Malam tadi,aku ke klinik untuk scan baby..sebenarnya tujuan aku untuk scan bukan semata-mata ingin tahu jantina baby..tapi lebih kepada ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan baby dalam perut nih..lagi-lagi,sejak kandungan dah menginjak 28 minggu,aku tak rasa gerakan baby yang betul betul kuat..yela dah 7bulan kan,tak kan masih rasa geli geli jek...aku sering bertanyakan kepada rakan rakan...of coz la risau kan..sebab anak pertama,takde pengalaman lak tu...ada yang kata "eh dulu time aku 7bulan dah kuat baby tendang,sampai senak dibuatnya" aku lagi la bertambah risau..baby aku nie kuat tido ke hape..kadang,aku tepuk amai-amai perut,baru rasa baby gerak..tu pun tak kuat mana.Untuk memuaskan hati,aku terus mengajak suamiku ke klinik berdekatan,suamiku hanya menuruti sahaja.
Setibanya di klinik,aku terus mendaftarkan nama..nasib tak ramai patient yang ada pada waktu tu...baru duduk tak sampai 5minit,namaku dipanggil...suamiku juga menemani sewaktu aku berjumpa doktor ♥ ♥... setelah aku beritahu tentang masalah yang aku alami,doktor beritahu anak pertama memang lambat nak rasa gerakan..dan doktor menyuruh aku berbaring untuk scan perut aku.Jantung baby ok doc kata..aku terus tersenyum...dan kesempatan itu,aku terus bertanya tentang jantina baby *sambil menyelam minum air hehe*...doktor kata baby PEREMPUAN..aku tersengih lagi..berulang ulang kali doktor tengok bahagian kemaluan baby,sah perempuan doktor cakap,sebab kalau laki dah nampak jelas angry bird die..hik3(suamiku tak bagi scan nak tengok jantina baby sebenarnya..dia nak suprise katanye..hehe) setelah doktor kata semua nya dalam keadaan okey...doktor print out gambar baby dan menyuruh kami ambil di kaunter....alhamdulilah baby tak pape beritahu ku pada suami.. :)
p/s:dah bole beli warne PINK untuk si comel nanti :)
HEHEHE..TAHNIAH.. DH TAHU JANTINA.. TP JGN BYK SGT WARNA PINK.. MANA TAHU..SEKALI KELUAR BOY... KUASA aLLAH KAN..HEHEHE..
ReplyDeleteTAKE CARE... (^_^)