Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




29 April 2011

Gile Pengotor!!

Hari tu aku kawan aku dari Simpang Renggam call aku,nama nya Sofea,dia bagitau yang dia ada kat kampung mak mentua dia.Sebenarnya Sofea nie menantu kepada toke Kedai Kain Idris yang terkenal di kawasan Parit Sulong.Sofea nie kalau dia balik rumah mentua dia,WAJIB dia ajak aku keluar makan,sebab dia memang takde kawan lain selain aku.(kat Pt Sulong la)

Aku memang pantang dengar kalau bab-bab makan nie,tak lapar pun jadi lapar ...lagi-lagi makan FREE!! beb :) .Lepas aku balik kerja,berdezup aku pergi ambik si Sofea nie..makan free kannnnnnnn...harussssslah berdezuppp!!!.Si Sofea teringin nak makan kek kat Patmah Cookies tapi nasib ko la Sofea,kedai tu tutup pulak...dah takde rezeki ko nak makan kek kat situ...siann ko...Last-last kiteorang TAWAF satu Pt Sulong...nak cari kedai makan yang ade makanan yang ringan-ringan je..tak mau la nasik-nasik nie...diet kononnnnnnn...

Pastu aku terpandang orang tengah kisar air batu...aku bagitau Sofea "ok tak kalau pekene ABC petang-petang nih..cuaca pun panas...sedap gak pekena ABC" Sofea jawap "Aku tak kesah memana pun" bagus jugak dapat kawan yang tak kisah nak bawak makan kat memana nie...senang keje aku :).Kiteorang minum ABC + roti bako (2set) ...kite bakor! kite bakor! kite bakor!

Tengah dok selera menyantap...tetibe aku ternampak pakcik yang buat ABC kiteorang tu,sedang mendukung anaknya ke singki untuk membersihkan anak nye yang baru berhadas kecil...uweeekkkkkk!!!..series memang aku nak muntah hijau...aku tengok si Sofea nie sedap je die mencekik...yela,aku pon tak bagitau die..hihi....lepas tu pulak,aku nampak dan dengar perbualan antara pakcik tue dengan wife die.

Si isteri : "Boleh ke bang macam nie? (sambil menunjukkan air paip yang siap dibungkus untuk dijadikan air batu,yang berwarna kekuning-kuningan...eeiii!!)


Si Suami : Hanya menganggukkan kepala,tanpa memberi sepatah dua kata..

(Si Isteri  terus menyimpan bungkusan air tu ke dalam peti ais,tak perasan gaknye aku tengah dok 'nguping')


Aku terus bagitau kat Sofea,supaya tak  makan lagi ABC tu...kembang tekak aku....rupenye ABC yang aku makan tu,air batu yang pada asal nya air PAIP!!!! WtF!!!! <==== (sila baca Wat Da Fish) arrrrrghhhhhhhh!!!!



SUMPAH AKU TAK KAN JEJAK KEDAI TU LAGI!!!!!!!!



p/s:kalau aku tak nampak,lain cite....tapi jangan sampai aku nampak!! memang pantang aku bab-bab kebersihan nih!!...nak-nak kebersihan makanan....malam tu aku sakit perut..akibat minum air paip!!!

Mengidam

Eh! eh!..jangan terSENTAP baca tajuk kat atas tu okeh...bukan aku yang mengidam...sebenarnya kakak kesayangan aku yang preggy...(Diana) masuk anak ketiga uollss,yakni anak sedara yang ke DUA PULUH LIMA....yeay!! dapat anak sedara lagi!!!...ini bermakna bertambah  lagi ahli dalam keluarga Mak Gayah (mak aku la tuh!).Anak sedara yang sedia ada pun dah buat aku pening kepala...huhu....bayangkanlah kalau baru separuh je ahli keluarga aku berkumpul,rumah mak aku dah macam kapal karam. Bebudak nie kalau dimarah,memang tak makan saman...kebiasaanye memang muka aku la yang akan jadi tarzan :)
Eh? melalut sudaaa....semalam akak aku  suruh aku buat kan Bubur Telur Katak   mengidam kannnn...Erk?? bukan telur katak yang berudu tu tau...telur katak tu atau nama sainstifiknye Sagu Rendang.Sebagai adik yang baik dan rajin,aku pun buatkanlah bubur tu...sebelum dia suruh aku buat,aku dah terlebih dulu rasa macam teringin nak buat...tapi takdir dan waktu yang tidak mengizinkan terpaksa la aku batalkan niat untuk membuatnya....Selepas aku balik kerja terus je aku ke rumah mak aku...nasib segala barang-barang yang diperlukan dah ada,tinggal buat jela....


::nie bubur dari hasil pakcik Google::


******************************************************************
Bahan-Bahan Membuat Bubur Sagu Rendang

- Sagu rendang..kat kedai banyak pilihan warna dan size...aku selalu guna sagu rendang yang kecik-kecik dan berwarna  putih/pink/hijau.tak pernah nampak lagi sagu rendang berwarna lain :)

- 2 tin susu cair...boleh jugak kalau nak guna santan...tapi aku lebih suka guna susu..sebab santan banyak KOLESTROL

- Air...lebih elok gune air Filter Dr.Sukida...hehe
(3.5 cawan air = 1 cawan Sagu Rendang)

- Gula Merah/Gula Melaka (bukan gula-gula ye kawan-kawan)

- Gula Pasir

- Sedikit Garam

- Pewarna yang dibenarkan (kalau takde pun takpe)

Cara Membuatnya


Rebus air hingga mendidih...kemudian masukan Sagu Rendang sedikit demi sedikit (setiap kali Sagu Rendang dimasukan,hendaklah di kacau,supaya tidak berketul).Ulang sehingga Sagu Rendang anda habis..Kemudian bubuh sedikit gula dan garam...Jika Sagu Rendang yang anda gunakan berwarna pink sila letak sedikit sirap untuk warna yang lebih cantik.Kacau sehingga sebati dan Sagu Rendang anda masak.Asingkan susu cair dan air gula merah dibekas yang berlainan...Selamat mencuba!!! :D






P/s: Lebih sedap jika ditambah dengan air batu :)





13 April 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Semalam,lepas balik dari keje....aku bersiap-siap untuk pegi membeli belah  beli pastu blah la!..uhuk²  of coz dengan sang suami...kawan membeli belah aku,UJIE tengah pantang bersalin....ekekeke...kalau tak, dah semestinya meronggeng bersama  beliau...
*

*

*

*

*
*credit :Makcik Google*


Tujuan UTAMA kami adalah, untuk membeli CADAR  yang telah dijanjikan oleh sang suami  untuk membeli nya tempoh hari...(hari tu cuma window shopping je).Sebab selama setahun lebih kami berkahwin,belum pernah lagi cadarku bertukar wajah..cadar yang selama ini digunakan adalah hadiah pemberian SAHABAT TERSAYANG sewaktu  hari perkahwinanku (4 Julai 2009).Giler lama kan tak bertukar....haha....bermacam peta dunia semua ada..*

*

*

*

*
*bukan cadar milik kami*
credit by :Makcik Google again


Selepas penat menSERVEY kedai kedai kedai kedai kedai & keldai
*merujuk betapa banyak KEDAI kami servey*cadar....perut kami kelaparrrrrrrrrrannnnn yang amat (lapar sangat  nih!)kami pun mencari-cari kedai makan yang sedap di sekitar BATU PAHAT nie..sang suami mencadangkan agar makan di warung bubur ayam,aku tak kisah mana-mana pun,janji dapat menTERNAK lemak :)
 *Bubur ayam Batu Pahat*

dan kami makan

*Ayam Tandoori*
::dah mcm rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pulak::

Sedang enak menjamu selera,tiba-tiba gerimis mengundang table kami tak berbumbung pulak tu.So terpaksa la kami berpindah randah ke table yang lebih selamat dari terkena gerimis...
*

*

*

*

*

Setelah kekenyangan bak ular sawa,aku mengajak sang suami mencari pulak baju raye *tak bole blah kan*..puase ganti pun tak berbayar lagi..ada hati nak beli baju raya..tapi memandangkan aku tak berapa nak pandai bab jahit menjahit nie..HARUS lah buat tempahan awal-awal kan...takut tukang jahit dah tak nak ambil tempahan last-last minute...sebab tu nak cari dari sekarang...First kedai baju yang aku masuk,Nagoya Carrefour....sebenarnya 2 minggu sebelum tu aku ada pegi Nagoya nie,sekadar menemankan kakak aku mencari baju raya anak dia je...aku tukang jadi driver & pendapat dia la...Masa tu,aku ternampak la 1 corak baju..cantik sangat....dan memandangkan poket aku kosong...sobs...sobs...sobs..terpaksa membatalkan niat ku iteeew!!...Dan sewaktu aku pergi  ke Nagoya bersama sang suamiku....aku tak terlihat pun corak baju tu....aku tanya kat bebudak yang keje situ..dieorang kata.."dah habis la kak".........agaknya corak kain tu terlalu cantik sampai habis kain bahan tu di jual....=)

Akibat terlalu ngantuk akibat kekenyangan..aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja,dah takde mood nak servey-servey kat kedai lain...(T.T)
Sebelum kami balik,sempat jugak kami singgah ke kedai WAJIB kami singgah....
















TARAaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

::Cool Blog (Honeydew Milk Tea)::





p/s:pegi mana-mana tak sah kalau tak beli COOL BLOG :)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...