh jugak kalau nak guna santan...tapi aku lebih suka guna susu..sebab santan banyak KOLESTROL
- Air...lebih elok gune air Filter Dr.Sukida...hehe
(3.5 cawan air = 1 cawan Sagu Rendang)
- Gula Merah/Gula Melaka (bukan gula-gula ye kawan-kawan)
- Gula Pasir
- Sedikit Garam
- Pewarna yang dibenarkan (kalau takde pun takpe)
Cara Membuatnya
Rebus air hingga mendidih...kemudian masukan Sagu Rendang sedikit demi sedikit (setiap kali Sagu Rendang dimasukan,hendaklah di kacau,supaya tidak berketul).Ulang sehingga Sagu Rendang anda habis..Kemudian bubuh sedikit gula dan garam...Jika Sagu Rendang yang anda gunakan berwarna pink sila letak sedikit sirap untuk warna yang lebih cantik.Kacau sehingga sebati dan Sagu Rendang anda masak.Asingkan susu cair dan air gula merah dibekas yang berlainan...Selamat mencuba!!! :D
P/s: Lebih sedap jika ditambah dengan air batu :)
No comments:
Post a Comment