Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




24 November 2011

Saya Suka Makan =)

Sejak aku mengandung,selera makan aku makin menjadi jadi...lagi lagi bila dah hilang mabuk mabuk...pantang aku nampak makanan yang sedap sedap pasti aku akan mendapatkan...kat sini aku uplode gambar gambar sewaktu pegi mencekik bersama bestfriend aku ...enjoyyyyy!!


#nie masa kat Patmah Cookies aku suke die punye Kue Tiew Goreng & Sirap Bandung kat sini sebab 
sedappp#  ~ with Mama Awatif a.k.a Ujie 

# ni masa balik makan dari asam pedas kat BP...pic masa ni kat Carrefour...tak sempat nak ambik gambar masa tengah makan asam pedas..sebab dah lapooo sangat..hihihi# ~ with Mama Ammar a.k.a Sopia

# Masa nie aku teringin sangat nak makan Pizza Hut...sebab masa dok chatting² ngan Ujie,die ade sebut pasal Pizza..tu yang aku terus mengajak dia ke Pizza Hut BP Mall...*Pic masa makan Pizza pun takde..sebab Awatif buat onar masa kiteorang makan..uwaaaa!!!*
pssstttt!! :jalan² terjumpe pulak cik singa kat dalam Bp Mall..hihihihi

#  Ha...yang nie pulak masa makan kat Secret Recipe..aku teringin sangat nak makan Chicken Cordon Bleu...nyummm²..ketika aku dok menaip pun aku rasa cam nak makan lagi kat sini =)...korang ingat tak masa aku buat Entry nie dulu...rupanya masa tu jugak aku dah berbadan dua..cuma aku jek yang tak tauuuu...

#taraaaa!!! nie la Chicken Cordon Bleu yang boleh buat aku tak tido malammm...=D

# nie masa kat Patmah Cookies lagik...*dah aku kata Kue Tiew die sedap.tu yang berkunjung selalu..hihihi*
kebetulan,masa aku & Ujie makan kat situ Mama Una a.k.a Adda pun pegi kedai tu sebab nak beli kek...Tq Adda bayar semua nie :)

# cuci mulut...kek lebihan si Adda..dia bagi kat kiteorang..ape lagi..bedal lah..huhu#

#nie pic minggu lepas,,aku teringin nak makan aiskrim kat Baskin & Robbin @ Wetex,Muar.So,kebetulan member aku balik kampung,so apa lagi..projek berjalan dengan lancar...kami pergi berempat (Yana,Nora.Fida)


#thanks Yana belanje aku..nanti kalau kau ngdung..ko nak ape2 bagitau aku eh..hehehe#

#Tetibe,tengah jalan jalan kat Muar,aku nampak signboard PIZZA HUT...apa lagi,aku ajak dieorang makan kat situ *collect² la sikit*..tapi disebabkan Yana baik hati nak belanje kiteorang time tu..hehe..tapi tapau la..n kiteorang lepak kat Tanjung Emas :)

#nie pic paling latest hari isnin haritu ...kat Ayam Penyet@Carrefour Batu Pahat with Ujie...aku makan Ayam Penyet..Ujie makan Bakso....# (Ujie pon dah jadi cam aku..asyik nak melantak jek..hahha!!)



p/s:mesti  korang tertanya tanya..kenapa tiap kali aku g  makan makan,laki aku takde...sebabnye,die bz dgn bisnes die..so kalau kiteorang pegi makan makan / keluar jalan jalan pun hari Ahad jek...lagipun kalau pegi dengan suami aku,die tak suke nak bergambar :)


20 November 2011

Senarai/Persiapan Barangan Bayi

Alhamdulilah..syukur kepada ALLAH..usia kandungan aku sekarang dah mencecah 27 minggu...ini bermakna ade lagi 3 bulan untuk aku menanti detik detik manis,iaitu akan melahirkan....(due aku 21/2/2012).Aku berharap anak yang aku kandung kan ini,sihat,sempurna dan menjadi anak yang soleh & solehah..aminnnnn.. ♥ ♥

Entry kali ini,aku nak sharing is caring dengan bakal bakal ibu kat luar sana...tentang persiapan untuk bayi yang bakal lahir....check it out!!!! :)

Kedatangan orang baru membawa seribu erti buat pasangan suami isteri setelah melalui kehidupan alam rumahtangga. Bagi bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali akan menyambut kelahiran cahaya mata, pastinya memikirkan persediaan yang diperlukan bagi menyambut kelahiran tersebut.
Segala keperluan bayi adalah mengikut peringkat umur. Entri ini lebih memfokuskan pada peringkat umur sehari hingga enam bulan. Barangan yang dibeli juga haruslah menepati ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetapi tidak terlalu mahal. Ia lebih bergantung pada bajet. Namun, kualiti juga amat penting. Di bawah ini disenaraikan barangan yang diperlukan.

Pakaian Bayi
1. Untuk membeli baju bayi, cukup sekadar 5-6 pasang baju lengan panjang dan lengan pendek. Ini kerana bayi baru lahir akan cepat membesar.
2. Sarung tangan dan sarung kali cukup sekadar 2-3 pasang.
3. Topi bayi. (Tidak diperlukan jika membeli selimut yang mempunyai topi)
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
7. Tuala.
8. Raga/ bakul
9. Tikar getah/ tikar mengkuang. Tikar mengkuang lebih sesuai kerana adanya peredaran udara berbanding tikar getah.
10. Beg bayi.

Penyusuan.
1. Botol susu juga penting terutama pada ibu yang bersalin cara caesean. Pada hari pertama kelahiran, susu ibu belum cukup untuk mengenyangkan bayi dan kadang-kala sel susu ibu belum mengeluarkan susu pada hari pertama kelahiran.
2. Puting (terdapat dalam pelbagai saiz)
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)

Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung. Seelok-eloknya gunakan bantal dan tilam yang diperbuat dari kabu agar bayi selesa dan tidak bergolek semasa tidur.
2. Katil bayi.

Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.

Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.

Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.
4. Sedikit mainan yang berwarna untuk merangsaang deria penglihatan bayi.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin membuat pembelian awal, disarankan agar anda tidak terlalu gelojoh untuk membeli memenuhi keperluan bayi secara keterlaluan. Ianya bergantung kepada keperluan. Contohnya seperti baby car seat, ianya sesuai untuk isteri yang bekerja. Jika sebaliknya, anda boleh menangguhkan dahulu pembeliannya untuk bulan-bulan datang =)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...