Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




01 December 2011

♥Baby Girl In My Tummy♥

Malam tadi,aku ke klinik untuk scan baby..sebenarnya tujuan aku untuk scan bukan semata-mata  ingin tahu jantina baby..tapi lebih kepada ingin mengetahui  lebih lanjut tentang perkembangan baby dalam perut nih..lagi-lagi,sejak kandungan dah menginjak 28 minggu,aku tak rasa gerakan baby yang betul betul kuat..yela dah 7bulan kan,tak kan masih rasa geli geli jek...aku sering bertanyakan kepada rakan rakan...of coz la risau kan..sebab anak pertama,takde pengalaman lak tu...ada yang kata "eh dulu time aku 7bulan dah kuat baby tendang,sampai senak dibuatnya" aku lagi la bertambah risau..baby aku nie kuat tido ke hape..kadang,aku tepuk amai-amai perut,baru rasa baby gerak..tu pun tak kuat mana.Untuk memuaskan hati,aku terus mengajak suamiku ke klinik berdekatan,suamiku hanya menuruti sahaja.

Setibanya di klinik,aku terus mendaftarkan nama..nasib tak ramai patient yang ada pada waktu tu...baru duduk tak sampai 5minit,namaku dipanggil...suamiku juga menemani sewaktu aku berjumpa doktor ♥ ♥... setelah aku beritahu tentang masalah yang aku alami,doktor beritahu anak pertama memang lambat nak rasa gerakan..dan doktor menyuruh aku berbaring untuk scan perut aku.Jantung baby ok doc kata..aku terus tersenyum...dan kesempatan itu,aku terus bertanya tentang jantina baby *sambil menyelam minum air hehe*...doktor kata baby PEREMPUAN..aku tersengih lagi..berulang ulang kali doktor tengok bahagian kemaluan baby,sah perempuan doktor cakap,sebab kalau laki dah nampak jelas angry bird die..hik3(suamiku tak bagi scan nak tengok jantina baby sebenarnya..dia nak suprise katanye..hehe) setelah doktor kata semua nya dalam keadaan okey...doktor print out  gambar baby dan menyuruh kami ambil di kaunter....alhamdulilah baby tak pape beritahu ku pada suami.. :)



p/s:dah bole beli warne PINK untuk si comel nanti :)

Puisi Zahiril Adzim Buat Isteri Tercinta Shera Ayub sangat sweet ♥ ♥

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu

Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.

Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.





♥ sangat sweet kan....suamiku!!....nak jugak puisi camni ♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...