Hello Kitty


.

♥ All About my lil princess,my husband & my family ♥

Skodeng




27 May 2013

Kau PERGI juaaa


Assalamualaikum semua

Agak lama aku tak meninggalkan jejak kat blog ni,ikutkan hati dah malas nak update blog,sebab takde sape kot yang nak membacanye,buat semak aje kan...banyak lagi blog2 yang best2 utk dibaca.Tapi memandangkan harini aku tergerak hati nk kembali berblogging,so aku tetap nak teruskan..tp tak la sentiasa berupdate..

Hari Jumaat yang lalu 24 Mei 2013 bersamaan 14 Rejab,aku kehilangan seorang rakan yang bernama Azwan Bin Amir.Beliau telah meninggalkan kami buat selama-lamanya,tak disangka,diusia yang terlalu muda beliau menemui PenciptaNya..namun,siapa kita untuk menolak segala ketentuaNya 

Setelah 11 hari koma,tarikh 24Mei 2013 jam 8.05malam beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahayamata yang masih kecil.Ryan 3tahun dan Rani 2tahun.Menurut info,arwah jatuh semasa berada di rumah dan terus koma.

Sewaktu aku dtg melawat arwah tempoh hari,aku terasa sangat sebak melihat arwah terkujur kaku,dari seorang yang periang,peramah dan suka berlawak sedang  terbaring kaku.Aku jumpa isterinya,padahal aku tak kenal langsung isteri arwah,aku peluk erat dia,sambil bagi kata2 semangat,tak sedar airmata aku mengalir laju selaju-lajunya dan isteri arwah sangat tabah dan masih lagi mampu tersenyum...aku tengok anak2 arwah sedang leka bermain sayu hati aku..tengok si kecil yang masih tak tahu apa2...

Semoga arwah tenang disana...aminnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...