Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




21 September 2011

Salindah


Sekali mood nak update belog datang tanpa boleh di bendung,,wakakaka... bila takde mood nak update,belog jadi bersarang/bersawang :)

Sekarang,macam macam produk ada,dari kecantikan luaran & dalaman...untuk orang yang belum mendapat cahayamata/sedang hamil/selepas hamil seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan.Cuma kita sebagai pengguna perlu berhati hati dan membuat penelitian sebelum membeli sesuatu produk.Cewah!!

Baru baru nie aku telah diperkenalkan oleh rakan mengenai produk Salindah.Setelah mengetahui aku hamil,rakan aku memperkenalkan aku produk nie,sebab dia pun guna juga masa anak kedua.Mula mula aku rasa tak perlu la ubat ubat tambahan seperti nie,pil vitamin yang klinik bekalkan pada aku tu pun aku rasa susah nak telan..huhu..lagi lagi pil vitamin B complex tu,walaupun kecik tapi bau dia masyallah......korang yang pernah preggy mesti tau bau dia macam mana kan..

Nak dijadikan cerita,aku pun Google la pasal Salindah nie..saja la nak tau wujud/famous ke tak produk nie.Bila aku baca je testimoni pengguna yang dah guna produk nie,perasaan nak cuba produk nie makin kuat...tapi bila tengok tang harga pulak..mak aiii.mengigil satu badan...

* Set Semasa Hamil  = RM 224.00 

* Set Selepas Bersalin  = RM 215.00

* Set Lengkap (Semasa & Selepas Bersalin) = RM 370.00

* Tapi kalau korang nak beli,baik beli sekali Set Lengkap (Semasa & Selepas bersalin)...sebab kalau beli set Semasa Hamil je korang tambah duit sikit je dah dapat Set Selepas Bersalin.*


Kelebihan Salindah


 (1) B1 (336 biji) 
- Masa Penggunaan :Mulai 12 minggu hamil

(Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil,mengurangkan muntah,loya,alahan,membantu tumbesaran tian,mencegah batuk,selesema,sejuk sejuk,sakit kepala,sakit gigi,dan lain lain.B1 juga akan menghindarkan kesan jatuh atau rebah disamping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah simpul biawak)(aku selalu kena)


(2) B2 (120biji)
- Masa penggunaan : Mulai 24 minggu hamil


(Membekalkan  zat untuk tumbesaran tian,menguatkan tulang dan membina otak tian,disamping menambah darah serta selera makan.B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan,mencegah  serangan sejuk dan sakit gigi osteoporosis.

(3) B3 (336biji)
-Masa penggunaan : Mulai 28 minggu hamil


Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin. 


(4) B4 (30biji)
-Masa pengunaan : Sebulan sebelum dijangka bersalin


Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.


(5) B5 (84biji)
Masa penggunaan : 2minggu sebelum dijangka bersalin


Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


(6) B6  (30biji)
Masa pengunaan : (Seminggu sebelum dijangka bersalin)


Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.






Antara testimoni yang aku baca seperti :-

Puan Tini, Terengganu, tini_fad@yahoo.com

sekarang saya pregnant anak sulong dan kandungan saya 38minggu.lagi 2minggu saya akan melahirkan anak ini.alhamdullah sepanjang tempoh saya mengandung ini,saya tidak mengalami sebarang masalah. saya makan salindah dari B1-B5 sekarang in..produk ini amat bagus.


Puan Norazilah, Johor, zuhaizila@yahoo.com.my

Pada tahun 2007 saya telah melahirkan anak SALINDAH saya dan kini berusia 3 tahun lebih, anak saya sangat petah bercakap, senang faham dan yang paling menggembirakan saya dia telah menghafal kebanyakan surah-surah lazim, ayat kursi dan sebahagian surah yasin. Kecerdasan otak dan iq sungguh membanggakan. Walau bagaimanapun kita tidak boleh bergantung harap kepada SALINDAH sahaja, sewaktu hamil saya mengamalkan membaca al-quran dan setiap malam saya membaca surah yassin dan setiap ayat yang akhirnya ada perkatan 'mubin' saya akan berdoa untuk bayi dalam kandungan. Kepada ibu-ibu dan bakal ibu berdoalah dan mohonlah kepada ALLAH dengan apa cara sekalipun kerana doa ibu paling mustajab untuk anak.


Puan Faridah, Kedah

anak sulong sy x gunakan salindah..... proses bersalin teramat lama dan sakit start bukaan 3. anak kedua sy guna salindah dan ianya berbeza sgt, bukaan 6 pun blum rs sakit, bila sakit meneran ja cepat proses tu. skrang dah 7 bln ngandung anak ke tiga... sy trus gunakan salindah....insyaallah hrp dipermudahkan proses bersalin nnt.

Puan Anna, Labuan, anna.mariana09@gmail.com


Saya telah mencuba produk ini ketika mengandungkan anak yang ke tiga. Perbezaan yang ketara pada anak saya berbanding pertama dan kedua.. tahap iq nya sangat memberangsangkan. Malah anak saya yang ketiga ini amat petah bercakap seawal usia 2 tahun. Kini anak saya berusia lima tahun, dan dia telah mendapat keputusan yang agak baik di sekolah tadika dengan mendapat tempat ke dua di dalam kelas. Tahun ini dia bercita2 ingin mendapat tempat pertama, Insya Allah... mudahan kecerdikannya kekal hingga dewasa kelak...

Puan Salmah, Sarawak, sayangshalmah@yahoo.com, 013-8174716 


Saya melahirkan anak sulung pada 31 Januari 2011 yang lalu, dan sekarang alhamdulilah telah selamat menempuh tempoh berpantang selama 40 hari.Hatta, pada saat menulis testimoni ini, saya masih makan L12(produk salindah).

Sepanjang tempoh mengandung, saya tidak mengalami sebarang alahan sehinggalah saat hendak melahirkan anak. Kesakitan selama setengah hari yang dilalui semasa di hospital dihadapi dengan tenang. Selepas setengah jam keluar dari bilik bersalin, saya boleh bergerak dan masih kekal cergas. Saya sendiri tidak mempercayai apa yang saya lalui ini kerana rata-rata kawan yang selalu dikunjungi di wad bersalin selalu kepenatan sehingga mereka perlu tidur 3-4 jam selepas bersalin.

Saya sarankan ibu-ibu yang mengandung, ambillah salindah untuk kebaikan anda dan bayi anda. Saya sudah rasai kehebatan produk ini.


Terima kasih salindah!

Melati Berahim.Parit Sulong,viva_putih@yahoo.com.my (yang nie takde dalam testimoni,aku tulis sebab aku dah amalkan & rasa yang  produk salindah berkesan.hehehe

~walaupun tak sampai sebulan saya mengamalkan,tapi saya dapat rasakan kelainan sebelum dan selepas menggunakannya..usia kandungan baru 4bulan,jadi saya menggunakan B1 (mengurangkan loya,menambah selera makan,tambah darah,melancarkan darah serta menghilangkan lesu)sebelum nie,saya kurang berselera makan..kalau pagi minum susu segelas pun masih boleh bertahan sampai ke tengahari..kadang kadang sampai boleh tahan sampai petang...suami pun risau melihat keadaan saya yang kurang makan,tidak seperti sebelum nie yang sememangnya saya jenis kuat makan.Selepas mengamalkan SALINDAH,pagi minum susu segelas dan lepas pukul 9pagi saya akan mengambil sarapan lagi seperti kuih,roti canai,mee goreng....dan tengahari waktu lunch pun saya masih boleh makan..dan letih lesu saya juga tiada...sebelum nie lepas memasak,saya akan rasa letih yang amat,tapi selepas menggunakan produk SALINDAH letih & lesu telah tiada.saya berpuas hati menggunakan SALINDAH walaupun harga agak mahal..tapi sangat berbaloi.... =)



pssstt:kalau korang rasa nak guna bole beli on9 layari www.salindah.com atau kalau yang duduk area Batu Pahat,boleh datang terus ke stokis Salindah di Bustand lama Batu Pahat.:) apepun banyakkan juga berdoa,mengaji & solat...kita merancang Tuhan yang menentukan..Wallahualam~

2 comments:

  1. Boleh lawat web rasmi https://www.edaransalindah.com.my

    ReplyDelete
  2. Lawat web rasmi di https://www.edaransalindah.com.my

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...